Kamek Aliff Liv

Kamek Aliff Liv ROAD TO 100,000 Followers! πŸš€πŸ₯³

Thoughts. Stories. Perspective.
~Just sharing how I see the world.

πŸ“ Kuching, Sarawak
🏑 Sibu, Sarawak

Pasal movie Spiderman.. Kamek dah nangga dah. Movie Spider-Man kali tok paling santai dan flow nya lain s*kit S*k ada an...
03/08/2026

Pasal movie Spiderman.. Kamek dah nangga dah. Movie Spider-Man kali tok paling santai dan flow nya lain s*kit

S*k ada ancaman besar maok musnahkan dunia. S*k ada multiverse yang berserabut. Kali tok cerita lebih fokus pada kehidupan Peter Parker sebagai seorang manusia biasa.

Dan jujurnya.. ya molah cerita tok rasa dekat dengan kita.

Lepas semua yang nya dah lalui, Peter akhirnya terpaksa juak hadap realiti yang semua orang dewasa faham. Carik kerja, sambung belajar, bayar bil, bayar sewa rumah, dan dalam masa yang sama masih cuba jadi Spider-Man.

Dari seorang Avenger yang pernah selamatkan dunia, ke someone yang penin fikir duit sewa hujung bulan. 😭

Kadang-kadang musuh paling susah maok lawan bukan Green Goblin, Doctor Octopus atau Venom.

Musuh sebenar adalah komitmen bulanan.

Sebab ya yang molah Spider-Man sentiasa jadi antara superhero paling mudah untuk kita relate. Nya bukan jutawan macam Tony Stark, nya bukan dewa macam Thor, dan nya bukan askar super macam Captain America.

Nya cuma seorang nembiak biasa yang cuba molah perkara yang betul, walaupun hidupnya dirikpun s*k pernah mudah.

Mungkin sebab ya rami yang s**a Peter Parker.

Sebab dalam dirik Spider-Man, kita nampak sedikit dirik kita sendirik. Cuma aku heran, mampu juaknya makei model telefon flip yang mahal ya. Komputer2 rah bilit sewanya canggih ada.. Bulak cerita tok. Dah nama asalnya dari cerita katon. πŸ˜†πŸ˜‚

Mun AI tok nya "minyak" baru dunia, kenak Sarawak s*k jadi tempat untuk membinanya?Pada pendapat kamek, Sarawak dah bera...
31/07/2026

Mun AI tok nya "minyak" baru dunia, kenak Sarawak s*k jadi tempat untuk membinanya?

Pada pendapat kamek, Sarawak dah berada di landasan yang betul. Pembangunan Kuching AI Data Campus adalah sigek langkah yang besar. Tetapi mungkin dah tiba masanya juak kita berfikir lebih jauh.. Membina sebuah "Sovereign AI Gigafactory" yang mampu menjadi tulang belakang pembangunan AI bukan jak di Malaysia tapi untuk ASEAN.

Probably costs around US$50-US$150 bil? πŸ˜… lagikpun, hydrogen boleh dipolah jadi Grid-scale energy storage. Creating a possible storage/backup future system untuk hydropower dam.

Anyway, Sarawak kita ada kelebihan yang s**ar ditandingi. Kita ada bekalan tenaga boleh diperbaharui daripada hydropower yang stabil, sumber aik yang melimpah untuk menyokong keperluan penyejukan infrastruktur AI berskala besar, keluasan tanah untuk pembangunan jangka panjang, serta kedudukan strategik di tengah-tengah rantau ASEAN.

Maok molah tempat rocket launch untuk low orbital pun s*kda masalah. Which will happens in the future, i believe.

Dalam era AI, perlumbaan bukan lagik sekadar membina chatbot atau model AI yang lebih pintar. Perlumbaan sebenar kinek ialah membina infrastruktur yang membolehkan AI dilatih, dijalankan dan dikembangkan pada skala besar.

Mun Sarawak berjaya membina ekosistem AI bertaraf dunia, ya bukan jak mampu menarit pelaburan berbilion ringgit, malah melahirkan lebih rami AI engineers, researchers, startup founders, scientists, entrepreneurs dan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk anak Sarawak.

Kamek percayak Sarawak ada semua asas untuk menjadi AI Compute Hub of ASEAN. Apa yang diperlukan sekarang ialah visi yang lebih besar dan keberanian untuk melaksanakannya.

The future belongs to those who build the infrastructure that powers AI.

Baruk juak siap design struktur UI/UX untuk app mobile appointment klinik. Fokus utama kamek mudah jak, orang tua pun bo...
30/07/2026

Baruk juak siap design struktur UI/UX untuk app mobile appointment klinik. Fokus utama kamek mudah jak, orang tua pun boleh pakei tanpa penin palak. Kurang langkah, butang besar, tulisan jelas.

Bila fikir pasal isu SMC Cares, kamek terus teringat isu parking yang rami orang Sibu mengeluh susah maok dipakei sebelum boleh aktifkan parking.

Kamek pun cuba download app SMC Cares rah Playstore, register dan login ke app. S*kpat juak masuk sebab sangkut rah OTP. πŸ˜… Jadi, kamek s*k dapat explore dalam ya.

Sementara ya, kamek saja jak melatih minda dengan redesign aliran app SMC Cares tok makei structure sama dengan appointment clinic booking app UI/UX kamek polah. Focus dengan parking jak lah. Part feedback apa semua kamek s*k polah. Structure macam debah tok:

Login > Home > Pilih Lokasi > Aktifkan Parking > Parking Active

Matlamatnya mudah, kurangkan langkah, jelas, dan mesra semua lapisan umur, terutama warga emas. Kadang-kadang masalah s*k semestinya fungsi, tapi cara pengguna berinteraksi dengan app ya.

Post tok bukan untuk mengutuk. Sekadar berkongsi idea kamek dari sudut UI/UX tentang macam mana pengalaman pengguna boleh dipertingkatkan. Mun SMC Sibu maok ambik UI/UX structure tok, ambiklah.. silakan copy paste. Free jak.

Tapi nak, mun kitak pengguna SMC Cares, apa cabaran paling besar kitak bila guna app tok? Mun kamek, kamek s*k s**a warna oren ya. πŸ˜…

30/07/2026

🍜
Siney maok carik bihun goreng di Kuching?

"Semoga Sarawak lebih maju daripada Selangor."Ayat tok kamek terbaca di komen tadik. Terus molah kamek berfikir dengan c...
30/07/2026

"Semoga Sarawak lebih maju daripada Selangor."

Ayat tok kamek terbaca di komen tadik. Terus molah kamek berfikir dengan cuaca hujan di Kuching tok..

Hampir 20 tahun kamek mencari rezeki di Petaling Jaya, Selangor dan KL. Dalam tempoh ya juak, kamek pernah berada dalam kategori M40, malah beberapa tahun menikmati pendapatan setaraf T20. Haritok, selepas hampir 2 tahun kembali ke Sarawak, kamek berada dalam kategori B40.

Hidup nang ada naik dan turun. Dengan ekonomi global kinek yang makin mencabar since the last few years makinlah.. Tapi pengalaman berada di tahap pendapatan yang berbeza molah kamek nangga sesuatu dari perspektif yang berbeza juak.

Sarawak is rich. Kita ada oil & gas, renewable energy, natural resources dan GDP yang tinggi. Tapi bagi kamek, real progress isn't just about GDP atau projek pembangunan yang besar. Real progress is when more Sarawakians can earn better salaries, have access to quality jobs, and build a better future without feeling they have to leave their home state.

Saya berharap lebih rami investors nampak potential Sarawak dan willing to invest here. Bukan sekadar datang untuk sigek projek, tetapi membina long-term businesses dan industries. Bila investment masuk, lebih banyak syarikat akan berkembang, lebih banyak high-value jobs akan diwujudkan, dan lebih banyak peluang akan terbuka untuk rakyat Sarawak.

I'm technologist and futurist myself. Kamek juak harap Sarawak terus membina digital economy ecosystem yang lebih kukuh. Lebih banyak startup, AI, software development, fintech, cybersecurity, semiconductor, data centres dan industri berasaskan teknologi. Sektor-sektor toklah yang boleh bina peluang pekerjaan bergaji tinggi dan menjadikan ekonomi kita lebih pelbagai.

Dalam masa yang sama, kamek harap Kerajaan Sarawak terus support local entrepreneurs. Rami sebenarnya ada idea, ada bakat dan ada potensi. Yang sidak perlukan ialah access kepada funding, mentors, investors dan network yang betul supaya sidak boleh grow, scale dan compete.

Kamek pun pernah terfikir untuk build startup sendirik. Ideas nang ada. Minat nang ada. Tapi untuk masa kinek, reality is savings saya cukup ala kadar untuk survival belum cukup untuk ambil ris*ko ya. At my heart, it's better to become a job creator dari become job seeker. Kamek percayak rami lagik anak Sarawak berada dalam situasi yang sama. Bukan s*k berani, tapi masih membina asas kewangan sebelum berani melangkah.

Kamek nak nangga lebih banyak startup dari Sarawak berjaya di peringkat Malaysia, malah sampei ke international market. Kamek nak nangga lebih rami founders, engineers, developers dan innovators lahir dari Sarawak. Bila ekosistem ya kuat, peluang akan datang dengan sendiriknya.

Kamek sayangkan Sarawak. Sebab ya kamek berharap suatu hari kelak, bila orang sebut "Sarawak lebih maju daripada Selangor," orang bukan sekadar nangga setakat GDP atau angka ekonomi. Sidak nangga investors yang yakin melabur di Sarawak, startup yang berkembang di peringkat global, high-paying jobs, scientists, doctors, aerospace industry, usahawan tempatan yang berjaya, dan yang paling penting.. rakyat Sarawak sendirik menikmati hasil kemajuan ya klak.

28/07/2026

🐒 πŸš— 🐌
Soalan ringkas kejap: Dah hujung-hujung bulan macam tok, berapa liter gik tinggal BUDI quota kitak orang, kamek nangga macam rami jak drive slow s*k menekan-nekan acceleration sambil bukak tingkap kereta.

28/07/2026

Mun tiba-tiba lah nak ada duit RM50k dalam acc bank, ktk orang beli kereta atau simpan? πŸ€”

Sebenarnya, bukan sebab perempuan s**a lelaki jaik olah. Yang molah kita susah nak move on nak sebab cara otak kita bert...
28/07/2026

Sebenarnya, bukan sebab perempuan s**a lelaki jaik olah. Yang molah kita susah nak move on nak sebab cara otak kita bertindak balas bila someone layan kita s*k menentu.

Haritok nya sweet gilak, esok nya hilang. Lepas ya tiba-tibanya muncul balit macam s*k ada apa-apa berlaku, minta maaf dan janji maok berubah. Masa ya, kita rasa lega gilak sampei fikir,

"Mungkin kali tok nya bena-bena dah berubah."

Bila benda tok berlaku berulang kalik, otak mula terbiasa dengan nait turun emosi ya tek. Kita jadi nunggunya jak berubah jadi bait, dan tanpa sedar kita nunggah perasaan ya sebagai..

Cinta.

Lelaki bait tok nya lain. Nya konsisten, nya tepati janji, nya s*k hilang ses**a hati dan s*k molah kita tertanyak-tanyak setiap malam apa salah kita.

Tapi bila dah terlalu lamak hidup dalam hubungan yang penuh drama, layanan yang tenang ya kadang-kadang rasa biasa jak. Terus keluar ayat,

"Ntahlah.. macam dah s*k ada chemistry."

Padahal, chemistry yang molah kita menangis, overthinking dan asyik nunggu mesej bukanlah chemistry yang sihat. Kita cuma dah terbiasa dengan hubungan yang s*k pernah berik rasa selamat.

Bila hubungan ya dah tamat, kita ingat kita rindunya. Sebenarnya, yang kita susah nak lepaskan ialah harapan yang kita cipta sendirik.. harapan yang suatu hari nanti klak nya akan berubah.

Maok difaham, orang yang paling susah kita lupakan bukan orang yang paling bait. Tapi cuma orang yang paling pandei berik harapan, kemudian tarit balik harapan ya.

Bila fikir balit, mungkin bukan kita yang s*k boleh move on. Kita cuma terlalu lamak percayak someone akan berubah, sedangkan dari awal lagik nya dah nunjuk siapa diriknya.

Mun kitak rasa ada betulnya, kongs*kan. Mungkin ada someone yang perlukan post tok lebih daripada yang kita sangka.

28/07/2026

Last-last ambik juak sigek, sebab kipas tok nang jadi penyelamat bila cuaca panas kinek. πŸ˜‚

Actually, kamek dah makei Jamay Handheld Fan F16 tok beberapa minggu dah, tapi orang empun.. dan paling puas hati sebab angin nya nang kuat, rasa angin sepoi-sepoi bahasa selesa. Walaupun saiznya kecil, nang terasa sejuk pakei rah luar nun, nunggu orang, jalan-jalan, atau pakei dalam kereta sementara nunggu aircond sejuk.

Yang paling best, bateri 10,000mAh nya nang tahan lamak. S*k perlu asyik fikir maok cas setiap hari. Cas penuh sekali, boleh pakei lamak ikut tahap kelajuan yang kitak pilih.

Sigek gik, nya ringan dan senang simpan dalam beg. Nang sesuai pakei embak le siney-siney.

Mun ktk orang tengah carik kipas portable yang angin kuat, bateri tahan lamak, dan mudah dibawa sia sitok, Jamay Handheld Fan F16 tok nang berbaloi dipertimbangkan.

πŸ›’ Link ada rah komen.

Selamat Hari Sarawak 2026.Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak. May our beloved Bumi Kenyalang continue to...
21/07/2026

Selamat Hari Sarawak 2026.

Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak. May our beloved Bumi Kenyalang continue to prosper with unity, peace, and lasting progress for generations to come. β€οΈπŸ’›πŸ–€

Address

Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamek Aliff Liv posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share