A232 Sakura - Penghayatan Etika dan Peradaban : Konsep Rasuah dan Integriti

  • Home
  • Malaysia
  • Sintok
  • A232 Sakura - Penghayatan Etika dan Peradaban : Konsep Rasuah dan Integriti

A232 Sakura - Penghayatan Etika dan Peradaban : Konsep Rasuah dan Integriti Tema: Integriti
Tajuk: Konsep Rasuah dan Integriti

Infografik Kumpulan 8Tema: Rasuah
04/06/2024

Infografik Kumpulan 8

Tema: Rasuah

11/05/2024

NAMA: CHONNIKARN CHIRA A/P SOM PHONG
NO. MATRIK: 301206
TOPIK: KESIMPULAN

• Integriti dan rasuah adalah konsep yang bertentangan di Malaysia dan di seluruh dunia.
• Integriti mementingkan perbuatan baik dan beretika, adalah asas kepada keadilan dan kemajuan sebuah negara.
• Rasuah, sebaliknya, merosakkan nilai integriti dan dilarang oleh semua negara.
• Dalam konteks Malaysia, integriti dan rasuah memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan negara sebagai sebuah peradaban.
• Dengan mengamalkan nilai-nilai integriti seperti amanah, ikhlas, jujur, dan transparensi, Malaysia dapat merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju di masa hadapan.
• Namun, jika rasuah dibiarkan berkembang tanpa sempadan, Malaysia berisiko terus mundur dan menderita dari segi harta benda, jiwa, dan intelek masyarakatnya.
• Oleh itu, tindakan tegas dan berprinsip dari semua pihak dalam menolak dan membasmi jenayah rasuah adalah penting.
• Integriti harus diutamakan sebagai aspek fundamental dalam kehidupan manusia yang beretika dan beradab.

NAMA: CHONNIKARN CHIRA A/P SOM PHONGNO. MATRIK: 301206TOPIK: STATISTIK INDEKS RASUAH DUNIA DI MALAYSIAKedudukan Malaysia...
11/05/2024

NAMA: CHONNIKARN CHIRA A/P SOM PHONG
NO. MATRIK: 301206
TOPIK: STATISTIK INDEKS RASUAH DUNIA DI MALAYSIA

Kedudukan Malaysia yang meningkat dalam Indeks Rasuah Dunia menunjukkan usaha yang diambil oleh negara berjaya untuk meningkatkan integriti dan mengurangkan amalan rasuah. Ini memberi keyakinan kepada pelabur dan rakyat bahawa Malaysia sedang bergerak ke arah yang positif dalam memperbaiki imejnya dalam arena antarabangsa. Walau bagaimanapun, ia juga menjadi pengingat bahawa usaha membanteras rasuah adalah satu proses berterusan yang memerlukan komitmen yang berterusan dari pelbagai pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat. Dengan kesungguhan dan keberanian untuk mengatasi cabaran-cabaran yang masih ada, Malaysia berpotensi untuk terus meningkatkan kedudukan integritinya dan menjadi contoh kejayaan dalam membanteras rasuah di peringkat global.

RUJUKAN:

PETALING JAYA: Malaysia meningkatkan kedudukannya dalam ranking rasuah global untuk tahun 2023, tetapi badan pemantau rasuah mengingatkan mengenai ‘trend yang membimbangkan’ yang berlaku di negara ini.

11/05/2024

NAMA : NUR FATINI BINTI MAHAMAD RAZALI
NO. MATRIK : 301193
TAJUK : SIMPTOM RASUAH

1. Enggan dinaikkan pangkat
- Keengganannya untuk menerima kenaikan pangkat mungkin menunjukkan bahawa individu tersebut merasa selesa dengan keadaan semasa, kerana mereka mendapat manfaat tanpa perlu menanggung lebih banyak tanggungjawab atau tekanan yang mungkin timbul dengan pangkat yang lebih tinggi.

2. Hubungan yang terlalu rapat dengan pelanggan
- Hubungan yang terlalu rapat dengan pelanggan juga boleh menjadi simptom rasuah, kerana ia mungkin menunjukkan bahawa individu tersebut memberikan keutamaan kepada pelanggan tertentu dengan harapan mendapat ganjaran peribadi, seperti wang suapan atau perlakuan istimewa yang tidak adil.

3. gaya hidup seperti orang kaya secara tiba-tiba
- Kemunculan gaya hidup tiba-tiba yang melambangkan kekayaan sering menjadi simptom rasuah kerana sumber kewangan yang tidak wajar sering menimbulkan kecurigaan, mungkin hasil daripada penerimaan wang suapan atau ganjaran yang tidak sah, yang digunakan untuk meningkatkan gaya hidup tanpa penjelasan yang munasabah.

4. S**a menghabiskan wang dengan berjudi
- Ketagihan berjudi dan kecenderungan untuk menghabiskan wang dengan cara ini sering menjadi simptom rasuah kerana ia mencerminkan perlakuan yang tidak bertanggungjawab terhadap sumber kewangan, yang boleh mencadangkan penerimaan wang suapan atau ganjaran yang tidak sah untuk menyokong kebiasaan ini.

5. Peletakan jawatan secara tiba-tiba
- Peletakan jawatan secara tiba-tiba juga boleh dianggap sebagai simptom rasuah, terutama jika tidak ada penjelasan yang jelas atau wajar untuk tindakan tersebut. Ini mungkin menimbulkan kecurigaan bahawa individu itu terlibat dalam amalan rasuah atau mungkin melarikan diri dari situasi yang membabitkan ketidakpatuhan atau aktiviti yang tidak sah.

Rujukan :
A. (2023, November 13). SIMPTOM-SIMPTOM PERILAKU JENAYAH RASUAH – Malaysia Corruption Watch (MCW). http://corruptionwatch.my/blog/2023/11/13/simptom-simptom-perilaku-jenayah-rasuah/

10/05/2024

NAMA :NURIZYAN IZZATI BINTI SUFIAN
NO. MATRIK: 301241
TAJUK : PANDANGAN TENTANG RASUAH

1.Pandangan Masyarakat
Kebanyakkan masyarakat berpandangan bahawa sikap ini terdorong daripada pelbagai aspek iaitu budaya, nilai, persekitaran terhadap amalan rasuan ini. Secara umum, rasuah dilihat sebagai amalan yang merosakkan, merugikan, dan tidak bermoral. Pelbagai pihak menganggap rasuah sebagai pengkhianatan terhadap kepercayaan individu dan menyebabkan ketidakadilan dalam sistem perundangan yang sedia ada.

2.Pandangan Individu
Bagi sesetengah individu, rasuah dilihat sebagai penghalang kepada kejayaan seseorang di dalam kemajuan dan ketelusan. Hal ini terjadi kerana budaya ini melambangkan sikap kepentingan peribadi tanpa menghiraukan keadaan orang lain.

3.Pandangan Tenaga Pengajar
Para pendidik menyedari bahawa isu ini menjadi aspek negatif kepada generasi sedia ada. Proses pembelajaran akan turut terjejas kerana berlakunya sikap tidak adil dan jujur dalam kalangan atasan. Mereka turut meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar dengan menerapkan sikap membasmi rasuah kerana isu ini memerlukan pendidikan moral yang tinggi bagi mendidik generasi pelajar sedia ada dan baharu.

NAMA: NUR HABIBAH BINTI MUHAMMAD JALALUDDINNOMBOR MATRIK: 301226TAJUK: KESAN RASUAHBaru-baru ini, berita berkaitan amala...
10/05/2024

NAMA: NUR HABIBAH BINTI MUHAMMAD JALALUDDIN
NOMBOR MATRIK: 301226
TAJUK: KESAN RASUAH

Baru-baru ini, berita berkaitan amalan rasuah telah menjadi buah mulut masyarakat di mana ia telah memberi impak yang besar terhadap Malaysia, iaitu menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat khususnya. Dalam tempoh lima tahun, kerugian yang disebabkan oleh amalan rasuah telah dianggarkan mencapai RM277 bilion. Dana ini sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat serta pembangunan infrastruktur telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi keuntungan diri sendiri semata-mata. Ini,sekaligus memberi kesan negatif yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia dari segi ekonomi,kewangan dan pembangunan persekitaran untuk kemudahan awam telah disalahguna untuk kegunaan peribadi.

Rujukan:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.

09/05/2024

NAMA: AIFAA NAJIHAH BINTI AMIR WARDI
NOMBOR MATRIKS : 301342
TAJUK: INISIATIF MASYARAKAT MEMBASMI JENAYAH RASUAH

1. Kempen dan Pendidikan Anti-Rasuah
Pelbagai kempen dan program pendidikan dijalankan antaranya ialah kempen "Rasuah Busters" yang dijalankan oleh gerakan masyarakat sivil untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya rasuah dan mendorong masyarakat untuk menolaknya. Selain itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga bekerjasama dengan SPRM untuk mengadakan bengkel dan program anti-rasuah di seluruh negara.
2. Kerjasama dengan Agensi Kerajaan
Masyarakat juga telah bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu usaha membanteras rasuah. Masyarakat digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti rasuah kepada SPRM agar tindakan dapat diambil. Kerjasama masyarakat dengan SPRM adalah penting untuk memastikan negara bebas daripada cengkaman jenayah rasuah.
3. Penguatkuasaan dan Hukuman yang Lebih Tegas
Masyarakat juga menyokong usaha untuk menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas pesalah rasuah. Ini bertujuan untuk memberi kesan jera dan mengurangkan insiden rasuah di Malaysia.
Secara keseluruhannya, inisiatif masyarakat untuk membasmi jenayah rasuah di Malaysia merangkumi usaha mendidik masyarakat, bekerjasama dengan agensi kerajaan, serta menyokong penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak adalah penting untuk mencapai matlamat negara bebas rasuah.

09/05/2024

NAMA: AIFAA NAJIHAH BINTI AMIR WARDI
NOMBOR MATRIKS: 301342
TAJUK: INISIATIF KERAJAAN MEMBASMI JENAYAH RASUAH

1. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
Dari sudut dasar dan polisi perundangan, jenayah rasuah di negara ini bermula seawal tahun 1827 dan terus diperkasakan selepas negara memperoleh kemerdekaan pada
tahun 1957.
(i) Akta Pencegah Rasuah 1961 (Akta 42)
(ii) Akta Polis 1967 (Akta 41)
(iii) Akta Kastam 1967 (No. 62)
(iv) Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970
(v) Akta Pencegah Rasuah 1971 (Akta 57)
(vi) Akta Biro Siasatan Negara 1973 (Akta 123)
(vii) Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 (Akta 271)
(viii) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
(ix) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

2. Memperkenalkan Pelan Integriti Nasional (PIN) atau Pelan Antirasuah Nasional (NACP)
Diperkenalkan bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berminda kelas pertama dan jauh daripada rasuah serta perbuatan tidak beretika-bermoral

3. Melibatkan fungsi tadbir urus dengan pelbagai agensi yang berkaitan
(i) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - mengurus hal ehwal berkaitan jenayah rasuah dan salah laku berkaitan rasuah.
(ii) Institut Integriti Malaysia (IIM) - menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang kini diganti dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bermula pada Januari 2019.
(iii) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - menangani isu integriti atau salah laku dalam kalangan penguat kuasa di Malaysia

09/05/2024

NAMA: NUR AYUNI SUHANA BT AZMI
NO MATRIKS:301391
TAJUK: PROSEDUR YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK SPRM DALAM MENANGKAP PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH

1.Penyelidikan:
Pihak SPRM akan mengumpul bukti dan maklumat mengenai aktiviti rasuah melalui penyiasatan terperinci.

2.Pemantauan
Pihak SPRM akan memantau dan mengawasi aktiviti suspek untuk mengesan pola dan transaksi yang mencurigakan.

3.Operasi Penyamaran
Pihak SPRM akan melaksanakan operasi penyamaran atau undercover untuk mendapatkan bukti yang kukuh dan menyelamatkan identiti penyiasat.

4.Kerjasama
Pihak SPRM akan berkolaborasi dengan agensi penguatkuasaan lain seperti polis, kastam, atau agensi lain untuk bertukar maklumat dan melaksanakan operasi tangkapan bersama.

5.Tangkapan
Pihak SPRM akan melaksakan operasi tangkap secara tiba-tiba dengan mengikut protokol yang telah ditetapkan untuk menangkap suspek pemberi dan penerima rasuah.

6.Penggunaan Undang-Undang: Pihak SPRM akan menggunakan undang-undang berkaitan dengan rasuah untuk menangkap, mendakwa, dan mengadili mereka yang terlibat dalam aktiviti rasuah.

7.Perlindungan Saksi:
Pihak SPRM akan melindungi saksi-saksi yang memberikan maklumat penting tentang kes rasuah melalui pelbagai langkah perlindungan dan keselamatan.

08/05/2024

NAMA: NUR AYUNI SUHANA BT AZMI
NO.MATRIKS: 301391
TAJUK:PROSEDUR MELAPORKAN JENAYAH RASUAH

1.Mengumpul bukti
Pengadu perlu mengumpul bukti sebarang transaksi atau urusan salah laku rasuah pemberi rasuah dan penerima rasuah.

2.Hubungi pihak SPRM
Pengadu hendaklah menghubungi pihak SPRM sama ada secara dalam talian atau pergi terus ke pejabat SPRM berdekatan untuk melaporkan kes jenayah rasuah secara terus.

3.Melaporkan kepada pihak SPRM
Pengadu perlu melaporkan kepada pihak SPRM berdasarkan maklumat yang ada supaya dapat memudahkan pihak SPRM untuk membuat siasatan kes rasuah.

3.Meminta perlindungan daripada pihak SPRM
Pengadu boleh meminta perlindungan daripada pihak SPRM sekiranya perlu misalnya pengadu berasa terancam atau diugut.

5.Perlindungan oleh pihak SPRM
Pengadu akan diberi perlindungan oleh pihak SPRM.

6.Dapatkan maklumat status siasatan
Pengadu perlu mendapatkan maklumat status siasatan berkenaan aduan yang dilaporkan (selepas 28 hari bekerja - status siasatan tersebut adalah atas permintaan atau
permohonan pengadu itu sendiri.

08/05/2024

NAMA : SYAZALINA BINTI ROZAK
NO MATRIK: 301335
TAJUK : KESAN POSITIF WUJUDNYA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH RASUAH

1) Tindakan lebih berkesan
•Kewujudan JPJR dalam mencegah isu jenayah rasuah akan memberi keberkesanan yang efektif kerana mampu mengenalpasti, menyiasat dan mendapatkan informasi selanjutnya mengenai kegiatan ini.Hal ini sudah pasti jenayah ini dapat dibanteras kerana pihak ini bertanggungjawab menyiasat secara berterusan melalui sistem dan melalui orang ramai bagi memudahkan urusan mereka sekaligus para pelaku rasuah akan takut untuk melakukan sebarang penerimaan atau suapan yang dikenali sebagai rasuah ini.

2) Meningkatkan kepercayaan pihak awam

•Tugas JPJR yang sentiasa aktif dan berkesan dalam melaksankan tindakan bagi mencegah jenayah rasuah dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap integrity institusi-institusi kerajaan mahupun swasta. Hal ini dapat membantu untuk membentuk persepsi positif di mana Langkah-langkah serius sentiasa diambil oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan isu ini sentiasa dipantau.

3) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
•Melalui aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah rasuah yang dianjurkan oleh pihak-pihak JPJR sudah pasti dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkaitan risiko dan kesan negative yang akan terjadi sekiranya melakukan rasuah .Penganjuran program-program pendidikan berkaitan rasuah,kempen-kempen kesedaran yang dilaksanakn bersama pelbagai pihak untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat dengan lebih terperinci.

4) Meningkatkan kepatuhan dan pengetahuan berkaitan undang-undang

•Penubuhan JPJR seperti SPRM dan sebagainya yang berkuatkuasa secara aktif ini sekaligus dapat meningkatkan kepatuhan masyarakat terhadap undang-undang berkaitan rasuah. Hal ini demikian kerana pihak JPJR biasanya memberikan latihan dan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam proses pencegahan jenayah rasuah supaya masalah ini sentiasa

5) Peningkatan Kepatuhan dan Pengetahuan Undang-undang
•Dengan JPJR yang berperanan aktif, kepatuhan terhadap undang-undang berkaitan rasuah juga dapat ditingkatkan. Ini kerana pihak JPJR biasanya memberikan latihan dan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam proses pencegahan dan sentiasa mengambil tindakan efektif dalam membanteras jenayah ini.

08/05/2024

NAMA : SYAZALINA BINTI ROZAK
NO MATRIK : 301335
TAJUK : LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH RASUAH

LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH RASUAH

1)Memberikan pendidikan berkaitan amalan rasuah
•Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) memainkan peranan penting dalam mendidik dan menerapkan elemen pengetahuan antirasuah kepada semua masyarakat melalui pelbagai program yang melibatkan para pelajar sekolah,institusi pengajian tinggi awam dan swasta,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun agensi kerajaan.Melaksanakan program berkonsepkan pencegahan rasuah untuk tujuan mendidik melalui ceramah,dialog,seminar serta menjelaskan kepentingan menjauhi rasuah dalam kehidupan.

2) Memastikan sektor awam beroperasi dengan jujur,telus dan bertanggungjawab
•Pemeriksaan sistem dan prosedur melibatkan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM bertanggungjawab menyelesaikan pemeriksaan berkaitan perolehan,tadbir urus,penguatkuasaan,pelesenan dan pengurusan organisasi dan institusi di Malaysia supaya mengamalkan etika-etika dalam pekerjaan organisasi tanpa melibatkan sebarang isu rasuah.Jabatan kastam juga perlu meningkatkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan pengawasan dalam organisasi selain sentiasa melaksanakan pemeriksaan yang lebih cekap serta teliti sebagai langkah mengatasi ia menular dalam kalangan anggota mereka.

3) Menjatuhkan hukuman yang berat kepada pemberi dan penerima rasuah
•Badan Kehakiman Negara juga perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah dilaksanakan dengan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk memutar-belitkan kenyataan dan mengubah salah laku mereka.Ini boleh menimbulkan pengajaran kepada masyarakat untuk menjauhi amalan rasuah.

4)Pemantauan pihak awam terhadap isu rasuah
•Pihak awam mestilah bertanggungjawab terhadap isu rasuah dan sentiasa memantau isu-isu semasa yang berlaku supaya dapat memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.Tanggungjawab ini hendaklah diberi perhatian supaya dapat membanteras jenayah rasuah disamping dapat meningkatkan imej negara di pelosok dunia kerana mempunyai masyarakat yang saling bekerjasam dalam membanteras jenayah yang berlaku.


5)Melibatkan diri secara aktif dalam program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
•Masyarakat hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti program antirasuah atau program-program lain yang dapat memberi informasi dalam isu ini supaya masalah jenayah rasuah dapat diatasi disamping menunjukkan nilai-nilai etika yang ada dalam diri masyarakat di negara ini demi keamanan negara ini.

Address

Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A232 Sakura - Penghayatan Etika dan Peradaban : Konsep Rasuah dan Integriti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share