Perunding Imej Emi Idura
- Home
- Malaysia
- Subang Jaya
- Perunding Imej Emi Idura
Kami menawarkan khidmat perundingan imej dan penjenamaan peribadi sejak 2013 kepada lebih 27,000 peserta dalam dan luar negara.
Address
Subang Jaya
47500
Telephone
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Perunding Imej Emi Idura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Contact The Business
Send a message to Perunding Imej Emi Idura:
Category
Di sebalik tabir...kenali Perunding Imej Emi Idura (UK)
Membina imej peribadi bukan sekadar kepada gaya dan penampilan. Tetapi bagaimana seseorang individu itu bijak menguruskan persepsi orang ramai terhadap diri mereka secara keseluruhan. Ya, teknik menguasai seni dan sains di sebalik tanggapan pertama, impak visual. Berpengalaman lebih 17 tahun di syarikat-syarikat berstatus MSC ICT, swasta MNC, Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC, Khazanah Nasional Berhad , Puan Emi Idura mengorak langkah membina impian beliau sebagai Perunding Imej dan Warna Profesional yang diakreditasi dan ditauliahkan dari lima buah negara, Malaysia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia juga Kanada. Beliau juga merupakan Associate pertama Institute of Image Training and Testing International (IITTI Kanada) , pertama mewakili Malaysia dalam menawarkan modul bisnes Imej dan Etiket yang berstandard antarabangsa kepada pelanggan-pelanggan korporat, agensi kerajaan juga individu individu dari golongan profesional , selebriti tanah air , juga persatuan-persatuan wanita yang berteraskan non-profit organization di Malaysia. Akhir tahun 2016 , Puan Emi Idura telah ditawar untuk mengendalikan segmen WOW! di program Apa Kata Wanita RTM TV1 bermula Februari 2017 - dengan bertemakan konsep Wanita dan Fesyen. Selain sibuk dalam mengendalikan segmen WOW! setiap bulan , Puan Emi juga telah berjaya menghasilkan lebih 121 artikel , di ruangan Bicara Imej , Utusan Malaysia MEGA - Rona sepanjang 3 tahun bergelar kolumnis sejak tahun 2015. Pernah memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah dan Naib Presiden Majlis - Association of Image Consultants International dari Amerika Syarikat dan Federation of Image Professionals International dari UK (2015-2017) , Puan Emi Idura mendapat pendedahan yang sangat luas di dalam bidang perundingan imej.
Sebagai alumni kepada pusat akademi imej terkemuka dunia, London Image Institute - beliau ditawarkan menjadi Associate pertama kepada Institute of Image Training and Testing International (Canada) dan pertama mewakili Malaysia pada tahun 2014.
Dengan peranan yang diberi, beliau bertanggungjawab untuk memastikan program Imej dan Etiket yang ditawarkan di Malaysia adalah mengikut ‘standard and guidelines’ perundingan imej antarabangsa.
Hari ini, ramai Perunding Imej baru tumbuh melata tetapi dilihat tidak mengikuti dan menetapi standard and guidelines global, maka sebagai institusi yang bertindak sebagai ‘badan ISO’ perundingan Imej ini - mereka mempunyai misi bagi memastikan Perunding Imej di seluruh dunia mengamalkan standard yang dipraktikkan oleh mereka yang sudahpun bergelar Image Masters dan Professional dunia. ------ Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai perkhidmatan runding dan latihan korporat, konsultasi secara peribadi atau berkumpulan, mahupun program Pensijilan Perunding Imej dan Warna Profesional, (sebuah kolaborasi bersama Pusat Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa Kanada) sila hubungi beliau di +012 9023625 [email protected]