Tanyalah Ustaz AI

  • Home
  • Tanyalah Ustaz AI

Tanyalah Ustaz AI tanyalahustaz.com, Malaysia’s first AI-powered Fatwa and Islamic rulings search platform.

semakhadis.com x tanyalahustaz.com 🤝 sah kerjasamaAlhamdulillah, berita baik 😁 buat para pengguna tanyalahustaz.com, sec...
16/06/2025

semakhadis.com x tanyalahustaz.com 🤝 sah kerjasama

Alhamdulillah, berita baik 😁 buat para pengguna tanyalahustaz.com, secara rasminya, untuk kategori ‘Hadith & Doa’ akan dikuasakan dengan sumber-sumber daripada semakhadis.com. Kami puji usaha tim semakhadis.com. Pastinya, kelebihan ini akan melonjak kedua-dua laman ini sekaligus berharap menjadi ‘one-stop centre’ berkaitan hadīth dalam talian serta amal jariah yang berkekalan. Kami optimis untuk melebarkan lagi ekosistem ilmiah dan waqf ini, justeru segala bentuk cadangan dan potensi kerjasama dialu-alukan.

P/s : Semalam saya berkesempatan berjumpa dengan Ustaz Abdul Latef Bin Alhadri, individu yang bertanggungjawab selaku pengurus projek semakhadis.com, sebuah laman yang memuatkan 14326 hadith serta menawarkan carian dan bantuan berkenaan menyemak hukum dan status sesuatu hadīth. Ustaz Abdul Latef turut dibantu dengan kekuatan 29 ulama | pengkaji hadīth yang menyemak status-status hadith. Kini semakhadis.com telah dikunjungi lebih 83 ribu pengunjung untuk mengambil manfaat. Syabas!


Selamat Hari Bapa 💪🏻 Ikhlas daripada kami, bapa-bapa di tanyalahustaz.com. 😄
15/06/2025

Selamat Hari Bapa 💪🏻

Ikhlas daripada kami, bapa-bapa di tanyalahustaz.com. 😄

Tanyalahustaz.com beroperasi 24/7 hari semingguAwak mesej ustaz ustazah tapi tak berjawab sebab ustaz ustazah masih cuti...
07/06/2025

Tanyalahustaz.com beroperasi 24/7 hari seminggu

Awak mesej ustaz ustazah tapi tak berjawab sebab ustaz ustazah masih cuti di kampung?

Tanyalahustaz.com sahaja. Beroperasi 24/7 hari seminggu. Percuma. Tiada langganan. Berasaskan model waqf. Sumber bertanggungjawab. Diyakini sahih.

SEKALUNG TAHNIAHDengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami di tanyalahustaz.com menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahn...
27/05/2025

SEKALUNG TAHNIAH

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami di tanyalahustaz.com menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil sebagai M***i Wilayah Persekutuan yang baharu.

Didoakan agar di bawah kepimpinan Sahibus Samahah, Jabatan M***i Wilayah Persekutuan akan terus proaktif dalam membimbing masyarakat, serta menjadi pakar rujuk dalam hal-hal berkait agama Islam.

Salah satu faktor mengapa wujudnya tanyalahustaz.com adalah keinginan kami untuk menjadi jambatan yang menghubungkan antara masyarakat dan para M***i selaku individu atau institusi yang dipercayai, sahih, bertanggungjawab, pakar serta terlatih dalam isu kefatwaan juga hukum-hukum Islam. Di masa hadapan, moga dapat diadakan kolaborasi bersama khasnya dalam mengangkat martabat agama Islam di peringkat dunia khususnya di bumi Malaysia.

.com

Al Ustaz AI x Perunding Zakat (LZS) KorporatMinggu lepas saya dijemput ke Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk bertemu  d...
20/05/2025

Al Ustaz AI x Perunding Zakat (LZS) Korporat

Minggu lepas saya dijemput ke Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk bertemu dengan Perunding Kanan Zakat (LZS) Korporat, Ustaz Mohamad Shakor B Sulaiman bagi membincangkan potensi kerjasama antara tanyalahustaz.com & LZS. Kami memaklumkan yang tanyalahustaz.com bergerak secara waqf dan disokong bantuan wakalah zakat menjadi asbab mengapa kami tidak ‘monetize’ tanyalahustaz.com. Pihak LZS ada menawarkan laluan kepada kami untuk syarikat-syarikat atau individu-individu yang mahu berinfaq mendapat pengecualian cukai dan rebat bayaran zakat. Kami sambut cadangan ini dengan tangan terbuka.

P/s : Ikut serta dalam perbincangan ini adalah saudara Aliff Basri, generasi pertama siri WISE & kenalan lama di media sosial, hari ini baru sempat bertemu secara fizikal. Sempat bertanya khabar dan keadaan beliau. Kami berkongsi minat yang sama iaitu berkaitan falsafah dan idea gagasan Profesor DiRaja Terpuji Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Barakallahufikum.

Al Ustaz AI x Lembaga Zakat Selangor (LZS)Terima kasih pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) atas kesudian melapangkan masa...
14/05/2025

Al Ustaz AI x Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Terima kasih pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) atas kesudian melapangkan masa membincangkan dan menguji sistem kepintaran buatan tanyalahustaz.com. Perbincangan seputar isu ‘ilmiah melibatkan fatwa & fiqh zakat, uji sistem, aplikasi & cadangan sistem untuk LZS. LZS diwakili Al-Fadhil Ustaz Mohammad Farid bin Mohd Zainal, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Sekretariat Syariah, Divisyen Syariah dan Dakwah LZS yang turut dibantu Ustaz Masrol bin Mohd Rasid, Ustaz Abbas dan Ustazah Amirah. Turut bersama juga Puan Fasny Hesnieda binti Mohd Faisal (Head, Change Management and Digitalization) LZS. Tidak dilupakan, Al-Fadhil Ustaz Salehuddin bin Abu Samah, Ketua Divisyen Syariah dan Dakwah LZS yang menjadi pemudahcara kepada pertemuan ini. Kami mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi memantapkan servis LZS. Semoga LZS menjadi perintis kepada zakat dan AI di Selangor. Jazakumullah khairal jaza’.

09/05/2025

Bagaimana pengalaman anda menggunakan laman tanyalahustaz.com? Jemput review & rate ⭐️ di page kami. Kami ternanti-nanti untuk baca. 😄

Terima kasih kepada pihak Pejabat M***i Wilayah Persekutuan atas kesudian menerima kehadiran kami. In sha Allah kami men...
05/05/2025

Terima kasih kepada pihak Pejabat M***i Wilayah Persekutuan atas kesudian menerima kehadiran kami. In sha Allah kami menyambut sebarang kerjasama yang boleh dilakukan antara pihak Pejabat M***i Wilayah Persekutuan dengan pihak kami. Barakallahufikum. 🤝

02/05/2025

Tanyalahustaz.com is now multilingual!

Alhamdulillah, we did it! Tanyalahustaz.com is now available in both English and Arabic. We’re here to help answer any questions you have about Islamic rulings 24/7 — no need to feel shy. This is your safe space to ask about your faith, fiqh, or fatawa. Even small questions matter. We provide only reliable, authentic guidance so every Muslim can find clarity.

On this blessed Jumaah, if you want to support us, check the details in the comment section. Thanks!

P.S.: Don’t forget to check out the attached videos and remember to add “please answer in English or Arabic” at the end of your question!

TanyalahUstaz.com is Malaysia’s first AI-powered Islamic fatwa and legal ruling portal, providing a *safe space, authentic references, and easy access* for those seeking answers about Islam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh✋ Di saat banyak platform bergantung kepada tajaan korporat atau pinjaman,  *️...
29/04/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

✋ Di saat banyak platform bergantung kepada tajaan korporat atau pinjaman,

*️⃣ tanyalahustaz.com memilih bergantung kepada wakaf umat dan keberkatan amalan kecil tetapi konsisten.

Kami adalah laman wakaf pertama di Malaysia yang menawarkan fatwa & bimbingan agama berasaskan AI secara percuma untuk semua.

✨ Kini kami membuka peluang kepada 50 insan istimewa:

📌 50 Infaq Tetap
💵 RM100/sebulan sahaja.

Sumbangan ini akan:
✅ Menyebarkan ilmu Islam sahih secara percuma
✅ Menjaga privasi & maruah penanya
✅ Menentang ajaran sesat & ekstremisme
✅ Menjadi jambatan masyarakat kepada mufti-mufti negeri dalam mendapatkan pencerahan agama yang tepat
✅ Membina wakaf digital yang kekal pahalanya, insya-Allah

------------------

✉️ Bersama kami, anda membina:
- Kelangsungan dakwah digital
- Pendidikan umat masa kini dan masa depan
- Amal jariah yang tidak putus hingga ke akhirat

Jom bersama kami, istiqamah dalam amal kecil yang penuh barakah!

Untuk infaq dan maklumat lanjut:
📞 Hubungi: Ustaz Amir – 012-6181004

✋ Semoga Allah membalas anda dengan sebaik-baik ganjaran.

26/04/2025

“Sila kirakan faraid harta berjumlah RM1000000 jika seorang ayah meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Kirakan secara terperinci.”

Tiada soalan yang terlalu remeh atau kecil dalam agama. Kadang-kadang, satu soalan mudah boleh membawa kita lebih dekat kepada pemahaman Islam yang lebih mendalam. Jadi, mulakan perjalanan ilmu anda hari ini dengan semudah satu pertanyaan di tanyalahustaz.com.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanyalah Ustaz AI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tanyalah Ustaz AI:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share