Tv Al Tamim

Tv Al Tamim Islamic | Entertainment | Music Production | Video Production | Media Online

Selamat Hari Raya Aidilfitri | 1 Syawal 1446H ✨🌙Di hari yang mulia ini, kami dari 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 i...
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri | 1 Syawal 1446H ✨🌙

Di hari yang mulia ini, kami dari 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin. 😊 Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga Syawal membawa kebahagiaan, keberkatan, dan mempereratkan silaturahim sesama kita.

Jangan lupa untuk terus berdoa agar amal kita diterima. Bacalah doa ini:

‎ اللّٰهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَأَعْمَالَنَا وَاجْعَلْنَا مِنَ الْمَقْبُوْلِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ

“Ya Allah, terimalah daripada kami puasa, solat malam dan amalan kami, serta jadikanlah kami dari kalangan orang yang diterima amalannya dan berjaya di dunia dan akhirat.”

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua dan semoga Allah menerima amal kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Taqabbalallahu minna wa minkum.

📖 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝘂𝘇𝘂𝗹 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 ✨Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran, Ikhlas daripada semua warga Kerja 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁...
17/03/2025

📖 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝘂𝘇𝘂𝗹 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 ✨
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran,
Ikhlas daripada semua warga Kerja 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 . 🌙💛

"Di hari yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama merenungi dan menghayati setiap ayat Al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk hidup. Semoga Al-Quran terus memberi cahaya dalam setiap langkah kita.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 2025Semoga bulan yang penuh berkat ini membawa rahmat, pengampunan, dan keberkatan ...
01/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 2025

Semoga bulan yang penuh berkat ini membawa rahmat, pengampunan, dan keberkatan untuk kita semua.

Semoga Ramadan kali ini menjadi peluang untuk kita memperbaiki diri, mendekatkan hati kepada Allah & meningkatkan amal kebaikan.

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada: 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺



🌙 Malam Nisfu Syaaban - Malam Penuh Keberkatan ✨Malam ini, kita bersama-sama menyambut Malam Nisfu Syaaban, malam penuh ...
13/02/2025

🌙 Malam Nisfu Syaaban - Malam Penuh Keberkatan ✨

Malam ini, kita bersama-sama menyambut Malam Nisfu Syaaban, malam penuh keberkatan dan pengampunan. 🕌🤍

Luangkan masa untuk berzikir, berdoa, dan memohon keampunan, semoga segala urusan kita dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. 🙏🏼✨

Mari perbanyakkan amalan dan bersiap sedia menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. 💛

𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2025 kepada semua penganut Hindu yang ...
11/02/2025

𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2025 kepada semua penganut Hindu yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan menjadi pendorong untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan serta menjalani kehidupan dalam suasana aman dan makmur.

𝘛𝘩𝘢𝘪𝘱𝘶𝘴𝘢𝘮 𝘝𝘢𝘢𝘭-𝘵𝘩𝘶𝘬𝘬𝘢𝘭 🪔

Selamat Datang Sya'ban! Pintu Menuju Ramadan 🌙Bulan Sya'ban telah tiba, membawa sinar kebahagiaan sebagai persediaan men...
30/01/2025

Selamat Datang Sya'ban! Pintu Menuju Ramadan 🌙

Bulan Sya'ban telah tiba, membawa sinar kebahagiaan sebagai persediaan menuju Ramadan yang mulia. Inilah bulan yang penuh keberkatan, di mana para salafussoleh dahulu menjadikannya sebagai masa untuk memperbanyakkan amalan ibadah.

✨ Tadarus Al-Quran – Para salafussoleh dahulu dikenali sebagai "ahli Al-Quran" pada bulan ini. Amr bin Qais bahkan menutup perniagaannya semata-mata untuk menghidupkan tadarus.

🤲 Bersedekah
Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki dalam Ma Dza fi Sya‘ban menukilkan bahawa Ibnu Rajab Al-Hanbali meriwayatkan satu hadis daripada Anas r.a.:

"Ketika masuk bulan Sya'ban, umat Islam tertunduk pada mushaf Al-Quran, mereka menyibukkan diri dengan tadarus dan mengeluarkan harta mereka untuk membantu golongan dhuafa dan orang miskin dalam menyambut Ramadan."

Jangan biarkan bulan ini berlalu tanpa amalan! Mari manfaatkan Sya'ban untuk memperbanyak ibadah dan membersihkan hati sebelum Ramadan tiba. 🌟

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓Dari Warga Kerja 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺Semoga tahun yang baru ini membawa kese...
28/01/2025

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓
Dari Warga Kerja 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

Semoga tahun yang baru ini membawa kesejahteraan dan bersama-sama kita bangunkan masa depan yang lebih cerah dan lebih baik dalam mencipta pencapaian yang cemerlang di tahun ini.

“Gong Xi Fa Cai!”






𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗲𝗽𝗮𝘃𝗮𝗹𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰Ucapan Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakan dan kenalan yang beranutan Hi...
31/10/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗲𝗽𝗮𝘃𝗮𝗹𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰

Ucapan Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakan dan kenalan yang beranutan Hindu.

Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra supaya hidup kita diterangi dengan kedamaian.

Semoga perayaan Deepavali pada tahun ini juga disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan di samping ahli keluarga tercinta.

“Deepavali Nal Vaalthukkal”

Ikhlas daripada,
𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺


𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malays...
16/09/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Tahun 2024 kepada seluruh warganegara Malaysia yang tercinta.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

Semoga Hari Malaysia ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua. Teruskan berusaha untuk masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia!

" 𝙼𝚊𝚕𝚊𝚢𝚜𝚒𝚊 𝙼𝚊𝚍𝚊𝚗𝚒, 𝙹𝚒𝚠𝚊 𝙼𝚎𝚛𝚍𝚎𝚔𝚊 "

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.۞ اَللهُمَّ صَلِّ ...
15/09/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ.

Jadilah insan yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara 🇲🇾.

" 𝘈𝘭-𝘍𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘮𝘢𝘤𝘶 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘔𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪 "

Ikhlas daripada : 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮! 🇲🇾Tahun ini merupakan tahun ke-67 kita menyambut kebebasan, perpaduan, dan kema...
31/08/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮! 🇲🇾

Tahun ini merupakan tahun ke-67 kita menyambut kebebasan, perpaduan, dan kemajuan. Marilah kita terus bersatu hati, memupuk semangat patriotisme, dan berganding bahu untuk masa depan yang lebih gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Iklas daripada kami : 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

Daulat TuankuMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pert...
20/07/2024

Daulat Tuanku

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada hari ini, Sabtu, 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

Sembah takzim daripada Seluruh Warga 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tv Al Tamim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tv Al Tamim:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share