22/08/2026
Insidious: Out of the Further (2026)
Family Baru, Hantu Baru, Kuasa Baru!
- Filem ni merupakan filem keenam dalam francais Insidious.
- Selepas tamatnya kisah tentang keluarga Lambert, filem kali ini fokus p**a pada watak Gemma dan anak perempuannya.
- Gemma juga mempunyai kuasa sebagai seorang 'traveller' yang boleh 'mengembara' ke The Further.
- Tapi satu lagi kelebihan Gemma, dia juga berkemampuan sebagai seorang 'courier', dimana membolehkannya membawa entiti dari The Further ke dunia nyata.
- Kemampuannya itu menjadi tarikan satu entiti yang sangat dahsyat yang mempunyai rancangan untuk menakluki dunia nyata.
- Filem kali ini mengumpulkan banyak entiti-entiti dalam The Further seperti yang kita pernah nampak sebelum ini dalam filem-filem Insidious.
- Namun bagi aku, selepas filem keenam ini, ia dah terasa macam filem superhero p**a berbanding filem supernatural.
- Nilai keseraman tu macam tak terasa sangat walaupun ada babak seram yang agak menarik.
- Watak-watak hantu yang mulanya muncul seram, tapi jadi biasa dan jadi macam watak cosplay bila dikeluarkan dari The Further.
- Jalan cerita juga sangat tipikal tentang family, ibu dan anak.
- Namun kehadiran watak ikonik Elise Rainier sedikit sebanyak memberikan perasaan nostalgik pada peminat francais ini.
Rating: 6.5/10