
11/06/2024
Assalamualaikum dan salam Jumaat guys.
Pada hari esok (Sabtu) bermula pada pukul 10.00 malam, saya akan mengadakan satu Livestream Amal Bersamamu Rafah 2024, bertujuan untuk mengumpulkan dana bantuan khas untuk negara Palestin yang sedang bergolak.
Saya menjemput korang semua untuk singgah ke livestream saya esok malam dan diharap korang semua boleh menyumbang sedikit wang ringgit melalui akaun Sociabuzz saya. Setiap sumbangan akan direkodkan dan akan saya siarkan melalui satu posting selepas sesi livestream tersebut.
Usaha kecil saya ini adalah hasil kolaborasi bersama Alha Alfa Cosmetics yang diwakili oleh NGO Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dan Musollah Aisya.
Sekecil-kecil sumbangan amatlah dihargai dan semoga usaha kita ini sedikit sebanyak membantu merawat kesengsaraan rakyat Palestin.InshaAllah.
Jumpa korang pada LIVESTREAM AMAL BERSAMAMU RAFAH 2024 esok malam!!