Info Celik Emas

Info Celik Emas Jadilah Pembeli Emas Yang Bijak, Bukan Yang Kena Pijak

PERBANDINGAN harga beli + harga jual balik = untung/rugi bersih, untuk:Bursa Gold Dinar (4.25g / dinar)MIGA-i (1g, 5g, 1...
14/05/2025

PERBANDINGAN harga beli + harga jual balik = untung/rugi bersih, untuk:

Bursa Gold Dinar (4.25g / dinar)

MIGA-i (1g, 5g, 10g)

Public Gold (1g, 5g, 10g & dinar)

Semua caj dah termasuk (tebus, pos, minting, dll), dan kita banding berapa rugi bersih kalau jual balik ke Public Gold hari ini.
14 MEI 2025 9.25AM

---

BUYBACK RATE (PUBLIC GOLD):

Emas PG: RM448/g

Non-PG (MIGA-i & Bursa): RM437/g

Buyback dinar PG: RM1,898

---

1. PUBLIC GOLD

1g:

Beli = RM493 + RM10 (tebus) + RM15 (pos) = RM518
Jual = RM448
Rugi = RM70

5g:

Beli = RM2,465 + RM10 + RM15 = RM2,490
Jual = RM448 × 5 = RM2,240
Rugi = RM250

10g:

Beli = RM4,930 + RM10 + RM15 = RM4,955
Jual = RM448 × 10 = RM4,480
Rugi = RM475

1 dinar (4.25g):

Beli = RM2,086 + RM10 + RM15 = RM2,111
Jual = RM1,898
Rugi = RM213

---

2. MIGA-i (Maybank)

1g:

Beli = RM457 + RM25 (tebus) = RM482
Jual = RM437
Rugi = RM45

5g:

Beli = RM457 × 5 + RM36.50 = RM2,321.50
Jual = RM437 × 5 = RM2,185
Rugi = RM136.50

10g:

Beli = RM457 × 10 + RM63 = RM4,633
Jual = RM437 × 10 = RM4,370
Rugi = RM263

---

3. BURSA GOLD DINAR

1 dinar (4.25g):

Beli = RM456 × 4.25 = RM1,938

RM73.40 (minting) + RM13 (insurans) + RM10 (pos) = RM2,034.40
Jual = RM437 × 4.25 = RM1,858.25
Rugi = RM176.15

---

RUMUSAN UNTUNG/RUGI (PALING SIKIT KE PALING BANYAK RUGI)

1g:

1. Bursa: Rugi RM41.68

2. MIGA-i: Rugi RM45

3. PG: Rugi RM70

5g:

1. MIGA-i: Rugi RM136.50

2. Bursa: Rugi RM208.40

3. PG: Rugi RM250

10g:

1. MIGA-i: Rugi RM263

2. Bursa: Rugi RM416.80

3. PG: Rugi RM475

Dinar (4.25g):

1. Bursa: Rugi RM176.15

2. PG: Rugi RM213

---

Kesimp**an Akhir:

Paling murah untuk beli dinar: Bursa Gold Dinar

Paling jimat untuk beli emas 1g, 5g & 10g: MIGA-i

Paling banyak rugi keseluruhan: Public Gold

INI HANYA KIRAAN UNTUNG RUGI HARGA UMUM SAHAJA

TAK TERMASUK KIRAAN HARGA JUAL SENDIRI ATAU SENTIMEN BRAND ATAU DEMAND BRAND

Sumber : Group Emas

Wang Kertas Hanya Ada Nilai Selagi Mana Wujudnya Kerajaan & Orang Ramai Mempercayainya-------------------------------Seb...
14/05/2025

Wang Kertas Hanya Ada Nilai Selagi Mana Wujudnya Kerajaan & Orang Ramai Mempercayainya
-------------------------------

Sebelum tahun 1971, negara² di dunia menggunakan sistem yang dipanggil Bretton Woods, di mana setiap mata wang disandarkan kepada US Dollar.
Mana² negara yang nak cetak duit mertas mestilah bersandarkan emas yang mereka ada, tak boleh simply cetak sesuka hati macam sekarang.
Asas sistem ini mudah : semua mata wang utama dunia ditambat kepada dolar Amerika Syarikat (USD), manakala USD p**a dipautkan kepada emas pada kadar tetap iaitu USD35 untuk setiap satu auns/oz emas

Maknanya kalau kita ada 35 dollar, kira boleh tuntut 1 oz emas dari Amerika.

Tapi lama-lama, US cetak terlalu banyak duit (sebab nak biayai Perang Vietnam & program sosial).

Negara-negara lain mula hilang kepercayaan dan minta tukar dollar mereka dengan emas.

Amerika panik.

Mereka sedar kalau semua orang tukar serentak, emas di simpanan US boleh habis.

Ekoran tekanan ini, President US ketika itu, Richard Nixon pada 15 Ogos 1971 mengumumkan bahawa mereka (US) tidak lagi akan menukar dolar kepada emas, tindakan yang kemudiannya dikenali sebagai "Nixon Shock" .

Dengan keputusan ini, sistem Bretton Woods runtuh secara rasmi dan duit kertas tidak lagi bersandarkan emas.

Dunia kini masuk ke era baharu sistem fiat di mana nilai mata wang tidak lagi bersandarkan komoditi fizikal emaa tetapi sepenuhnya kepada kepercayaan terhadap kerajaan yang mengeluarkannya.

Apa yang terjadi selepas peristiwa ini?

1. Mata wang dunia tak bersandar pada emas lagi.

Semua jadi fiat money
- nilainya datang daripada kepercayaan kepada kerajaan.

2. Bank pusat bebas cetak duit.

Tiada had fizikal macam emas.
Selagi rakyat percaya, duit itu ada “nilai".

3. Inflasi mula meroket.
Contoh: Harga rumah, makanan, minyak naik tak berhenti-henti sejak 70-an

Exactly apa yang berlaku
13/05/2025

Exactly apa yang berlaku

Salah satu kelebihan akaun emas MiGA-i adalah kita boleh transfer berat emas yang ada kepada pemegang akaun MiGA-i yang ...
13/05/2025

Salah satu kelebihan akaun emas MiGA-i adalah kita boleh transfer berat emas yang ada kepada pemegang akaun MiGA-i yang lain.

Dengan kata lain, sekiranya kita tak nak jual balik dekat Maybank, boleh jual sesama pemegang akaun MiGA-i.

So kita boleh jual tinggi sikit dari harga buy back, manakala pembeli p**a boleh beli harga emas lebih rendah di bawah harga retail yang dipaparkan di dalam sistem.

Win win situation.

Nak tau bila waktu yang paling kurang risiko kerugian bila beli emas?

Jom join group facebook Info Pelaburan Emas untuk dapatkan info yang betul tentang emas agar anda tidak lagi digula-gulakan oleh mereka yang berkepentingan.

https://www.facebook.com/groups/1179545620634790/?ref=share&mibextid=NSMWBT

Dengan timing dan platform yang betul, anda sebenarnya boleh kurangkan risiko kerugian pembelian emas sehingga 50%.

Tak perlu tunggu lama untuk break even.

Jadilah Pembeli Emas Yang Bijak, Bukan Yang Kena Pijak

JANGAN PERCAYA 100% CAKAP ORANG!!Gambar pertama merupakan kerata akhbar yang disiarkan pada tahun 2012. Pada waktu itu h...
13/05/2025

JANGAN PERCAYA 100% CAKAP ORANG!!

Gambar pertama merupakan kerata akhbar yang disiarkan pada tahun 2012. Pada waktu itu harga emas berada dalam kedudukan all time high.

Ramai 'pakar' anggarkan harga emas akan naik kepada RM500 segram menjelang 2020.

Namun apa yang terjadi adalah sebaiknya apabila harga emas mengalami fasa penurunan dalam tempoh hampir 10 tahun.

Huh, naya kepada siapa yang terbeli emas pada waktu kemuncak tahun tahun 2012. Kena tunggu hampir 10 tahun hanya untuk break even.

Harga emas mula naik pada era Covid-19, dan pada tahun 2025 barulah 'ramalan' sebelum ini menjadi kenyataan.

Ianya mengambil masa lebih kurang 13 tahun untuk menjadi realiti.

Gambar kedua p**a merupakan keratan akhbar tahun 2025, ianya dikeluarkan ketika harga emas berada pada kedudukan all time high.

Jangkaan kali ni RM710/gram. Jom sama-sama kita nantikan bila p**a ianya menjadi realiti.

Nak tau bila waktu yang paling kurang risiko kerugian bila beli emas?

Jom join group facebook Info Pelaburan Emas di bawah untuk dapatkan info yang betul tentang emas agar anda tidak lagi digula-gulakan oleh mereka yang berkepentingan.

Klik link group di bawah untuk jadi pembeli emas yang bijak

👇👇👇

https://www.facebook.com/groups/1179545620634790/?ref=share&mibextid=NSMWBT

Dengan timing dan platform yang betul, anda sebenarnya boleh kurangkan risiko kerugian pembelian emas sehingga 50%.

Tak perlu tunggu lama untuk break even.

Jadilah Pembeli Emas Yang Bijak, Bukan Yang Kena Pijak

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Celik Emas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share