Abam CCID

Abam CCID Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Abam CCID, Digital creator, Sibu.

Abam CCID (CCID = Commercial Crime Investigation Dept / JSJK) — berkongsi amaran & info jenayah komersil untuk lindungi masyarakat dari penipuan & scammer. “Khoirunnas anfa’uhum linnas” Follow & Share jika bermanfaat 👍🙏

Ikutkan hati Abam nak contact satu per satu restoran yang ada dalam Sarawak ni. Tapi apa kan daya Abam tak mampu.Isteri ...
31/07/2025

Ikutkan hati Abam nak contact satu per satu restoran yang ada dalam Sarawak ni. Tapi apa kan daya Abam tak mampu.

Isteri Abam pun berniaga juga, jadi Abam faham… bila bisnes tengah slow, kadang sampai tak tahu nak dahulukan mana... sewa, gaji pekerja, atau kos bahan mentah. Hujung bulan garu kepala.

Tiba-tiba ada “pegawai tentera” kononnya nak tempah 100 bungkus nasi beriani, siap minta tolong order 60 pack Ready-To-Eat dari “pembekal” yang dia sendiri kenalkan. Bunyinya macam rezeki terpijak, kan?

Tapi sayangnya, ini semua SCAM.

Dah banyak restoran kena dengan MO ni. 3 hari lepas di Bintulu. Dan yang terkini, salah sebuah restoran di Kuching plak.

Modus operandi (MO) dia:
1️⃣ Scammer menyamar sebagai pegawai tentera kononnya nama “Kapten Haris”
2️⃣ Buat tempahan besar (100 pack nasi biryani)
3️⃣ Arah mangsa tolong order makanan lain (RTE) daripada “pembekal pilihannya”
4️⃣ Mangsa diarahkan buat bayaran ke akaun pembekal palsu – RM5,000 + RM10,000
5️⃣ Akhirnya makanan tak sampai, pegawai tentera tak muncul, semua nombor tak dapat dihubungi!

Peniaga tu rugi RM15,000!
Bukan sikit bang, bukan sikit kak!

Jadi bantu Abam gais!
Tolong tag nama restoran atau kedai makan kegemaran korang dalam komen.
Biar mereka tahu, biar mereka berjaga-jaga.
Kita mungkin tak untung apa-apa,
tapi kita bantu restoran kegemaran kita terus bertahan… dan tak jadi mangsa scammer.

31/07/2025
🛑 5 KES PENIPUAN TERKINI DILAPORKAN DI SARAWAK (30/07/2025)1️⃣ KOTA SAMARAHAN – TIPU JUAL KASUT DALAM TALIAN (FB)Scammer...
31/07/2025

🛑 5 KES PENIPUAN TERKINI DILAPORKAN DI SARAWAK (30/07/2025)

1️⃣ KOTA SAMARAHAN – TIPU JUAL KASUT DALAM TALIAN (FB)

Scammer menyamar sebagai pembeli kasut dan tawar harga lebih tinggi dari iklan asal. Mangsa diberi “resit bukti bayaran” dan kemudian mangsa terima email palsu kononnya dari World Bank yang mengarahkan bayaran tambahan konon untuk caj ejen, cukai kastam, dan yuran pertukaran mata wang. Mangsa rugi RM2,050 selepas buat beberapa pindahan ke akaun berbeza.
MO: Email palsu + bayaran tambahan yang tidak masuk akal.



2️⃣ SIBU – GANGGUAN E-AHLONG

Mangsa buat pinjaman RM500 melalui WhatsApp, tetapi kemudian diugut bayar bunga tinggi dan ancaman untuk viralkan gambar dan buang cat ke rumah jika gagal bayar RM5,000. Mereka gunakan taktik ugutan dan tekanan psikologi supaya mangsa terus membayar.
MO: Pinjaman kecil – ancaman besar. Tekanan dan ugutan jadi senjata.



3️⃣ SIBU – TIPU TAWARAN KERJA TAK WUJUD

Mangsa dijemput sertai group WhatsApp kerja sambilan. Tugasan mudah: klik pautan dan “follow”, tapi perlu bayar dahulu untuk teruskan misi. Lepas bayar RM2,500, mangsa terus dipaksa bayar lagi kalau mahu dapatkan semula wang. Tiada komisen diterima.
MO: Tipu job mudah – minta bayaran sebelum mula. Lepas bayar, terus minta lagi.



4️⃣ PADAWAN – TIPU TEMPAHAN MAKANAN OLEH “KAPTEN HARIS”

Scammer menyamar sebagai pegawai tentera buat tempahan makanan berjumlah besar. Mangsa diminta bantu tempah makanan RTE (ready-to-eat) dari pembekal yang kononnya disyorkan oleh “kapten”. Lepas mangsa bayar RM15,000 kepada pembekal, tiada makanan dihantar, dan semua suspek lesap.
MO: Menyamar pegawai tentera + arah bayar kepada pihak ketiga.



5️⃣ MIRI – TIPU PINJAMAN TAK WUJUD (PTW)

Mangsa terpedaya dengan iklan pinjaman RM30,000 di Facebook. Setelah “diluluskan”, mangsa diminta bayar bayaran buka akaun, insurans, dan reset limit. Jumlah bayaran mencecah RM2,142. Pinjaman yang dijanjikan tidak pernah diterima.
MO: Janji pinjaman besar – minta bayaran kecil berperingkat. Akhirnya, duit lesap.

📌 Kes-kes ini dikongsikan untuk dijadikan pengajaran buat semua. Scammer tidak mengenal siapa. Tua, muda, pelajar, peniaga atau penganggur, semua boleh jadi sasaran.
Jangan cepat percaya, semak dahulu, lapor segera ke 997 jika terkena.
Sentiasa waspada. Sentiasa peka. Jangan jadi mangsa.

🎯 MODUS OPERANDI: SCAM JUAL BELI MOTOSIKAL – MENYAMAR SEBAGAI EJEN ANSURAN1️⃣ Mangsa iklankan motosikal untuk dijual di ...
30/07/2025

🎯 MODUS OPERANDI: SCAM JUAL BELI MOTOSIKAL – MENYAMAR SEBAGAI EJEN ANSURAN

1️⃣ Mangsa iklankan motosikal untuk dijual di platform seperti Facebook.

Scammer akan cari iklan aktif (dengan nombor plat jelas) dan berpura-pura menjadi ejen jual beli motosikal secara ansuran.

2️⃣ Scammer hubungi penjual dan perkenalkan diri sebagai “orang tengah”

Scammer guna nama samaran, dan berpura-pura ada pelanggan yang berminat beli secara ansuran.
Dia janji akan bayar “full payment” kepada penjual, dan urus ansuran sendiri dengan pembeli.

Tapi… dia larang penjual berhubung terus dengan pembeli.
Kononnya, semua urusan mesti melalui dia.

3️⃣ Sementara itu, scammer iklankan semula motosikal yang sama

Scammer guna gambar dan nombor plat yang sama daripada iklan asal, tapi letak harga lebih murah.
Dia cari mangsa lain (pembeli) dan konon jadi pemilik atau wakil sah penjual.

4️⃣ Scammer arah pembeli datang tengok motor.

Apabila pembeli dan penjual jumpa (di lokasi sebenar), kedua-duanya tidak tahu tentang hubungan yang sebenar.

Scammer hanya kawal melalui WhatsApp, desak supaya transaksi berlaku segera.

5️⃣ Tujuan sebenar scammer: dapatkan bayaran deposit dari pembeli tanpa pengetahuan penjual

Kalau pembeli terpedaya dan transfer deposit (contohnya RM500 atau RM1,000) kepada akaun scammer, duit tu terus lesap.

Penjual p**a tak dapat apa-apa, malah boleh disyaki bersubahat kalau pembeli tak faham situasi sebenar.

🔒 Tips Abam CCID:

✅ Jangan benarkan orang tengah uruskan tanpa pengesahan
✅ Jangan kongsi nombor plat secara terbuka semasa buat iklan seeloknya letak watermark di gambar iklan
✅ Pembeli mesti sahkan pemilik sah dan pastikan nama akaun bank sepadan
✅ Jangan bayar sebarang deposit kepada individu tidak dikenali
✅ Kalau rasa pelik, tanya teruskan dan buat pengesahan silang





🚨 AWAS PENIPUAN MENYAMAR IMIGRESEN MINTA SUMBANGAN! 🚨Gais, kalau korang masih ingat, Abam pernah share tentang scammer m...
30/07/2025

🚨 AWAS PENIPUAN MENYAMAR IMIGRESEN MINTA SUMBANGAN! 🚨

Gais, kalau korang masih ingat, Abam pernah share tentang scammer menyamar sebagai polis IPK Kedah yang minta sumbangan konon untuk program Community Policing. Kali ni muncul lagi versi baru : menyamar jadi Jabatan Imigresen Malaysia!

Kononnya nak buat acara larian amal bersama anak-anak yatim, siap edar surat dan resit palsu, mohon sumbangan dari peniaga dan syarikat.

📌 Guna nama dan logo jabatan rasmi
📌 Kononnya program libatkan 500 anak yatim
📌 Sediakan resit palsu bertarikh 24 Julai 2025
📌 Siap letak alamat, nombor telefon dan nama syarikat sebagai umpan untuk tarik lebih ramai penderma

‼️ JANGAN TERPEDAYA!
Program ini adalah PALSU dan pihak Jabatan Imigresen sendiri telah sahkan mereka tidak anjur sebarang program seperti ini.

🔎 Nasihat AbamCCID:

✅ Sumbangan yang benar akan ada pengesahan rasmi, bukan surat layang atau resit cap ayam
✅ Hubungi jabatan terlibat jika ragu-ragu – SEMAK SEBELUM DERMA
✅ Jangan terus percaya jika ada guna nama agensi kerajaan, nombor telefon dan resit walaupun nampak professional

📢 Hari tu menyamar jadi polis, sekarang imigresen p**ak. Esok boleh jadi Bomba? Askar? Bantu share gais. Scammer tak duduk diam.

✅ 4 KES PENIPUAN TERKINI DI SARAWAK – 29 JULAI 20251️⃣ TIPU PELABURAN TIDAK WUJUD (APLIKASI EWAM) – BINTULU👤 Mangsa: Lel...
30/07/2025

✅ 4 KES PENIPUAN TERKINI DI SARAWAK – 29 JULAI 2025

1️⃣ TIPU PELABURAN TIDAK WUJUD (APLIKASI EWAM) – BINTULU
👤 Mangsa: Lelaki, 35 Tahun (Pen. Pegawai Kesihatan)
💸 Kerugian: RM142,300
📲 MO: Pelaburan palsu melalui aplikasi EWAM dan kump**an WhatsApp. Mangsa dijanjikan p**angan tinggi dan membuat bayaran berperingkat ke beberapa akaun bank.

2️⃣ TIPU MENYAMAR SEBAGAI KAWAN – BINTULU
👤 Mangsa: Perempuan, 57 Tahun (Guru)
💸 Kerugian: RM9,800
📲 MO: Scammer menyamar sebagai kawan dan hubungi mangsa melalui WhatsApp/telefon minta bantuan kewangan. Mangsa buat pindahan tanpa semak.

3️⃣ TIPU LESEN MEMANDU ONLINE – BINTULU
👤 Mangsa: Perempuan, 28 Tahun (Surirumah)
💸 Kerugian: RM6,900
📲 MO: Mangsa ditipu oleh iklan Facebook yang tawarkan lesen memandu tanpa ujian. Mangsa hubungi melalui WhatsApp dan diarahkan buat bayaran ke akaun individu.

4️⃣ PHONE SCAM – MENYAMAR MCMC, POLIS & MAYBANK – MUKAH
👤 Mangsa: Lelaki, 31 Tahun (Pembantu Makmal)
💸 Kerugian: RM5,000
📞 MO: Mangsa dihubungi “pegawai MCMC”, disambung ke “polis IPK Sabah” dan “ketua audit Maybank”. Mangsa diperdaya untuk pindah wang ke akaun kononnya untuk “siasatan dana”.

💬 NASIHAT ABAMCCID

✅ Jangan percaya pelaburan janji untung besar
✅ Jangan percaya “lesen ekspres” tanpa ujian
✅ Jangan terus bantu ‘kawan’ tanpa sahkan identiti
✅ Jangan pindah duit ikut arahan pemanggil yang call tak kira atas alasan apa sekalipun








29/07/2025

Gais, kalau rasa info yg sy kongsikan tu bermanfaat, mohon bantu SHARE ke group FB yg anda sertai supaya info tu boleh tersebar jauh.

📱 KES TIPU JUAL BELI IPAD, MANGSA DARI KANOWIT RUGI RM2,210 Mangsa terpedaya dengan iklan TikTok atas nama “VVIPLELONGAN...
29/07/2025

📱 KES TIPU JUAL BELI IPAD, MANGSA DARI KANOWIT RUGI RM2,210

Mangsa terpedaya dengan iklan TikTok atas nama “VVIPLELONGANIPHONE”, konon jual iPad harga lelong. Lepas hubungi melalui WhatsApp, mangsa diminta buat bayaran ke dua akaun bank berbeza konon untuk proses pembelian & penghantaran.

Belum sempat iPad sampai, muncul p**a “pegawai LHDN” palsu minta bayaran cukai lelong RM1,750. Masa tu barulah mangsa sedar — dia dah kena tipu.

🛑 MODUS OPERANDI:

1️⃣ Iklan lelong murah di TikTok
2️⃣ Guna banyak nombor & akaun bank berlainan
3️⃣ Menyamar sebagai pegawai LHDN untuk minta bayaran tambahan

‼️ Harga murah bukan rezeki kalau ujung-ujungnya duit lesap.
‼️ TikTok pun kini jadi lubuk scam — bukan semua akaun boleh dipercayai.
‼️ Jangan buat bayaran ke akaun individu yang tak dapat disahkan!

Tolong sebarkan biar semua tahu.







Elakkan buka laman web bank melalui link yang diterima dari SMS, WhatsApp atau media sosial. Pastikan login hanya di lam...
29/07/2025

Elakkan buka laman web bank melalui link yang diterima dari SMS, WhatsApp atau media sosial. Pastikan login hanya di laman rasmi dan SEMAK GAMBAR KESELAMATAN sebelum masukkan kata laluan.

Sebelum masukkan kata laluan myBSN anda, pastikan gambar keselamatan yang dipaparkan adalah betul.

Langkah ini penting untuk elak laman web palsu dan lindungi akaun anda daripada penipuan.

Jika anda dapati laman web yang mencurigakan atau mengesan sebarang aktiviti mencurigakan dalam akaun bank anda, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8am - 8pm, setiap hari) atau Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 1-300-88-1900, dan buat laporan Polis.

💡 Lindungi maklumat peribadi anda. Jangan klik pautan mencurigakan. Pastikan anda hanya berurusan melalui saluran rasmi BSN.

🎯 HATI-HATI! TAWARAN MENANG HADIAH PALSU GUNA NAMA SHOPEETular satu poster kononnya promosi 7.7 Mid Year Sale Shopee, le...
29/07/2025

🎯 HATI-HATI! TAWARAN MENANG HADIAH PALSU GUNA NAMA SHOPEE

Tular satu poster kononnya promosi 7.7 Mid Year Sale Shopee, lengkap dengan senarai “pemenang”, nombor telefon dan nama. Scammer hubungi mangsa melalui WhatsApp guna nama “SHOPEE” dan gambar profil rasmi — semua itu edit dan tipu!

🚨 MODUS OPERANDI:

1️⃣ Guna poster palsu, letak nama & nombor telefon konon pemenang
2️⃣ Hubungi mangsa guna no Shopee (contoh: +6014-######x)
3️⃣ Arah mangsa aktifkan ShopeePayLater

📌 Lepas tu scammer akan beri kod QR, mangsa disuruh imbas dan berlaku SCAM!!!

✅ Shopee takkan hubungi pemenang melalui panggilan telefon
✅ Pengumuman pemenang hanya melalui saluran rasmi iaitu aplikasi Shopee, e-mel atau sosial media rasmi.
✅Membuat pengesahan di https://help.shopee.com.my/portal/4/article/78369-[Notifications]-Shopee-Official-WhatsApp-Accounts

📞 Kalau dah terpedaya – hubungi NSRC 997 segera!

📌 1. KES TIPU PEMBELIAN MOTOSIKAL – LUNDUMangsa: Lelaki, 35 tahunKerugian: RM430Scammer menyamar sebagai wakil kedai mot...
29/07/2025

📌 1. KES TIPU PEMBELIAN MOTOSIKAL – LUNDU

Mangsa: Lelaki, 35 tahun
Kerugian: RM430

Scammer menyamar sebagai wakil kedai motor terkenal di Facebook, tawarkan motosikal Yamaha NVX dengan harga murah. Mangsa percaya kerana nama yang digunakan ialah “Kedai Wong Hua Motor Sdn. Bhd.”.

Perbualan diteruskan melalui WhatsApp dengan individu bernama “Jack”. Kononnya bayaran diperlukan untuk urusan JPJ, lalu mangsa diminta transfer ke akaun RHB atas nama Ahmad Amir Afandi Bin Ahmad Izzudin.

Lepas bayaran dibuat, nombor terus block, dan pihak kedai sebenar menafikan ada pekerja bernama Jack. Mangsa sedar telah ditipu.

🏍️ Tips Elak Tertipu Beli Motosikal Online

1️⃣ ✅ Semak Profil Penjual & Page Iklan
– Pastikan ada review sebenar, posting aktif dan info lengkap
– Elak beli dari akaun Facebook baru atau yang tiada pengenalan jelas

2️⃣ ✅ Hubungi & Sahkan Dengan Kedai Sebenar
– Telefon kedai jika iklan guna nama mereka
– Sahkan harga, pekerja dan promosi

3️⃣ 🚫 Jangan Bayar ke Akaun Individu
– Akaun syarikat lebih selamat
– Kedai Wong Hua Motor”, pastikan akaun bank pun atas nama Wong Hua Motor
– Akaun peribadi + alasan itu ini = red flag!

4️⃣ ✅ Guna COD di Tempat Sah
– Jumpa di premis sebenar
– Periksa geran, motosikal & penjual

Ingat! Kalau harga terlalu murah dan urus niaga tergesa-gesa – itu bukan jackpot, itu jerat scammer.

📌 2. KES WANG BERKURANGAN DALAM AKAUN – KOTA SAMARAHAN

Mangsa: Pelajar, 24 tahun
Kerugian: RM1,441.92

Mangsa terkejut bila dapati ada transaksi mencurigakan dalam akaun RHB miliknya – pembelian atas nama PANDA EXP, PANERA BR, JOLLIBEE, JACK IN T dan SP TEACHI, walaupun dia tak pernah berbelanja di tempat-tempat itu. Kad ATM masih di tangan, tak pernah kongsi maklumat bank, tapi duit hilang sikit-sikit, hingga cecah RM1,441.92 dalam masa 3 hari.

Ini mungkin berpunca dari pencerobohan digital seperti:

🔸 Malware – Perisian hasad yang masuk ke telefon bila klik link atau muat turun aplikasi meragukan. Ia boleh curi OTP dan akses akaun tanpa sedar.
🔸 Phishing – Laman web atau mesej palsu yang menyamar sebagai bank/kurier. Bila kita isi maklumat, scammer terus guna data kita untuk curi duit.
🔸 Card Skimming – Maklumat kad ATM dicuri melalui mesin ATM atau terminal bayaran yang telah digodam.

✅ Tip Pencegahan:
– Jangan klik sebarang pautan mencurigakan
– Elakkan guna WiFi awam untuk urusan bank
– Aktifkan notifikasi transaksi bank
– Guna antivirus & hadkan limit transaksi kad

Ingat! Kad di tangan bukan jaminan selamat kalau maklumat anda dah diceroboh. Hati-hati dan sentiasa peka dengan transaksi akaun anda.






🚨 AWAS AKAUN KELDAI! 🚨Tak semestinya anda scam orang, baru kena tangkap.Kalau akaun bank anda digunakan untuk transaksi ...
28/07/2025

🚨 AWAS AKAUN KELDAI! 🚨
Tak semestinya anda scam orang, baru kena tangkap.
Kalau akaun bank anda digunakan untuk transaksi penipuan – walaupun “pinjamkan” pada orang lain – anda BOLEH didakwa!

📌 Statistik Terkini :

🔸 2023 – 46,738 akaun dikenal pasti
(35,000 pemilik akaun telah dituduh di mahkamah)

🔸 2024 – 51,197 akaun dikenal pasti
(33,000 pemilik akaun telah dituduh di mahkamah)

🔸 2025 (hingga Julai 2025) – 39,006 akaun dikenal pasti
(10,635 pemilik akaun telah dituduh di mahkamah)

❗ Ribuan rakyat Malaysia sedang atau telah didakwa – hanya kerana silap beri akaun!

📛 Undang-Undang Terpakai:

▪️ Seksyen 424A – Penjara hingga 5 tahun & denda hingga RM50,000
▪️ Seksyen 424B – Penjara hingga 7 tahun & denda hingga RM100,000
▪️ Seksyen 424C – Penjara hingga 10 tahun & denda hingga RM150,000

⚠️ Jaga Akaun Bank Anda!
🔐 Jangan sesekali kongsi maklumat akaun seperti:
• ID perbankan
• Nombor PIN
• TAC / OTP

Walaupun orang tu mengaku pegawai bank, “bos”, saudara, kawan rapat atau scammer yang menyamar!

❌ Tak kira atas alasan nak pinjam duit, buat permohonan kerja, atau nak isi borang bantuan — SEMUA ITU TIDAK PERLUKAN ID BANK ATAU NOMBOR PIN ANDA.

👥 Jangan sesekali benarkan orang lain guna akaun anda – walaupun “sekejap”!

📣 Bila akaun anda jadi alat scam, anda yang kena tanggung akibatnya.


Address

Sibu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abam CCID posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share