PASAK Channel

PASAK Channel Dakwah channel.. Santuni Mualaf

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺSempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan menghayati kembali perjuangan, akhlak serta sunnah Baginda.

Rasulullah ﷺ adalah contoh terbaik dalam kehidupan — penuh dengan kasih sayang, kesabaran, kelembutan, kejujuran dan pengorbanan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amalan dan kehidupan seharian.

🤲 Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda ﷺ dan dikumpulkan bersama Rasulullah di dalam syurga kelak.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

🌹 Selamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ 🌹

بسم الله الرحمن الرحيمMESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PASUKAN KHAS AQIDAH NEGERI SEMBILAN (PASAK) 2026 — KALI KE-4Alh...
23/08/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PASUKAN KHAS AQIDAH NEGERI SEMBILAN (PASAK) 2026 — KALI KE-4

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pasukan Khas Aqidah Negeri Sembilan (PASAK) 2026 Kali Ke-4 pada semalam dalam suasana yang baik dan penuh semangat kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli PASAK yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan mesyuarat pada kali ini. Kehadiran serta komitmen semua amat kami hargai dan menjadi tanda sokongan terhadap kesinambungan perjuangan dan gerak kerja PASAK.

Tidak dilupakan juga buat ahli-ahli yang tidak berkesempatan untuk hadir atas kekangan masa, urusan kerja, keluarga atau komitmen lain. Terima kasih juga atas sokongan yang sentiasa diberikan kepada PASAK. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kita terus diberi kesempatan untuk bersama-sama dalam program serta aktiviti PASAK yang akan datang. 🤲🏻

Antara agenda utama yang telah dilaksanakan dalam mesyuarat ini adalah:

📌 Pembentangan laporan dan aktiviti PASAK sepanjang tahun 2024–2026
📌 Pembentangan laporan serta perkembangan gerak kerja pertubuhan
📌 Perletakan jawatan Ahli Jawatankuasa bagi sesi terdahulu
📌 Pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi meneruskan amanah dan tanggungjawab pertubuhan

Setiap jawatan dan amanah yang diberikan bukanlah sekadar sebuah kedudukan, tetapi merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaiknya demi agama, masyarakat dan pertubuhan.

Semoga dengan terbentuknya barisan kepimpinan yang baharu, PASAK akan terus melangkah dengan lebih kukuh, tersusun dan istiqamah dalam melaksanakan usaha memartabatkan akidah serta menyebarkan kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat.

🤝 Terima kasih atas kebersamaan.
❤️ Terima kasih atas kepercayaan.
💪🏻 Terima kasih atas setiap tenaga dan pengorbanan.

Semoga Allah SWT terus menyatukan hati kita, memberikan kekuatan dalam menjalankan amanah serta memberkati setiap usaha yang dilakukan.

Bersama Mempertahankan Aqidah, Membina Ummah.






10/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Tuan Pengerusi PASAK. Ustaz MMohdfaizal Mdakhir
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, rezeki yang melimpah serta kekuatan dalam memimpin dan terus berbakti kepada agama, masyarakat dan Pertubuhan PASAK.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan sepanjang memimpin PASAK. Semoga setiap usaha dan amal bakti yang dilakukan menjadi asbab ganjaran pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga terus diberi istiqamah dalam menabur bakti.

Barakallahu fi umrik.

Ikhlas,

PASAK

16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Daripada seluruh warga Pasukan Khas Akidah Negeri Sembilan (PASAK)

“Hijrah Membawa Berkat, Akidah Dipelihara, Ummah Sejahtera”

Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah yang sebenar dengan memperbaharui keimanan, memperkukuhkan akidah serta meningkatkan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan diri ke arah yang lebih baik, meninggalkan perkara yang dimurkai Allah SWT dan berusaha menjadi insan yang lebih bertakwa.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kekuatan buat seluruh umat Islam dalam menghadapi segala cabaran, serta terus istiqamah mempertahankan kesucian akidah dan syiar Islam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
“Membangun Ummah Dengan Akidah Yang Sahih”

Ikhlas daripada,
PASUKAN KHAS AKIDAH NEGERI SEMBILAN (PASAK)

*PASAK JAYAKAN PROGRAM ZIARAH KASIH SIRI 2/2026 SANTUNI PEMOHON BERTAUBAT DAN AHLI YANG SAKIT* SEREMBAN, 14 Jun – Pertub...
15/06/2026

*PASAK JAYAKAN PROGRAM ZIARAH KASIH SIRI 2/2026 SANTUNI PEMOHON BERTAUBAT DAN AHLI YANG SAKIT*

SEREMBAN, 14 Jun – Pertubuhan Khas Akidah (PASAK) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Kasih Siri 2/2026 pada 13 hingga 14 Jun lalu melibatkan Seremban, Nilai, Ipoh, Rawang, K.Lumpur dan Kajang sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan perhatian serta sokongan masyarakat.

Program yang disertai oleh barisan kepimpinan dan ahli PASAK seramai 5 orang itu memberi fokus kepada ziarah terhadap pemohon-pemohon yang sedang melalui proses taubat dan pemulihan diri serta ahli-ahli PASAK yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Sepanjang program berlangsung, rombongan telah mengadakan sesi ramah mesra, bertanya khabar, memberikan kata-kata semangat, doa selamat serta menyampaikan sumbangan kepada penerima yang diziarahi. Pendekatan kasih sayang dan persaudaraan yang diterapkan dilihat berjaya memberi motivasi kepada mereka untuk terus tabah menghadapi ujian kehidupan.

Menurut pihak penganjur, program seumpama ini merupakan antara usaha berterusan pihak PASAK dalam memperkukuhkan jaringan ukhuwah dan memastikan kebajikan ahli serta masyarakat sentiasa diberi perhatian.

"Ziarah bukan sekadar hadir bertemu, tetapi menjadi tanda bahawa masih ada insan yang mengambil berat dan mendoakan kesejahteraan mereka. Kehadiran kita mungkin kecil, namun besar nilainya di sisi mereka yang sedang diuji," kata wakil PASAK.

Program berakhir pada petang Ahad dengan penuh rasa syukur selepas semua lokasi yang dirancang berjaya diziarahi mengikut jadual yang ditetapkan.

PASAK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli, penyumbang dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Ziarah Kasih Siri 2/2026.

Sabda Rasulullah SAW;
"Barangsiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan meringankan satu kesusahannya pada hari kiamat."
(Riwayat Muslim)

"Ya Allah, sembuhkanlah mereka yang sakit, kuatkanlah mereka yang sedang diuji, tetapkan hati mereka yang sedang bertaubat, dan jadikanlah usaha ziarah ini sebagai asbab turunnya rahmat, keampunan dan keberkatan-Mu kepada kami semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin.'"

Wallahu'alam..

Hari kedua ziarah 14 Julai 2026
15/06/2026

Hari kedua ziarah 14 Julai 2026

Hari pertama ziarah 13 Julai 2026
14/06/2026

Hari pertama ziarah 13 Julai 2026

14/06/2026
Alhamdulillah, lega dan bermakna. 🌹Ziarah Kasih pertama 2026 pada 13 & 14 Julai baru selesai. Perjalanan jauh dari Serem...
14/06/2026

Alhamdulillah, lega dan bermakna. 🌹

Ziarah Kasih pertama 2026 pada 13 & 14 Julai baru selesai. Perjalanan jauh dari Seremban → Nilai → Ipoh → Rawang → Kepong → Kajang → Seremban Selatan → Senawang terasa ringan bila ditemankan sahabat PASAK yang komited.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan. Bukan mudah, tapi kita buat dengan hati. Semoga ukhuwah ini kekal sampai bila-bila.

Address

Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASAK Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share