29/08/2026
๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ-๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ ๐.๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐๐๐ฒ๐๐ง
PPM N.64 Sulabayan Tn Akram Abd Rauf berbesar hati menyempurnakan penyerahan sumbangan kewangan kepada lebih 50 orang pelajar DUN Sulabayan yang telah layak meneruskan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Beliau menjelaskan bahawa sumbangan seumpama ini iaitu pemberian one-off sebanyak RM500 seorang telah dilaksanakan sejak tahun 2023 sebagai tanda sokongan berterusan kepada anak-anak muda Dun Sulabayan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading. Manfaatkan peluang ini sebaik-baiknya, timbalah ilmu sebanyak mungkin, dan jadilah kebanggaan keluarga serta masyarakat Sulabayan. Teruskan usaha mengejar kejayaan!
Bersama Membangun Sulabayan Makmur