17/09/2018
Semalam pergi gerai. Nak beli karipap. Tanyalah makcik tu berapa satu? Dia cakap, 50 sen sebiji. Saya cakaplah nak 4.
Masa nak bayar, kat tangan ada 5 ringgit. Ingat nak bagi semua. Tapi suara hati cakap, “Bagi 2 ringgit je. Orang meniaga ni banyak untung”. So tangan seluk poket ambik 2 ringgit bayar.
Balik rumah buka plastik. Tengok ada 5 karipap. Allahhh... Rupa2nya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita. Hitamnya hati saya!
Hari ni nekad. Nak beli karipap makcik tu lagi dan nak bayar lebih.
Bila sampai kat gerai dia, saya cakap, “Makcik, saya nak 6 biji karipap”. Dia ambik dan letak.
Bila nak bayar saya bagi dia 5 ringgit dan dia nak bagi duit balik. Saya cakap tak paa makcik. Hadiah. Dia cakap, eh jangan macam tu ambiklah. Saya cakap tak paa. Saya tetap tolak.
Masa dia pegang duit tu, bibir dia ketap-ketap. Dia ucap terima kasih dan saya pun ucap terima kasih. Saya tak boleh lama kat situ sebab saya nampak dia macam nak nangis.
Sampai kat rumah, saya buka plastik dan saya kira. Ya, dia memang seorang yang pemurah. Dia bagi saya 7 sedangkan saya hanya minta 6. Allahhh... 😭😭😭
Makcik ni mengajar saya sesuatu. Jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang jaa yang akan berkira dengan kita, tapi Allah pun akan berkira dengan kita.
Mudahkanlah urusan mu sesama makhluk, nescaya Tuhan mu akan memudahkan urusan mu denganNya...
... Kalau ada duit lebih tu rajin2lah bersedekah kerana di dalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain...🌹🌹🌹
💐💐💐 Salam Maal Hijrah 1440H... 💐💐💐