
21/09/2021
PUNCA BERAT BADAN STATIK
Ada yang tanya Coach tentang berat badan turun beberapa kilo dan kemudian tak turun-turun. Kenapa?
Dalam peringkat awal berdiet, kebiasaan ada sesetengah individu akan turun berat badannya secara mendadak dari hasil pembuangan toksin, berat air yang berlebihan serta lemak. Jika ini berlaku (turun laju berat) dalam minggu-minggu itu normal.
Apabila anda kurang makan (kurangkan kalori pemakanan), tubuh akan memerlukan tenaga dan ia akan mengambilnya dari glikogen, sejenis karbo yang disimpan dalam otot dan juga hati. Jadi glikogen apabila dibakar ia akan menghasilkan air dan air inilah yang akan dikeluarkan dari tubuh. Lama-kelamaan anda akan hilang sebahagian dari j***m otot dan lemak apabila proses ini berlaku. Metabolisma juga turut menurun. Memangnya sebegini pun cumanya, apabila anda kurangkan kalori permakanan pastikan pemgambilan sumber protein lebih sedikit ye. Ikuti diet sihat yang betul. Jika metabolisma menurun, kuranglah tenaga untuk dibakar dan jadinya kuranglah selera makan anda untuk makan. So berat akan statik.
Dibawah jawapan pada persoalan anda. Jom lihat apa punca-puncanya. BACA YE
KELETIHAN
- Keletihan yang melampau akan membuatkan anda stress. Ianya berkait. Jadi elakkan keletihan.
KELAPARAN
- Sering berlaku ni. Apabila dah dapat turunkan berat badan, mulalah teringin nak makan macam-macam. Lepas tu tahan lapar. Kuncinya adalah apabila perut anda memberontak kelaparan pastikan anda hanya makan makanan yang dibolehkan dalam diet sihat sahaja. Nak makan COKLAT? Dark coklat boleh. Tapi jangan banyak sangat ye!
DIET KELAUT
- Elok dah diet sihat dan berat turun, pergi melantak nasi kandar sebagai lepaskan geram. Tak ke rugi. Berat turun naik. Berat YoYo. Tak bagus begini kerana ianya akan melemahkan tubuh dalam jangka masa panjang.
SENAMAN YANG KURANG TEPAT
- Senaman itu tidak salah, yang silapnya jenis dan rutin senaman yang dipilih.
Komponen utama senaman iaitu KARDIO dan STRENGTH TRAINING perlu sekali bersama. Jika tidak, akan berlaku ketidakseimbangan atau senang cakap tak cantik resultnya. Jadi perlu pastikan apabila setiap kali senaman ada keduanya ye. Jika buat kardio je, j***m otot akan kurang = kadar metabolisma juga berkurangan. Tak nak macam tu.
WORKOUT SATU MASA SAHAJA
- Workout diluar bersungguh-sunggu, tapi apabila di tempat kerja, di rumah anda tak aktif. Campur waktu tidur, banyak lebihan jam dalam sehari anda rehat berbanding workout dan bergerak aktif.
KESIMPULANNYA anda boleh lihat sendiri dimana kesilapan yang telah anda lakukan. Jika ada, kemungkinan itulah punca berat badan anda statik.