28/08/2026
"We learn twice, once when we discover, and again when we teach."
Appreciation Post!
Bengkel Asas Pembikinan Filem anjuran FINAS Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Sungai Petani. Disertai 30 peserta berumur antara 18 hingga 30 tahun daripada pelbagai latar belakang. Secara asasnya, ini bukan bengkel yang menjadikan seseorang itu terus hebat, tetapi lebih kepada pengenalan proses pembikinan filem kepada mereka yang baru berjinak-jinak.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat Pengerusi MIYC Kedah dan Cawangan Sungai Petani, serta pihak FINAS Malaysia, kerana sudi menjemput ambo berkongsi pengalaman dan ilmu bersama peserta selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Ogos 2026 di Sungai Petani, Kedah.Terima kasih kepada semua kru dan ahli jawpatankuasa pelaksana dari MIYC Cawangan Sungai Petani yang bertungkus lumus siang dan malam demi menjayakan Bengkel ini!
"We learn twice, once when we discover, and again when we teach."
Quote ini mengingatkan bahawa cara sebenar kita belajar bukan sekadar melalui pembelajaran formal, tetapi juga daripada pengalaman, malah daripada kita mengajar orang lain. Bila kita mengajar, ilmu jadi lebih kukuh, lebih terhubung antara satu sama lain, dan memberi pemahaman yang lebih mendalam.
Ini juga kali pertama ambo menggunakan Bahasa Tamil sepenuhnya untuk membentang dan berkongsi ilmu selama tiga hari. Ia membuka satu lagi ruang kebolehan yang selama ini terpendam. Sejak umur 16 tahun sehingga sebelum bengkel ini, setiap kali ambo dijemput untuk memberi ceramah atau perkongsian, semuanya dalam Bahasa Melayu. Terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang diberikan!
Antara pesanan terakhir ambo kepada peserta: "The best gift a guru (thacanai) can get is seeing you guys succeed!" Hadiah terbaik seorang guru adalah melihat anak muridnya berjaya di pentas yang lebih besar. Ambo yakin ini baru permulaan buat mereka yang betul-betul berminat dalam pembikinan filem. Semoga semuanya berjaya, dan apa yang dikongsikan sepanjang bengkel menjadi ilmu yang berpanjangan buat mereka.
Sekali lagi, terima kasih atas kepercayaan MIYC dan FINAS Malaysia.
"Ellam Pugazhum Iraivan Oruvanukke!"
Segala Puji Hanya BagiNya.
Salam Luar Biasa,
Vignism