Ezzie Rahim

Ezzie Rahim Sharing & enjoy with my life journey
**a makan s**a jalan-jalan

Dua kali Allah ulang dalam Al-Quran,"selepas tiap-tiap kesusahan ada kesenangan"(Surah As-Sharh 5 & 6)Selamat tinggal 20...
31/12/2023

Dua kali Allah ulang dalam Al-Quran,

"selepas tiap-tiap kesusahan ada kesenangan"

(Surah As-Sharh 5 & 6)
Selamat tinggal 2023. Semoga cerita 2023 berakhir dengan baik-baik saja.

Selamat datang 2024. Dan semoga tahun 2024 hadirnya sinar bahagia. Semakin banyak kebaikan yang datang. Dengan segala harapan dan doa yang belum tercapai. Ya Allah kau permudahkan bagi ku menjemput rezekiMu. Kau lancarkan lah pekerjaanku. Kau berkati dan rahmati aku ya Allah.

Selamat malam 2023.
Much ♥


**ajalan
**amakan

02/11/2023

Bangunlah hari ni dengan penuh keceriaan dan kesyukuran

With ❤

Hari ni 1 november 2023.Berduka lara pagi-pagi dah kena surprise. Alhamdulillah. Syukur Allah masih jaga. Tersedar ketik...
01/11/2023

Hari ni 1 november 2023.
Berduka lara pagi-pagi dah kena surprise.
Alhamdulillah. Syukur Allah masih jaga. Tersedar ketika berhenti hantar anak yg sulong ke sekolah. Sampai di sekolah dengan selamat walaupun kakak pecut 90-100km/jam .
Lepas hantar si adik sekolah. Pecut p tengok mak pulak. Semalam katanya tak boleh tiduq sakit batu karang menyerang.
Lepas settle semua baru settle kan si tayar golek-golek macam tenggiling ni. Ambik kau skru 2 inci syok duk dalam getah tayar tu ya.
Now satu hari terkejar-kejar ke sana ke sini (sebab kakak bekerja sendiri buka kedai insuran dan roadtax tanpa ada pekerja). Boleh dah tarik nafas rehat-rehat kejap sambil muhasabah diri.
K Bye gaiss with ❤


**amakan
**ajalan


Assalamualaikum with ❤Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini dengan izinNya. Aamin
31/10/2023

Assalamualaikum with ❤
Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini dengan izinNya. Aamin

Apa yang menjadikan kita hari ini dan hari esok, Adalah "DIRI" kita sendiri.With❤   **amakan  **ajalan
28/10/2023

Apa yang menjadikan kita hari ini dan hari esok, Adalah "DIRI" kita sendiri.

With❤


**amakan
**ajalan

BAHAGIA CARA KITA1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam ...
25/10/2023

BAHAGIA CARA KITA

1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama,

2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari

3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas

4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia

5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy

6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat

7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah

8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak s**a, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh

9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita

10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa

11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi

InsyaAllah. Tenang dan gembira. Tenang Is Menang. Good bebeh!

Peringatan buat diri sendiri.
Credit pada si penulis.✌


**amakan
**ajalan
**amasak

Selamat pagi with ❤Langkahlah dengan penuh bergaya. Semoga anda semua berjaya.
24/10/2023

Selamat pagi with ❤

Langkahlah dengan penuh bergaya. Semoga anda semua berjaya.

Aamin aamin aamin ya mujib❤
23/10/2023

Aamin aamin aamin ya mujib❤

Beginilah kehidupan kakak..pagi-pagi jadi supir.Selamat pagi semuanya. Semoga yang datang pada kita hari ini hanya yang ...
23/10/2023

Beginilah kehidupan kakak..pagi-pagi jadi supir.

Selamat pagi semuanya. Semoga yang datang pada kita hari ini hanya yang baik-baik saja. Ceria-ceria selalu.

No monday blues K. Yuk kerja. ❤


**amakan
**ajalan

22/10/2023

Sunday with ❤

Tarikan baru di persisir pantai Kuala Muda Penaga, Pulau Pinang. Best wey.👍

Kakak dah pi bawak anak-anak healing tepi pantai. Dan untuk hangpa yang food hunting tu hangpa wajib pi kat sini.

Masuk ja kawasan persisir pantai macam-macam makanan orang juai. Bermula dengan rojak tonggek, lepastu ais krim, bihun sup, laksa, ayam gunting, char keow teaw, apam balik dan macam-macam jenis lagi makanan ada yang hangpa boleh try kat sini.😊😊

Sambil layan ombak, makan pulak tepi pantai hangpa boleh nampak bot nelayan baru naik bawak ikan. Orang memancing pun ramai kat sini. Yang healing lepak bawak family pun ada. Anak-anak muda tak payah cakap memang ramai. Meriah waktu petang kat sini.

Pantai Kuala Muda Penaga ni terpisah antara Kedah - Penang. Hangpa boleh nampak pasar bisik Kuala Muda Kedah di seberang. Tak jauh pun sebab terpisah dek susur pantai saja.

Kat sini kalau hangpa mai pagi-pagi hangpa boleh nampak nelayan duk bawak naik ikan kat pasar. Sebab kawasan pantai Kuala Muda Penaga ni jugak sangat-sangat terkenal dengan pasar bisik depa. Macam-macam jenis makanan lauk yang ada bila mai pagi-pagi. Pilih ja yang mana hangpa nak.

So, hangpa yang s**a jalan-jalan dan makan-makan hangpa kena mai tempat tarikan baru ni.

Hangpa kena cuba makanan yang ada kat sini. Yang pasti harga berpatutan. Makan memang puas hati.

Jom isi masa petang minggu hangpa bawak anak-anak jalan sambil santai-santai di Pantai Kuala Muda Penaga ni. 😍😍

*maaf kualiti video yang kurang memuaskan. Baru ja sampai beli makanan nak cari tempat duduk hujan turun daaa.


**amakan
**anjalanjalan


Send a message to learn more

Address

Sungai Petani

Telephone

+601110089796

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ezzie Rahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share