Public Gold Farah Yusman

Public Gold Farah Yusman Pakar Pelaburan Emas Anda. Jom Melabur dengan public gold

24/11/2025

Rabu lepas, nenek kami yang tercinta — Siti Ajar binti Mat Haji Jamil, yang kami panggil Wan — telah kembali ke rahmatullah.
Setelah lama sakit dan terlantar, Allah akhirnya permudahkan jalan untuk Wan berehat daripada segala kesakitan yang dia simpan selama ini. Walaupun setiap kali ke klinik atau hospital doktor kata tiada masalah kesihatan yang jelas, hanya kami yang melihat sendiri bagaimana Wan makin hari makin lemah.

Wan membesarkan enam orang anak di Felda Lurah Bilut, Felda pertama di Malaysia. Di tanah itulah Wan dan atok berkorban, mendidik dan membesarkan keluarga dalam keadaan serba sederhana, tetapi penuh kasih sayang, ketabahan dan kekuatan seorang ibu.

Yang paling menyentuh hati kami, pakcik kami — Paklang — sanggup berhenti kerja awal semata-mata untuk jaga Wan sepenuh masa. Dia ada setiap pagi, setiap malam, pastikan Wan tak pernah rasa ditinggalkan. Pengorbanan yang tak terbalas.

Minggu lepas, hari Selasa, kami semua berkumpul fikirkan apa yang terbaik untuk Wan. Bila nampak keadaannya makin lemah, masing-masing berbelah bahagi — ada yang risau pemberian makanan melalui tiub buat Wan sakit, ada yang mahu teruskan kerana itu sumber tenaganya. Masa tu kami sedar… setinggi mana pun usaha manusia, kita bukan Tuhan. Nyawa, takdir, semuanya di tangan Allah.

Allah lebih sayangkan Wan.
Dan kami redha, walaupun hati sangat berat melepaskan.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa Wan, lapangkan kuburnya, dan tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah untuk Wan kami, Siti Ajar binti Mat Haji Jamil. 🤲🤍

Gambar ini gambar paklang bersama jenazah wan sebelum solat jenazah.

Pakar Pelaburan Emas Anda. Jom Melabur dengan public gold

Ini suami dan anak yang saya sayang sangat. Hari ahad yang lalu pertama kali suami saya makan dekat kedai Kfry sedap kat...
24/11/2025

Ini suami dan anak yang saya sayang sangat. Hari ahad yang lalu pertama kali suami saya makan dekat kedai Kfry sedap katanya dan anak saya p**a seorang yang picky eaters sangat s**a ayam dekat kfry ni. Seronok tengok mereka makan 🤭

Bagi saya kalau bab makan - makan ajela apa yang nak. Dulu saya pernah berada di fasa makan pon tak mampu. Pernah berada di fasa nasi putih gaul dgn garam dan pernah berada di fasa kerja sampai berdarah hidung. Sebab itu saya selalu nak yang terbaik dekat anak dan keluarga saya.

Coretan saya harini supaya jadi kenangan esok hari ❤️

12/11/2025

Wehhhhh yang ni anak I makan sampai bertambah tambah yeee please lah grab.

12/11/2025

Cantin betul boleh beli sebagai hadiah kat pasangan / keluarga.

13/10/2025

Weh siapa sangka kan, dulu masa harga bawah RM400/gram ramai yang fikir “ala nanti turun balik lah…”
Tup tup hari ni dah cecah RM600/gram! Naik banyak weh — bukan sikit.

Kalau tengok trend sekarang, emas ni memang susah nak turun banyak-banyak dah. Ekonomi dunia tak menentu, nilai mata wang pun makin terhakis, tapi nilai emas makin kukuh. Sebab tu orang kata emas ni bukan untuk tunggu murah, tapi untuk lindung nilai masa depan.

Yang dah start simpan masa harga rendah dulu, tahniah — sekarang tengah tersenyum lebar. 😌
Yang belum mula, jangan tunggu lagi. Mula je dengan apa yang mampu — 0.5g pun dah kira langkah pertama ke arah simpanan yang selamat.

Kadang kita fikir “nanti lah, tunggu gaji lebih sikit.” Tapi hakikatnya, masa tak pernah tunggu kita. Harga makin naik, kos hidup makin tinggi. Tapi emas… makin lama makin bernilai. 💛

12/10/2025

Kadang kita tak kejar kaya, kita cuma nak tenang bila susah.
Sebab tu kita simpan emas — bukan sebab trend, tapi sebab nilai dia kekal walau masa berubah.
Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi pelindung bila perlu.

Assalamualaikum semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya
08/01/2025

Assalamualaikum semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya

06/01/2025

Jom simpan emas dgn fy

Sebenarnya ramai tak sedar simpanan emas ni penting. Dalam tak sedar je dah ramai kenalan berdaftar.Sikit sikit lama lam...
11/12/2024

Sebenarnya ramai tak sedar simpanan emas ni penting. Dalam tak sedar je dah ramai kenalan berdaftar.

Sikit sikit lama lama jadi bukit orang cakap 🫨

Jom mulakan simpanan public gold dengan Farah serendah RM 100 je !!

https://pgbo.net/PG00216765/

Tak rugi simpan emas ni.Acik ni jiran rumah mak saya dia buka kan akaun saving emas untuk anak dia yang buta.Kasihnya se...
11/12/2024

Tak rugi simpan emas ni.

Acik ni jiran rumah mak saya dia buka kan akaun saving emas untuk anak dia yang buta.

Kasihnya seorang ibu pada anaknya.

Nak simpan emas jom contact saya ❤️

https://pgbo.net/PG00216765/

Emas penting kerana ia memiliki beberapa nilai dan manfaat yang menjadikannya aset yang berharga dan berterusan sepanjan...
02/12/2024

Emas penting kerana ia memiliki beberapa nilai dan manfaat yang menjadikannya aset yang berharga dan berterusan sepanjang masa. Berikut adalah beberapa sebab mengapa emas dianggap penting:

1. Pelaburan yang Stabil dan Selamat
Emas adalah pelaburan yang tahan lasak terhadap inflasi dan ketidakstabilan ekonomi. Sebagai contoh, ketika pasaran saham atau mata wang mengalami turun naik yang tajam, harga emas cenderung untuk tetap stabil atau malah meningkat. Ini menjadikannya pilihan pelaburan yang selamat dalam tempoh ketidakpastian.

2. Aset yang Nilainya Sentiasa Meningkat
Sejak berabad-abad lamanya, emas telah terbukti menjadi aset yang nilainya meningkat, walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu. Ia dianggap sebagai penyimpan nilai yang baik dan sumber keselamatan kewangan.

3. Diversifikasi Portfolio
Emas memberikan peluang untuk mendiversifikasikan portfolio pelaburan. Sebagai pelaburan yang kurang berkait rapat dengan aset lain seperti saham atau hartanah, ia membantu mengurangkan risiko keseluruhan dalam pelaburan.

4. Penyelamat dalam Krisis Kewangan
Pada masa krisis kewangan global atau ketegangan politik, emas sering dilihat sebagai pelindung nilai kerana ia tidak bergantung kepada kerajaan atau institusi tertentu. Ia berfungsi sebagai "penyimpan kekayaan" yang boleh digunakan semasa keadaan s**ar.

5. Perhiasan dan Budaya
Emas juga memainkan peranan penting dalam budaya dan tradisi banyak negara, termasuk di Malaysia. Ia digunakan dalam pembuatan perhiasan dan barang kemas yang mempunyai nilai estetik dan sentimental. Emas sering dianggap simbol status dan kekayaan dalam masyarakat.

6. Menghargai Ketika Inflasi
Dalam situasi inflasi yang tinggi, mata wang fiat (wang kertas) kehilangan nilai, tetapi emas tetap kukuh dan sering kali mengalami kenaikan harga. Oleh itu, emas merupakan pelindung yang baik terhadap inflasi.

7. Aset yang Mudah Dikeluarkan dan Dijual
Emas adalah aset yang sangat cair—maksudnya, ia mudah untuk dijual atau ditukar ke wang tunai apabila diperlukan, sama ada dalam bentuk jongkong, syiling, atau barang kemas.

8. Tidak Terjejas Oleh Teknologi atau Perubahan Sosial
Emas tidak dipengaruhi oleh perubahan teknologi atau peralihan dalam sektor ekonomi, seperti yang berlaku kepada beberapa aset digital atau saham dalam sektor tertentu. Ia tetap bernilai sepanjang masa.

9. Emas Sebagai Simbol Kekayaan dan Keamanan
Di banyak budaya, emas bukan hanya dilihat sebagai alat kewangan tetapi juga simbol kestabilan, kejayaan, dan keselamatan. Oleh itu, ia sering dipilih untuk menyimpan dan mewariskan kekayaan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Secara keseluruhannya, emas penting kerana ia memberi kestabilan kewangan, memberi perlindungan terhadap inflasi dan ketidakstabilan, dan tetap menjadi pelaburan yang bernilai sepanjang zaman.

https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fpgbo.net%2FPG00216765%2F%3Ffbclid%3DIwZXh0bgNhZW0CMTAAAR3uSJiPfJZuyY1ipAqRzlhJSixQUF20qyersm-NbvLK9YfPNHWXwB_WukU_aem_O7b08dZkvPShVAKfyMLpqA&h=AT3eA5DQyfvolyzW1g1NgV-vtkAuPXQJoP4e1gvQPjXxd_SPtshfok8n3ZyKw0rEbRGcnZKv5WFvSvb4bvIF94eiqTrGaij3IxgKLlF6K3NgheRzoGG55NxbVvooVDjihARkXh2FUuVT1Go17GwrSQ

Farah Yusman - Sebagai dealer aktif Public Gold, saya berbangga dapat membantu ramai individu memulakan perjalanan simpanan emas mereka dengan penuh keyakinan! Dengan pengalaman dan kepakaran dalam memastikan setiap transaksi adalah selamat, betul, dan patuh syariah, saya komited untuk menyediakan p...

Address

Taman Sejati Indah
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold Farah Yusman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold Farah Yusman:

Share