15/08/2026
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Association of Former Apprentices of Trade School (AFATS) Ke-21 Tahun 2026 di Kelab Shah Alam.
AFATS juga adalah ialah singkatan bagi Armed Forces Apprentice Trade School atau Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera, iaitu sebuah sekolah teknikal ketenteraan di Malaysia.
Ia bertujuan melahirkan tenaga pakar teknikal dan kejuruteraan muda untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saya amat menghargai usaha alumni yang terus menghimpunkan bekas pelatih AFATS di samping memelihara hubungan silaturahim dan semangat persaudaraan dalam kalangan ahli.
Pertubuhan seperti ini penting dalam menghargai jasa dan pengalaman generasi terdahulu, selain menjadi wadah untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta menyumbang kepada kebajikan warga AFATS.
Tahniah kepada barisan kepimpinan dan seluruh ahli AFATS atas komitmen yang berterusan. Semoga persatuan ini terus kukuh, aktif dan memberi manfaat kepada ahli serta masyarakat.
Terima kasih atas jemputan dan peluang berkenalan dengan semua yang hadir.