18/01/2026
“Melangkah di Tahun Baru Dengan Iman”
Ayat Teks:
“Sebab hidup kami ini adalah karena iman, bukan karena melihat.”
— 2 Korintus 5:7
Setiap kali kita memasuki tahun baru, kita sebenarnya sedang "melangkah" ke wilayah yang belum kita ketahui keadaannya. Bahkan jika ditanya antara kita, bagaimana keadaan kita di tahun baru ini? Sudah pasti rata-rata antara kita akan menjawab l tanpa 109% keyakinan, sebab kita tidak pasti apakah dan bagaimanakah keadaan kehidupan yang kita jalani dalam hari-hari mendatang. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi — ekonomi, kesihatan, keluarga, pelayanan, masa depan anak-anak yang bersekolah, dll. Semua itu kita tidak tahu kerana belum kita jalani dan lihat hasilnya.
Tetapi sebagai anak Tuhan, kita tidak seharusnya melangkah di tahun baru ini dengan ketakutan, kita harus melangkah dengan iman.
Iman bukanlah tentang bahawasanya kita tahu segalanya, tetapi iman adalah kita percaya kepada Dia yang memegang kunci segalanya. Kehidupan kita terjamin dalam tangan Tuhan kita.
Mummy akan kongsikan 4 Point penting tentang tema ini, untuk sama-sama kita renungkan dan belajar untuk melangkah dengan iman di tahun baru ini.
1. Tahun Baru = Sebuah Panggilan Untuk Melangkah, Bukan Bertahan
Yosua 1:9
“Kuatkan dan teguhkanlah hatimu… sebab TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana pun engkau pergi.
Contohnya:
👉🏻Bangsa Israel tidak disuruh untuk duduk healing atau bersantai di tepi Sungai Yordan sambil merenung dan berharap air itu surut baru barulah mereka boleh menyeberang! Namun Tuhan berkata kepada mereka: "melangkah!" supaya sampai kepada destinasi atau tujuan.
Begitu juga dengan kita:
• Ada orang yang merasa sangat takut untuk memulakan sesuatu yang baru walaupun itu untuk menambahbaik kehidupannya sendiri kerana sudah terlalu selesa atau biasa dengan sikap dan attitude lama. Jadi untuk melangkah (berubah) atau bermula dia merasa banyak keraguan;
• Takut gagal
• Takut terluka
• Takut kecewa lagi
• Takut itu atau ini dll
Tetapi berbeza apabila kita memiliki "iman" dimana kita tidak perlu menunggu keadaan menjadi selamat, baik atau sesuai keinginan kita sebelum "melangjah" atau memulai.
Iman itu suatu perkara yang melibatkan ketaatan dalam melangkah (melakukan) walaupun jalannya atau hasilnya belum jelas. (Belum kita lihat)
➡ Jika Tuhan memanggilmu untuk melangkah kehadapan, yakinlah bahawa Dia sudah menyediakan tanah yang akan kamu pijak. Naksudnya, Tuhan sudahpun menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang kita harapkan!
2. Iman adalah Melihat Dengan Mata Rohani, Bukan Suatu Keadaan
Ibrani 11:1
“Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat.”
👉🏻apabila kita memiliki Iman, bukan bererti kita menafikan realiti. Tetapi, memiliki Iman percaya adalah bagaimana kita melihat bahawa realiti Tuhan itu lebih besar daripada segala apapun masalah.
Contoh kita belajar tentang "memiliki iman" dari tokoh Alkitab:
• ABRAHAM: dia tidak perlu susah payah mau tahu (melihat) seperti apakah nanti anaknya, akan tetapi dia hanya fokus melihat pada janji Tuhan untuknya, iaitu Tuhan akan memberikannya anak dan keturunan yang b
• MUSA: tidak melihat bagaimana jalan agar merz melarikan diri dari tentera Mesir; tetapi dia fokus melihat Tuhan yang Maha Kuasa membuka jalan dengan membelah laut agar orang Israel dapat menyeberang.
• DAUD: tidak melihat bentuk rupa Goliat yang besar dan gagah menakutkannya; tetapi dia melihat Allah yang lebih besar yang memampukannya untuk mengalahkan Goliat.
➡ Apa yang kita lihat akan menentukan bagaimana kita melangkah. Sebab itu, kita selalunya akan merasa ragu-ragu dan tidak pasti.
Jika kita hanya melihat masalah — maka kita akan berhenti dan tidak melangkah maju.
Jika kita melihat Tuhan — maka kita akan terus melangkah maju tanpa tanpa ragu-ragu. Itulah yang dikatakan Iman. Kita percaya sepenuhnya kepada Tuhan.
3. Tahun Baru Tidak Bermula Dengan Keadaan, Tetapi Dengan Sebuah Keputusan
Banyak orang berkata:
“Kalau keadaan saya tahun ini berubah lebih baik, kehidupan dan karier saya semakin ke puncak, barulah saya akan percaya Tuhan.”
Tetapi Tuhan Yesus berkata:
“Percayalah, maka keadaan akan berubah.”
Markus 9:23
“Segala sesuatu mungkin bagi orang yang percaya.”
👉🏻Iman bukanlah suatu perasaan yang didasari dengan emosi.
Iman adalah suatu keputusan muktamat untuk berkata:
“Tuhan, aku percaya kepada-Mu walaupun aku belum melihat hasilnya.”
➡ Kehidupan kita di Tahun 2026 (atau tahun baru ini) tidak akan benar-benar berubah jika cara kita berfikir tidak berubah.
4. Iman Membawa Kita Melangkah Keluar Dari Masa Lalu
Ada orang tidak dapat melangkah ke depan kerana masih terikat dengan banyak hal, contohnya;
• Kegagalan lama
• Dosa lama
• Luka lama
• Kekecewaan lama
tetapi dalam Yesaya 43:18-19
“Janganlah ingat hal-hal yang dahulu… Sesungguhnya, Aku hendak membuat sesuatu yang baru!”
👉🏻Tuhan tidak menulis suatu bab yang baru dengan kertas lama.
Harus katakan dengan Iman:
“Aku lepaskan yang lama, aku sambut yang baru.”
5. Melangkah Dengan Iman Membuka Pintu Mujizat
Yohanes 5:8
Yesus berkata kepada orang lumpuh:
“Bangunlah, angkat tilammu dan berjalanlah.”
Yesus tidak berkata, “Tunggulah sampai kaki sembuh dulu, baru berdiri dan berjalan!"
Dia berkata, melangkah! Berjalanlah! - orang lumpuh itu segera dipulihkan dan dapat bangun dan berjalan!
Saat orang lumpuh itu memilih untuk percaya (iman) dia terus bangun dan melangkah — disitulah kuasa Tuhan bekerja dengan sempurna sehingga dia dipulihkan!
➡ Banyak orang menanti-nantikan perkara mujizat terjadi dalam kehidupannya, dia mahu diberkati terlebih dahulu sebelum percaya dan yakin untuk melangkah. Tidak sedikit juga orang bila Tuhan melakukan mukjizat dan memberkatinya, dia semakin jauhkan diri dan lupa Tuhan.
Untuk kita semua malam ini, sungguh Tuhan setia menunggu kita untuk melangkah supaya mujizat terjadi dalam kehidupan kita. Kuasa Tuhan sempurna untuk menolong kita dalam setiap keputusan untuk melangkah bersama Tuhan.
Penutup & Aikasi
– Deklarasilah Tahun Baru kita Dengan Iman.
Mari kita melangkah di tahun baru ini dengan iman percaya kepada Tuhan. Janganlah kita menolak atau mengelak kerana belum melihat hasil didepan mata. Jangan kerana ketakutan atau kekhuatiran kita, berkat Tuhan yang sempurna gagal terlaksana keatas hidup kita.
Doa Deklarasi:
“Tahun ini aku melangkah dengan iman.
Aku tidak dikuasai oleh masa lalu.
Aku tidak dikalahkan oleh keadaan.
Aku percaya bahawa Tuhan memimpin setiap langkahku, membuka pintu baru, dan membawa aku masuk ke dalam rencana-Nya yang terbaik.
Dalam nama Yesus. Amen.”