Dehati.fm

Dehati.fm Assalamualaikum Dan salam sejahtera

Selamat datang ke ruangan dehati.fm

~SatuhatiSatusuara~

02/12/2024

Tazkirah pagi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله
وصحبه وسلم

Siapakah Sahabat Kita Yang Boleh Membawa Kita Kepada Kebaikan Dunia Dan Akhirat

SAHABAT adalah orang yang sangat rapat dengan kita, tidak memiliki hubungan darah atau keluarga. Sahabat adalah seorang yang sangat kita percayai, penyimpan aib dan rahsia kita dari pengetahuan orang lain. Sahabat tidak perlu dari golongan bangsawan, hartawan, jelitawan dan sebagainya. Sahabat dalam Islam adalah saling mengingatkan kita kepada Allah S.W.T, menegur kita ketika kita salah, membela kita ketika kita tidak bersamanya dan sahabat juga sentiasa ada bersama kita di saat kita s**a atau sedang berduka. Manusia adalah makhluk sosial, yang tidak boleh hidup tanpa manusia lainnya.

Di dalam perjalanan kehidupan menuju Allah S.W.T, kita memerlukan seseorang sebagai pendamping atau sahabat. Dan Nabi S.A.W melarang seseorang untuk melakukan perjalanan jauh (safar) bersendirian tetapi bersama beberapa orang sehingga lebih aman dan boleh saling mengingatkan mengenai kebaikan dan melarang dari melakukan kemungkaran di sepanjang perjalanan.

Kalau perjalanan kehidupan di dunia sahaja, Nabi S.A.W menyuruh berteman apalagi perjalanan menuju Allah S.W.T. Perjalanan itu panjang sekali dan banyak tentangan, fitnah dan godaannya. Rasulullah S.A.W ketika hijrah, beliau tidak sendirian tetapi beliau berteman. Jadi perjalanan menuju Allah S.W.T, teman itu diperlukan. Peranan sahabat sangat penting di dunia dan akhirat...

Semoga bermanfaat

Dato sby..
Serendah

05/11/2024

Tazkirah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Banyakkan memuji ALLAH dan Berselawat

Bayangkan satu gelas air kosong yang jernih apabila dititis hanya satu titisan air berwarna , sudah cukup untuk merosakkan kejernihan air kosong tadi.
Begitu juga dengan ikhlas, apabila ia telah di titiskan dgn bermacam macam penyakit hati seperti riyak , takabur, dengki dan sebagainya maka akan merosakkan keikhlasan manusia itu sendiri.
Oleh itu banyaklah memuji ALLAH , berselawat , berzikir utk membersihkan hati...

Semoga bermanfaat...

Dato sby...
Serendah..

30/09/2024

Kita dah solat berpuluh tahun, tapi masih kdg2 lupa maksud atau makna bacaan dalam solat. Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita sekali lg faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(Hadis Riwayat Muslim)

TOLONG SHARE BERAMAI2

07/09/2024

Tazkirah pagi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI?

Diam sejenak dan renungi diri.
Ulama berkata:
"Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (s**a) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).
Contohnya:
Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil,
Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.

Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
Pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan s**a marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Semoga ada manfaatnya...

Dato SBY..
Serendah..

Address


Telephone

+60182802711

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dehati.fm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dehati.fm:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share