02/08/2026
Dear calon temuduga AKP SPP:
Musim PRN ni, jangan terkejut kalau panel SPP selit soalan berkaitan politik.
Bukan sebab nak tahu awak sokong parti mana, tapi nak tengok awak ni peka tak dengan perkembangan politik negara.
Ni saya spill 9 contoh soalan berkaitan politik:
1. Apakah nama kawasan DUN tempat tinggal awak dan siapakah ADUN yang mewakili kawasan tersebut?
2. Alamat tempat tinggal awak berada di bawah kawasan Parlimen mana dan siapakah Ahli Parlimennya?
3. Apakah perbezaan antara ADUN dengan Ahli Parlimen?
4. Siapakah Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi negeri awak?
5. Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?
6. Apakah perbezaan antara pilihan raya negeri dengan pilihan raya umum?
7. Sebagai bakal penjawat awam, bagaimana awak melihat isu perbezaan fahaman politik?
8. Apakah syarat asas untuk seseorang mengundi dalam pilihan raya di Malaysia?
9. Apakah tujuan Ahli Parlimen bersidang di Parlimen?
Kalau s**a tips macam ni, dan nak lebih banyak lagi contoh soalan temuduga SPP, InshaAllah awak akan s**a baca Notacikgu
Dalam ni ada
- Nota untuk setiap jawatan AKP
- Ada kupasan isu semasa
- Ada koleksi pengetahuan am
- Ada kuiz dan flashcard
Jom daftar sementara masih ada promo
https://daftar.notacikgu.my