DATU Entertainment

DATU Entertainment Record Label, Music Production, Video Production, Music Publishing and many more

[ SALAM 1 REJAB 1446H ]Ahlan wasahlan Rejab!Istimewanya kali ini 1 Rejab 1446H hadir serentak dengan pembuka lembaran ba...
01/01/2025

[ SALAM 1 REJAB 1446H ]

Ahlan wasahlan Rejab!

Istimewanya kali ini 1 Rejab 1446H hadir serentak dengan pembuka lembaran baru bagi tahun masihi, 1 Januari 2025.

Keistimewaan ini memberi peringatan kepada kita agar memulakan tahun baru dengan tekad untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Marilah kita sama-sama manfaatkan bulan Rejab ini untuk menambah baik amal ibadat sebagai persiapan menuju Ramadan.

#2025

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗲𝗽𝗮𝘃𝗮𝗹𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰Ucapan Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakan dan kenalan yang beranutan Hi...
31/10/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗲𝗽𝗮𝘃𝗮𝗹𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰

Ucapan Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakan dan kenalan yang beranutan Hindu.

Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra supaya hidup kita diterangi dengan kedamaian.

Semoga perayaan Deepavali pada tahun ini juga disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan di samping ahli keluarga tercinta.

“Deepavali Nal Vaalthukkal”

Ikhlas daripada,
𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁


𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 🇲🇾𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 🇲🇾 Tahun 202...
16/09/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 🇲🇾

𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 🇲🇾 Tahun 2024 kepada seluruh warganegara Malaysia 🇲🇾 yang tercinta.

Sambutan Hari Malaysia 🇲🇾 pada 16 September setiap tahun perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia 🇲🇾 demi mengekalkan Malaysia 🇲🇾 sebagai negara berdaulat.

Semoga Hari Malaysia 🇲🇾 ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua. Teruskan berusaha untuk masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia! 🇲🇾

" 𝙼𝚊𝚕𝚊𝚢𝚜𝚒𝚊 𝙼𝚊𝚍𝚊𝚗𝚒, 𝙹𝚒𝚠𝚊 𝙼𝚎𝚛𝚍𝚎𝚔𝚊 " 🇲🇾

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.۞ اَللهُمَّ صَلِّ ...
15/09/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ.

Jadilah insan yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara 🇲🇾.

" 𝘈𝘭-𝘍𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘮𝘢𝘤𝘶 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘔𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪 "

Ikhlas daripada : 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮! 🇲🇾Tahun ini merupakan tahun ke-67 kita menyambut kebebasan, perpaduan, dan kema...
31/08/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮! 🇲🇾

Tahun ini merupakan tahun ke-67 kita menyambut kebebasan, perpaduan, dan kemajuan. Marilah kita terus bersatu hati, memupuk semangat patriotisme, dan berganding bahu untuk masa depan yang lebih gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Iklas daripada kami : 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁

Daulat TuankuMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pert...
20/07/2024

Daulat Tuanku

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada hari ini, Sabtu, 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

Sembah takzim daripada Seluruh Warga 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗮𝗹 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛7 Julai 2024 bersamaan 1 Muharam 1446HAwal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk mem...
06/07/2024

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗮𝗹 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛

7 Julai 2024 bersamaan 1 Muharam 1446H

Awal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk membuka 'buku baru' dan memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya.

“𝘈𝘭-𝘍𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘮𝘢𝘤𝘶 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘔𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪”

Ikhlas daripada kami,
𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁

𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى       “ Sahaja aku niat puasa sun...
15/06/2024

𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“ Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”
KELEBIHAN PUASA ARAFAH

✅ 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗦𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

✅ 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗔𝗪
Mengamalkan puasa Arafah adalah mengikuti sunnah Rasulullah SAW, yang amat menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada hari tersebut.

✅ 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡
Berpuasa pada hari Arafah adalah satu cara untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ia mendidik jiwa untuk lebih bersabar dan bersyukur

✅ 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗢𝗔
Hari Arafah adalah salah satu hari yang paling diberkati dalam Islam. Doa-doa pada hari ini sangat mustajab, terutama bagi mereka yang berpuasa dan beribadah dengan ikhlas

✅ 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥
Puasa pada hari Arafah adalah salah satu amalan yang paling disukai oleh Allah SWT dan dijanjikan pahala yang sangat besar

Salam dihulur, maaf dipinta,Ucapan raya pengganti diri,Hari lebaran kian tiba,Sambutlah dengan jiwa mensyukuri.Selamat H...
09/04/2024

Salam dihulur, maaf dipinta,
Ucapan raya pengganti diri,
Hari lebaran kian tiba,
Sambutlah dengan jiwa mensyukuri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M
Maaf Zahir & Batin

Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh kebahagiaan dan kesyukuran bersama keluarga tersayang.

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 :
𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱

𝗡𝘂𝘇𝘂𝗹𝘂𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻𝟭𝟳 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛Salam Nuzul Quran, moga kita semua menjadi ahli Al-Quran dan beramal dengan ayat-ayat Al-Q...
27/03/2024

𝗡𝘂𝘇𝘂𝗹𝘂𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻
𝟭𝟳 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛

Salam Nuzul Quran, moga kita semua menjadi ahli Al-Quran dan beramal dengan ayat-ayat Al-Quran serta mendapat syafaat daripada Al-Quran dan moga Al-Quran nanti menjadi pelindung kita di akhirat.

𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙧𝙚𝙚𝙢1 Ramadan 1445H | 12 Mac 2024Marhaban ya Ramadhan!Selamat beribadah di bulan Ramadhan dengan sebaiknya. S...
11/03/2024

𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙧𝙚𝙚𝙢
1 Ramadan 1445H | 12 Mac 2024

Marhaban ya Ramadhan!

Selamat beribadah di bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Semoga setiap ibadah diberkati dan setiap amalan diterima.

Semoga kesejahteraan dan keberkatan melimpah dalam hidup kita semua. Mari kita raikan bulan yang mulia ini dengan meningkatkan kebaikan dalam diri.

Semoga konsisten hingga ke penghujungnya.

Ikhlas Daripada : 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗶𝗳𝘀𝘂 𝗦𝘆𝗮'𝗯𝗮𝗻Malam Nisfu Sya’ban di antara malam 🌙 istimewa dalam kalendar Islam. Antara malam yang must...
24/02/2024

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗶𝗳𝘀𝘂 𝗦𝘆𝗮'𝗯𝗮𝗻

Malam Nisfu Sya’ban di antara malam 🌙 istimewa dalam kalendar Islam. Antara malam yang mustajab doa seperti yang disebutkan oleh Imam Syafie rahimahullah.

Nisfu Sya’ban sangat sinonim sebagai malam pengampunan buat umat Islam. Maka tidak hairanlah ramai umat Islam tidak mahu melepaskan peluang meningkatkan kualiti ibadah dengan melakukan amal soleh pada malam berkenaan.

Malam Nisfu Sya’ban adalah malam 15 Sya’ban. Pada tahun ini berlaku pada malam Sabtu 24 Feb 2024 sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib.

Selamat menunaikan ibadah dan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢 𝘐𝘴𝘳𝘢' 𝘔𝘪𝘬𝘳𝘢𝘫𝟮𝟳 𝗥𝗮𝗷𝗮𝗯 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟰Israk & Mikraj  merupakan salah sat...
07/02/2024

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢 𝘐𝘴𝘳𝘢' 𝘔𝘪𝘬𝘳𝘢𝘫

𝟮𝟳 𝗥𝗮𝗷𝗮𝗯 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟰

Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah ﷺ yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى :

سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ【١】

❝ 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘚𝘶𝘤𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘮𝘣𝘢𝘕𝘺𝘢 (𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥) 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘏𝘢𝘳𝘢𝘢𝘮 (𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩) 𝘬𝘦 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘈𝘲𝘴𝘢 (𝘥𝘪 𝘗𝘢𝘭𝘦𝘴𝘵𝘪𝘯), 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘭𝘪𝘭𝘪𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢, 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢-𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢 (𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯) 𝘒𝘢𝘮𝘪. 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘶𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳, 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵. ❞

(Surah Al-Isra', Ayat 1)

Semoga setiap langkah kita sentiasa dipenuhi dengan keberkatan dan dibawah rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى.

🤲 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

'Mikraj 'Mi'raj

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟰Semoga tahun baharu 2024, menjadikan kita hamba yang lebih baik kepada Allah سُبْحَان...
01/01/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟰

Semoga tahun baharu 2024, menjadikan kita hamba yang lebih baik kepada Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَ berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semoga dengan permulaan tahun 2024 ini akan membuka lembaran semangat baharu buat kita semua untuk terus berusaha menjadikan Negara ini lebih cermelang dan sejahtera.

Mari bersama-sama mengejar impian dan menwujudkan perubahan positif. Tahun baru, peluang baru!

Jangan lupa sentiasa mengetahui keluaran lagu terbaru dari kami, sila klik link di bawah 👇

Facebook – https://www.facebook.com/Datuentertainmentsdnbhd

Tiktok – https://www.tiktok.com/.entertainment

Youtube – https://www.youtube.com/

Instagram – https://www.instagram.com/datuentertainment/

🇲🇾 Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 buat Seluruh Rakyat Malaysia 🇲🇾

Pada hari yang penuh dengan kemeriahan dan keceriaan ini, syarikat Datu Entertainment ingin menghulurkan ucapan selamat ...
12/11/2023

Pada hari yang penuh dengan kemeriahan dan keceriaan ini, syarikat Datu Entertainment ingin menghulurkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia. Kemeriahan Deepavali membawa bersama-sama warna-warni kehidupan, dan pada tahun ini, kita sambut dengan hati yang penuh kesyukuran.

Deepavali adalah zaman di mana kita merayakan kekuatan keluarga, persahabatan, dan persefahaman antara satu sama lain. Dalam suasana ini, mari kita saling berkongsi kegembiraan, keceriaan, dan kasih sayang. Semoga setiap detik perayaan ini mengukir kenangan manis dalam ingatan kita.

Selamat menyambut Deepavali kepada anda dan keluarga. Semoga cahaya kemenangan dan kebahagiaan menerangi hidup kita sepanjang tahun. Datu Entertainment sentiasa berharap agar perayaan ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berkongsi kebahagiaan dan kedamaian.

🇲🇾 Selamat Menyambut Perayaan Deepavali buat Seluruh Rakyat Malaysia 🇲🇾

SALAM MAULIDUR RASUL 1445H / 2023MDengan kesempatan ini Datu Entertainment ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur ...
28/09/2023

SALAM MAULIDUR RASUL 1445H / 2023M

Dengan kesempatan ini Datu Entertainment ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam di Malaysia dan juga saudara Islam yang lain.

12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad ﷺ . Selain memperbanyakkan selawat, pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Maulidur Rasul buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja.

Dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini “Perpaduan Teras Malaysia Madani”, pastinya ia membawa seribu erti buat kita dalam mendepani tahun 2023 yang mencabar ini. Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah ﷺ akan terus mekar dalam diri.

Jangan lupa sentiasa mengetahui keluaran lagu terbaru dari kami, sila klik link di bawah 👇

Facebook – https://www.facebook.com/Datuentertainmentsdnbhd

Tiktok – https://www.tiktok.com/.entertainment

Youtube – https://www.youtube.com/

Instagram – https://www.instagram.com/datuentertainment/

SELAMAT HARI MALAYSIA16 September Hari Malaysia,Disambut penuh dengan keriangan,Rakyat Malaysia amalkan perpaduan,Ayuhla...
16/09/2023

SELAMAT HARI MALAYSIA

16 September Hari Malaysia,
Disambut penuh dengan keriangan,
Rakyat Malaysia amalkan perpaduan,
Ayuhlah kita teruskan perjuangan.

Bersama-sama, kita terus membangun negara yang harmoni dan maju.

Selamat Menyambut Hari Malaysia dari kami warga kerja DATU ENTERTAINMENT (DESB)

“ Malaysia Madani ”
- Tekad Perpaduan Penuhi Harapan -

MERDEKA ❗MERDEKA ❗MERDEKA ❗Laungan keramat oleh Bapa Kemerdekaan kita YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang masih terngiang-...
31/08/2023

MERDEKA ❗MERDEKA ❗MERDEKA ❗

Laungan keramat oleh Bapa Kemerdekaan kita YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang masih terngiang-ngiang 🇲🇾

Dengan kesempatan ini Datu Entertainment ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang Ke - 66 buat seluruh kaum di Malaysia. Terukir indah dalam kata dan doa, semoga Malaysia tetap terjaga berhias cahaya mutiara.

🇲🇾 Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke - 66 🇲🇾



Address

Shah Alam
40400

Opening Hours

09:30 - 18:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DATU Entertainment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category