05/02/2025
Coretan kisah lepasan SPM.
Alia pernah kerja disebuah kedai minyak wangi masa baru habis SPM tahun 2017. Actually Al kerja masa tu untuk penuhkan masa dan penuhkan poket juga. Maklumlah, kita bukan orang ada-ada tapi teringin nak beli itu ini. So, caranya adalah cari duit sendiri.
Alia tak boleh nak sebut nama kedai, sebab dalam beberapa tahun ini, nama kedai itu agak riuh diperkatakan sebab viral. Kedai minyak wangi Dubai. Owner sebenarnya adalah Mr. S. Cuma dia ni tak nampak macam owner, sebab selalu ada kat kedai dan buat kerja-kerja macam staff biasa.
Mr. S, biasa kami panggil abang. Bukan sebab gatal ya, just hormat dan dia pun mesra dengan panggilan itu di semua tempat. Orangnya agak tegas, tapi masih juga budak-budak susah nak dengar cakap dia. Dalam tegas ada lembutnya, dalam lembut ada nasihat.
Kami selalu diingatkan tentang solat dan tujuan datang kerja. Pada awalnya rasa agak poyo bila asyik dengar benda yang sama tapi bila diingatkan balik, siapa ja yang nak nasihat benda-benda kecil macam ni. Abang ni dia susah nak marah kecuali hal berkaitan dengan disiplin. Itu pun takde naikkan suara, cuma cakap biasa.
Ada satu ketika live depan mata, ada customer ni datang marah-marah kat kedai, memang kami semua dalam kedai tu 3 orang perempuan, menggigil takut sebab kami dah cuba nak tenangkan tapi dia menengking menjerit kat muka kami. Lagi kami cakap, lagi dia naik
Masa tu abang baru je keluar nak pergi beli barang kedai. Tak sampai 5 min. Then, kami telefon abang suruh datang balik sebab tak dapat nak kawal. Dalam 2 minit macam tu alhamdulillah, abang sampai.
Dia buka pintu, " Assalamualaikum" dengan nada yang mendatar dan tinggi. Kami dengar agak bingit tak tau kenapa. Tiba-tiba kami tengok customer tu dah terduduk atas lantai dan menggigil.
Abang berjalan ke arah customer, dengan sahaja dia tanya, " Eh, encik okey ke? ". Customer mengangguk dan terdiam. Abang bawa dia duduk di ruangan untuk tetamu dan bersembang. Alhamdulillah perkara itu dapat di selesaikan dengan baik.
Bila customer dah balik. Kami sibuk-sibuk nak tanya abang, apa dia buat. Macam biasa, abang tengok kami sambil gelak kecil dan cakap, "Takde apa-apa, korang tak pandai mengayat, abang senyum je dia dah dengar cakap". Tapi abang cakap, kalau customer macam ni, kami kena cakap berhati-hati, dia nak cari kesalahan kita. Kita tak menipu barang, kita jual barang betul, abang ajar kami pun suruh jelaskan betul-betul jangan pusing-pusing. Kita nak jual banyak kali pada satu pelanggan. Bila kita jujur dia akan datang balik.
Itulah antara pengalaman yang Alia dapat masa bekerja. Walaupun sudah 9 tahun berlalu, kami masih lagi rapat dengan abang dan staff-staff masa tu. Banyak nasihat dan perkongsian yang dia selalu kongsi agar kami tak tersesat. Haha. Walaupun penat nak dengar. Tapi bila dah sampai rumah baru boleh hadam.