KEMAS Bahagian Sibu

KEMAS Bahagian Sibu PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK, PENDIDIKAN KEMAHIRAN, PEMBANGUNAN KOMUNITI

Tahniah kepada semua guru pengiring dan semua AJK Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta semua anak-anak...
24/07/2026

Tahniah kepada semua guru pengiring dan semua AJK Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta semua anak-anak Parlimen P.211 Lanang & Parlimen P.212 Sibu yang mengikuti pertandingan Alpha gen Talent tahun 2026,Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang banyak bekerjasama juga kepada guru-guru bagi mencungkil serta mengasah bakat anak-anak.Tahniah sekali lagi kepada yang berjaya ke peringkat negeri mewakili zon 4 semoga terus maju jaya.Anda semua hebat!!

Pertandingan Mewarna & Run Way Show Cilik sempena Program Sarawakku Sayang Sibu telah berlangsung dengan jayanya pada 10...
10/07/2026

Pertandingan Mewarna & Run Way Show Cilik sempena Program Sarawakku Sayang Sibu telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai 2026(Jumaat)bermula pada pukul 1.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. โœจ
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kanak-kanak dari tabika kemas dan tabika perpaduan yang telah mempamerkan bakat, kreativiti serta keyakinan diri sepanjang pertandingan berlangsung.
๐ŸŒŸ Tahniah kepada semua pemenang! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengembangkan potensi dan bakat anak-anak pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Sarawak menerusi Program Sarawakku Sayang, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melalui Tabika Perpaduan, para penganjur, barisan juri, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi anak-anak yang kreatif, berkeyakinan, berdaya saing serta cintakan perpaduan dan negeri Sarawak.
โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค Sarawakku Sayang, Segulai Sejalai.







Berminat ?? Sila hubungi no. tertera di flyer
06/07/2026

Berminat ?? Sila hubungi no. tertera di flyer



๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ค๐—จ๐—œ๐—–๐—ž ๐—ช๐—œ๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง (๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ) SIBU UNTUK BIDANG JAHITAN BAGI TAHUN 2026.Progra...
03/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ค๐—จ๐—œ๐—–๐—ž ๐—ช๐—œ๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง (๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ) SIBU UNTUK BIDANG JAHITAN BAGI TAHUN 2026.

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran, menambah keyakinan diri serta membuka peluang menjana pendapatan melalui latihan kemahiran yang berfokus dan berimpak tinggi.

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
๐—ค๐˜‚๐—ถ๐—ฐ๐—ธ ๐—ช๐—ถ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป
Sub Modul: Jahitan Pakaian wanita ( Baju Korperat wanita )

Syarat penyertaan:
1)Warnanegara MALAYSIA
2)Umur 18 tahun Dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan
3)Menjalani aktiviti / perniagaan jahitan secara sepenuh masa
4)Akan mengikuti kursus jangka pendek 3 hari hingga tamat.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก SEBELUM 10 JULAI 2026.Calon yang layak akan di senarai pendek panggilan untuk temuduga sebelum layak ke peringkat seterusnya.

Tarikh kursus
11-13 Ogos 2026

Tempat adalah terhad dan tertakluk dengan syarat yang ditetapkan
Jom sertai

02/07/2026
02/07/2026
๐ŸŽจ PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM ANUGERAH KREATIF ASPIRASI REKA (AKAR) 2026 ๐Ÿ–๏ธ๐Ÿ“… Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu)Hari ini, anak-...
01/07/2026

๐ŸŽจ PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM ANUGERAH KREATIF ASPIRASI REKA (AKAR) 2026 ๐Ÿ–๏ธ

๐Ÿ“… Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu)

Hari ini, anak-anak TABIKA KEMAS di seluruh Malaysia menyertai Pertandingan Mewarna Program Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 dengan penuh semangat, kreativiti dan imaginasi bertemakan "saya sayang orang utan".Seramai 620 orang kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun iaitu kategori 1 dalam AKAR dari Tabika KEMAS Parlimen 211 Lanang telah menyertai Pertandingan Mewarna anjuran Yayasan KRU yang diadakan secara dalam talian.

Puan Fatimah binti Rosli, Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS turut membuat lawatan ke Tabika KEMAS Sibu Jaya, Parlimen 211 Lanang ketika pertandingan ini dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menzahirkan bakat seni, meningkatkan daya kreativiti disamping menyertai pertandingan untuk mencungkil bakat mewarna kanak-kanak serta berdaya saing dengan sihat. Pertandingan ini juga dapat mengasah kemahiran motor halus serta membina keyakinan diri melalui aktiviti mewarna dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Semoga setiap hasil karya yang dihasilkan menjadi inspirasi dan mencerminkan kreativiti anak-anak sebagai pewaris masa depan negara. Tahniah kepada semua peserta, guru-guru dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

"Setiap warna yang dihasilkan melakar impian, mencetus kreativiti dan membina masa depan." ๐ŸŒˆโœจ






Pada 1 Julai 2026 (Rabu), seramai 602 orang kanak-kanak dari Tabika KEMAS Parlimen P212 Sibu telah menyertai Pertandinga...
01/07/2026

Pada 1 Julai 2026 (Rabu), seramai 602 orang kanak-kanak dari Tabika KEMAS Parlimen P212 Sibu telah menyertai Pertandingan Mewarna Anjuran Yayasan KRU yang diadakan secara dalam talian. Pertandingan ini dilaksanakan secara serentak di seluruh Tabika KEMAS Malaysia, dengan setiap peserta mengambil bahagian di Tabika KEMAS masing-masing. Program berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dengan mengangkat tema โ€œSaya Sayang Orang Utanโ€.

Sepanjang pertandingan berlangsung, kanak-kanak menunjukkan semangat dan minat yang tinggi dalam mewarnakan lukisan mengikut nombor siri yang telah ditetapkan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan kreativiti, malah menjadi medium pendidikan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan menyayangi orang utan sebagai khazanah hidupan liar yang amat bernilai, khususnya di negeri Sarawak.

Penyertaan seramai 602 orang kanak-kanak dari Parlimen P212 Sibu mencerminkan komitmen serta kerjasama erat antara guru-guru, ibu bapa dan semua pihak dalam menjayakan program yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. Penganjuran pertandingan ini diharap dapat menyemai nilai kasih sayang terhadap alam sekitar, memupuk kreativiti serta membentuk generasi muda yang lebih prihatin terhadap usaha pemuliharaan hidupan liar dan kelestarian alam sejak usia awal.

๐ŸŒพ MAJLIS NGILING BIDAI GAWAI ๐ŸŒพKEMAS P.211 PARLIMEN LANANG๐Ÿ“… 30 Jun 2026 | SelasaMasa:2.00pm-5.00pmTempat:Li Hua hotel,Sib...
30/06/2026

๐ŸŒพ MAJLIS NGILING BIDAI GAWAI ๐ŸŒพ
KEMAS P.211 PARLIMEN LANANG
๐Ÿ“… 30 Jun 2026 | Selasa
Masa:2.00pm-5.00pm
Tempat:Li Hua hotel,Sibu.

Segulai Sejalai
Majlis Ngiling Bidai Gawai KEMAS P.211 Parlimen Lanang telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh kemeriahan, harmoni dan semangat kekitaan.

Penganjuran majlis ini bukan sekadar menandakan berakhirnya sambutan Hari Gawai, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan masyarakat Sarawak.

Majlis ini telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pn Diana Ann Ak Gondol dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Desa, Pn Rajemah Binti Hj Wasli@Wasil serta kakitangan pejabat KEMAS Parlimen Lanang dan pendidik masyarakat serta Pembantu pendidik masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga KEMAS Parlimen P.211 Lanang, para jemputan serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga semangat Segulai Sejalai terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh kerjasama, memupuk persefahaman dan menyemai nilai kebersamaan demi kecemerlangan KEMAS serta kesejahteraan komuniti.

"Segulai Sejalai, Bersama Melakar Kecemerlangan, Bersatu Memperkasa Komuniti."
๐ŸŒพ Ngiling Bidai, Nemuai Pengidup Ti Baru. ๐ŸŒพ

TQ YBTMโค๏ธ
10/06/2026

TQ YBTMโค๏ธ

Address

Jalan Teng Chin Hua
Sibu
96000

Telephone

+6084324584

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Bahagian Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share