Azalia

Azalia Learn to sit and observe ; not everything requires a reaction.

18/02/2026

Morning Walk πŸΎπŸƒ ..
27/01/2026

Morning Walk πŸΎπŸƒ ..

01/01/2026

SESUATU UNTUK KITA RENUNGKAN DI PAGI 1 JANUARI.

"Abang, sempat ke aku nak berubah? Umur dah makin banyak ni..."

Soalan dari seorang jemaah sejurus kami selesai tawaf wadak semalam.

Ianya MASA dik.

Duduk kejap, dik. Abang nak share sikit. Minta maaf kalau panjang dan banyak ambil masa kau.

Ingat tak perasaan masa pusingan ketujuh? Kita pandang Kaabah, hati jadi rapuh, air mata tak payah cakaplah. Waktu tu kita tersedar, "Ya Allah, masa aku dah habis kat sini. Aku nak balik dah."

Kita hargai setiap saat pusingan tawaf tu sebab kita tahu itu yang TERAKHIR. Itulah moment terakhir kita sebelum meninggalkan kaabah, meninggalkan masjidilharam, meningggalkan Mekah.

Persoalannya, kenapa kita tak rasa benda yang sama dengan UMUR kita? Kenapa bila masuk tahun 2026, kita rasa "ah, panjang lagi masa"?

DUNIA INI ADALAH TAWAF YANG PANJANG.

Setiap detik yang berlalu sebenarnya adalah pusingan terakhir kita. Allah dah sebut dalam Al-Quran satu ayat yang patut buat jantung kita bergetar, "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut: 64)

AZAM PALING MAHAL IALAH MEMAHAMI AGAMA.

Tahun 2026 ni, jom kita buat satu anjakan. Jangan sekadar jadi Muslim yang hanya mengikut fahaman orang sekadar ikutan tanpa ilmu pengetahuan. Kita mula belajar fahami agama kita bermula denga kenapa kita solat, apa maksud bacaan dalam Fatihah kita, apa yang Allah nak sampaikan dalam setiap ayat-ayat di dalam kitabNya.

Sebab bila kita faham agama, hidup kita takkan mudah goyang bila diuji. Dunia ni tempat yang memenatkan kau, dik. Kalau tak berpaut pada tali Allah, kita akan hanyut dalam arus trend yang tak habis-habis.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh..." (Surah Al-Asr)

Ramai orang sibuk buat list azam nak kurus, nak beli kereta baru, nak naik pangkat. Tak salah, itu semua rezeki. Tapi jarang antara kita yang tulis, "Tahun ni aku nak faham al-quran lebih sikit dari tahun lepas."

β€œAku nak faham agama aku sendiri”.

Sedih dik, bila kita dah hidup 30, 40 tahun, tapi bila imam baca ayat lazim masa solat, kita sikit pun tak faham apa Allah tengah cakap kat kita. Kita macam orang asing dalam rumah sendiri.

Tahun 2026 ni, jom kita upgrade diri.

Bukan sekadar baca Al-Quran, tapi mula tadabbur.
Bukan sekadar solat, tapi mula makna khusyuk.

Sebab Allah janji dalam Surah Al-Hasyr, ayat 18, β€œHendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disediakan untuk hari esok."

Kalau tahun lepas Subuh selalu gajah, tahun ni biarlah Subuh kita berjemaah atau di awal waktu.

Jangan biarkan apps al-quran dalam phone tu berhabuk. Baca satu ayat, faham satu makna. Itu lebih baik daripada scroll TikTok sejam tanpa arah.

Kurangkan bercakap pasal orang, lebihkan bercakap dengan Allah melalui al-quran.

Tahun 2026 ni bukan pasal siapa paling hebat "flex" kejayaan hidup dia kat media sosial. Tapi pasal siapa yang paling banyak berubah ke arah kebaikan secara diam-diam.

MASA TAK TUNGGU KITA SIAP.

Masa kita buat umrah dulu, kita tengok orang tawaf pakai kerusi roda. Kita tengok pakcik umur 80 tahun berasak-asak di depan kaabah. Kita tengok orang tua yang bongkok pun gigih pusing Kaabah.

Kita yang muda ni, yang kaki masih kuat, kenapa selalu pusing ke tempat yang tak bawa kita ke syurga? Usia muda ni amanah, dik. Jangan sampai kita menyesal bila sendi dah mula sakit, baru nak cari saf depan.

Orang tua tadi tu tak tunggu esok untuk buat baik, sebab mereka tahu esok itu satu peluang.

Jangan tunggu dah tua baru nak ke masjid.
Jangan tunggu dah pencen baru nak belajar tajwid.

Kubur tak pernah minta kad pengenalan nak tengok berapa umur kita masa tu.

SERUAN UNTUK DIRI SENDIRI.

1. Jaga hubungan dengan al-quran, jadikan dia kawan paling rapat bukan hiasan almari. Kau jaga quran, kau juga jaga hubunga kau dengan Allah. Macam kau jaga solat.

2. Hargai mak dan ayah. Selagi mereka ada, itulah pintu syurga paling dekat. Usia mereka pun makin suntuk. Penuhi impian mereka nak lihat kau berjaya. Paling penting, sama-sama dapat masuk syurga.

Selamat melangkah ke 2026 dengan jiwa baru. Biar tahun ni jadi tahun di mana kita bukan sekadar bertambah umur, tapi bertambah ilmu di sisi Allah.

Moga Allah pilih kita untuk jadi hamba yang lebih baik, lebih faham agama dan lebih hargai baki usia yang tinggal.

Kalau pusingan setiap tawaf itu ada penghujungnya, begitu juga nafas kita. Pastikan pusingan terakhir kita nanti, kita berakhir dalam senyuman.

Tahniah kerana kau habis baca sampai ke sini. Terima kasih kerana share. Moga segala impian, hajat, doa dan azam kau Allah makbulkan sesuai dengan usaha kita.

Selamat tahun baru dari tanah haram.

Shauqi Hasan
Quba, Madinah al-munawwarah.
9.15 pagi.

Lepeh β˜€οΈπŸƒ
21/12/2025

Lepeh β˜€οΈπŸƒ

19/12/2025


      πŸ‰ 🍎
18/12/2025

πŸ‰ 🍎

18/12/2025

Hi Everyone πŸ‘‹

Address

Semenyih

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azalia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share