Pusat Rawatan Berkat Selawat

  • Home
  • Pusat Rawatan Berkat Selawat

Pusat Rawatan Berkat Selawat Merawat masalah saka, sihir, santau, gangguan penyakit misteri dan makhluk halus. Juga menyediakan

09/02/2024

Sihir adalah antara yang sering dihadapi para pengusaha perniagaan. Baik merosakkan bisnes atau menyakiti pemiliknya.

Saya pernah merawat pesakit lelaki yang merasakan dirinya seperti seorang perempuan cantik, berkulit gebu dan ayu pada t...
07/02/2024

Saya pernah merawat pesakit lelaki yang merasakan dirinya seperti seorang perempuan cantik, berkulit gebu dan ayu pada tanggapan dan bayangan dirinya sendiri.

Pesakit melihat di cermin seolah dia seorang wanita asli dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Perlakuan dan sifatnya juga berubah kearah seorang wanita.

Saya berdoa dan merukyah pesakit dan beliau seolah-olah baru sedar dari mimpi. Beliau hairan dengan perlakuannya sendiri yang menganggap dirinya seorang wanita dan cenderung ke arah menyukai sesama jantina. Saya merawat beliau dan membuat mandian pembersihan aura negatif dan kesan-kesan gangguan yang merasuk emosi beliau.

Jika lambat mendapatkan rawatan, lama-kelamaan emosi menjadi perempuan akan sebati dalam diri dan kekal merasai dirinya wanita walaupun jin tersebut telah keluar. Ini akan memerlukan lebih usaha dan ikhtiar rawatan termasuk perlu bertaubat dan kembali kepada fitrah jantina.

Jika anda mendapati simptom perubahan kecenderungan pada diri, keluarga atau kenalan, cepat-cepatlah ikhtiar sebelum terlambat dan sifat tersebut sebati dalam diri mereka.

24/11/2021

Rawatan Tarik Bisa Badan Berpunca Daripada Gangguan Mistik.

AMARAN ๐Ÿ›‘

1) Dalam video ini terdapat babak 'Muntah Angin'. Kepada sesiapa yang geli diharap tidak menonton.

2) Penonton mungkin akan merasakan tindakan seperti dirinya juga sedang dirawat dan ditarik kekotoran dan bisa dari badan. Untuk langkah keselamatan, tolong sediakan bekas atau plastik sekiranya tiba-tiba terasa seperti mahu muntah.

Latar Belakang Kes

Menjaga tanggungjawab di tempat kerja bukan suatu perkara yang mudah. Ketidakpuasan hati seseorang yang bermula dengan perasaan marah yang tidak dibatasi hukum hakam akan membawa kepada tindakan keji sehingga sanggup menggunakan campur tangan jin dan syaitan.

Maka demikian, adalah amat baik jika langkag ke tempat kerja di awali dengan memohon perlindungan Allah swt. Mulakan hari dengan Solat Subuh, zikir dan selawat.

Sebagai tips tambahan, boleh mainkan audio Al Mathurat dalam kenderaan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja sambil ikut membaca. InsyaAllah akan selamat dari perbuatan khianat manusia dan jin.

P/s : Audio bacaan audio al-quran seperti kedengaran dalam video adalah datangnya dari arah ruang tamu.

Terbaca satu komen akak ni,"Niat sedekah ikhlas kerana Allah untuk mencari Redha Allah bukan untuk pulangan duit bergand...
24/11/2021

Terbaca satu komen akak ni,

"Niat sedekah ikhlas kerana Allah untuk mencari Redha Allah bukan untuk pulangan duit berganda, hidup mewah, banyak harta.."

Dulu aku pon fikir macamni jugak, sampailah ada seorang tanya pada Tuan Guru berkenaan hal ni. Bolehkan kita buat amalan seperti sedekah, dhuha, dan berdoa untuk mendapatkan hal dunia?

Tuan Guru kata semestinya boleh. Takkan hal akhirat saja kita minta pada Allah. Dunia? Yang kita tengah hidup sekarang, tengah hadapi sekarang, tengah lalui sekarang ni nak minta kat siapa kalau bukan pada Allah? Kalau dah tak boleh satgi habis orang Islam pi minta kat Tok Sami, takpun pi minta kat Jin. Akhirat minta kat Allah, dunia minta kat Jin.

Kerana masih dalam hati ini kurang yakin, Tuan Guru sebut doa yang saya rasa semua antara kita tahu dan baca,

"Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah.."

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kami kebaikan di DUNIA, dan kebikan di akhirat...

Kebaikan dunia yang seterusnya membawa kepada kebaikan akhirat.

Susunan doa itu pon sebut kebaikan dunia dulu baru dilanjutkan dengan memohon kebaikan di akhirat.

Kita mahukan kebaikan dunia bukan kerana dunia, tapi kebaikan dunia yang membawa kepada kebaikan di akhirat dan terlepas dari seksaan api neraka.

Baru jelas bagi saya bahawasanya mahukan dunia kena minta pada Allah, dan memang kita minta pon selalu.

Memang tujuan semua amalan untuk mendapatkan redha Allah, tapi pengkhususan amalan itu ada berkatnya dalam bab meraih kekayaan dan keperluan duniawi seperti dhuha, sedekah, Al Waqiah, Selawat, Istighfar dan lain-lain.

19/11/2021

Ada orang disihir bertahun lama dan jumpa berbagai perawat tetapi sakitnya tetap tak sembuh sembuh walau diikhtiar dengan bermacam cara.

Kenapa jadi begitu?

Sebabnya kunci kesembuhan dirinya itu ada pada Rahmat Allah bukan berubat jumpa perawat sahaja. Mungkin Allah mahukan dia berikhtiar dengan cara bersedekah, dengan cara solat taubat, dengan cara minta maaf pada orang yang pernah dizalimi, dan lain-lain.

Selama ini untuk mengharapkan kesembuhan, fokus utamanya hanya mencari perawat itu dan ini. Pantang dengar perawat hebat, semua dia nak jumpa. Tapi hasilnya sama. Tak sembuh.

Sebab dia terlupa untuk mengharap Rahmat Allah. Bahawa Allah yang memberikan kesembuhan dan jalan ikhtiar itu berbagai cara untuk mendapat sekilas pandangan Rahmat Tuhan.

Ramai hari ini mengidap masalah anxiety. Kadang sehingga merisaukan apabila tiba-tiba diserang anxiety dalam keadaan bah...
13/11/2021

Ramai hari ini mengidap masalah anxiety. Kadang sehingga merisaukan apabila tiba-tiba diserang anxiety dalam keadaan bahaya seperti sedang memandu dan di tempat awam.

Lebih parah ketika anxiety menyerang, badan menjadi lemah dan tanpa disedari telah kerasukan. Apabila sedang didapati telah mencederakan diri dengan perbuatan di luar akal yang waras.

Alhamdulillah perubahan pada pengidap masalah anxiety dengan rawatan berkat Selawat. Moga diberkati dan lebih tenang, sihat hendakNya.

Pernah tak dengar kisah orang kena rasuk sebab ambik batu atau benda bukan-bukan?Pernah ada kisah kerasukan di sebuah se...
02/12/2020

Pernah tak dengar kisah orang kena rasuk sebab ambik batu atau benda bukan-bukan?

Pernah ada kisah kerasukan di sebuah sekolah selepas pulang dari rombongan ke Air Terjun.

Bahasa mudahnya histeria.

Salah seorang murid perempuan membawa balik batu sungai yang di kutipnya. Sampai di sekolah dia kerasukan dan kerasukan itu berturutan dari seorang ke seorang yang lain.

Kenapa boleh 'berjangkit'?

Sebab emosi perasaan takut itu memudahkan mahkluk halus menyelinap masuk ke dalam diri seorang ke seorang.

Lazimkan selawat dan amalan zikrullah hingga keberanian dan tawakkal membenteng diri kita dari dimasuki anasir negatif seperti jin dan syaitan.

26/11/2020
Disini adalah feedback yang menunjukkan kegembiraan, kepuasan hati, dan kesyukuran para pengguna Khalifah Essence.
26/11/2020

Disini adalah feedback yang menunjukkan kegembiraan, kepuasan hati, dan kesyukuran para pengguna Khalifah Essence.

Anda ada masalah yang sama?Antara Feedback positif dari para pengguna setia Khalifah Essence.Alhamdulillah ๐Ÿฅฐ Haza min fa...
26/11/2020

Anda ada masalah yang sama?

Antara Feedback positif dari para pengguna setia Khalifah Essence.

Alhamdulillah ๐Ÿฅฐ Haza min fadhli rabbi ๐Ÿ’–

๐“๐š๐ง๐๐š-๐“๐š๐ง๐๐š ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ ๐’๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฌ๐š๐ก ๐’๐ฎ๐š๐ฆ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ขSihir pemisah sering berlaku pada masyarakat kita. Terutama sekali bagi p...
26/11/2020

๐“๐š๐ง๐๐š-๐“๐š๐ง๐๐š ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ ๐’๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฌ๐š๐ก ๐’๐ฎ๐š๐ฆ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ข
Sihir pemisah sering berlaku pada masyarakat kita. Terutama sekali bagi pasangan suami isteri atau pasangan kekasih.
Dengki, balas dendam & khianat antara punca sesetengah golongan ini mengupah tukang sihir untuk memisahkan dengan menggunakan cara khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Antara tanda-tanda mangsa yang dihantar sihir pemisah ialah :
โ˜‘๏ธ Perubahan Tiba-tiba Dari Sayang Jadi Benci
โ˜‘๏ธ Hilang Keinginan Untuk Bersama
โ˜‘๏ธ Berlaku Keraguan Antara Suami & Isteri
โ˜‘๏ธ Enggan Meminta Maaf
โ˜‘๏ธ Cepat Marah Walaupun Perkara Yang Kecil
โ˜‘๏ธ Suami Atau Isteri Melihat Wajah Pasangannya Sangat Hodoh Sedangkan Orang Lain Melihat Biasa Sahaja
โ˜‘๏ธ Benci & Tak S**a Apabila Pasangannya Ada Di Rumah
โ˜‘๏ธ Suami Atau Isteri Akan Sering Mengalami Mimpi-mimpi Yang Buruk & Menakutkan.

๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐’๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐–๐š๐ฅ๐š๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ƒ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ?Mungkin ada diantara anda atau kenalan anda yang pernah terkena sihir.Secara...
26/11/2020

๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐’๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐–๐š๐ฅ๐š๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ƒ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ?

Mungkin ada diantara anda atau kenalan anda yang pernah terkena sihir.

Secara umumnya sihir atau ilmu hitam merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Biasanya untuk menyakiti & menindas seseorang.

Antara Faktor Sihir Berulang ialah :

1. Proses/Prosedur Rawatan yang tidak selesai @ lepas tangan

2. Penyihir diupah untuk kali ke seterusnya ( selepas dirawat)

3. Pendinding yang tidak kukuh

4. Ditipu oleh Perawat @ Bomoh Temberang (diletakkan Jin mereka)

5. Bahan-bahan sihir yang tidak dimatikan

6. Induk / Kepala Jin yang mengetuai ritual Sihir ( Jin yg dipuja) tidak diikhtiarkan

7. Terlepas pandang antara jin bawahan dan jin buat kerja ( ketua )

9. Pagar rumah yang tidak berkesan ( memanggil atau Guna Khidmat Barang yg tidak ketahui asal usuk kejadiannya)

10. Dan Lain-lain

Di atas adalah ASBAB, Hakikat Sembuh adalah IZIN TUHAN ๐Ÿ˜Š

Pastikan tahu selok belok masalah, punca dan apa yg perlu diikhtiarkan, baharulah terjun ke proses yg terakhir DOA & TAWAKKAL pada Tuhan.

Moga seluruhnya dirahmati Allah selalu

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Berkat Selawat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Rawatan Berkat Selawat:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share