01/03/2023
10 STRATEGI UNTUK TINGKATKAN ENGAGEMENT DI MEDIA SOSIAL
Salam semua!
Syawal dah dekat ni, tapi follower anda di media sosial sendu?
Jangan risau! Sebab kita masih boleh meriahkan akaun media sosial kita dengan cara yang mudah dan santai.
Hari ni, kami nak share dengan korang 10 strategi untuk tingkatkan engagement dengan followers korang di media sosial.
Semoga bermanfaat!
Jom ikuti perkongsian kami!
1. KENAL PASTI AUDIENS
=====================
Kenalpasti dan sasarkan audiens korang dulu. Tahu sasaran korang dan fokus kepada audiens yang berkaitan dengan niche atau topik korang.
2. POST & STORY YANG MENARIK
============================
Pastikan post dan story korang menarik dan relevan dengan minat audiens korang. Bukan setakat nak dapat like dan komen semata-mata, tapi nak bagi manfaat dan memberi impak kepada mereka.
3. GUNA EMOJI DENGAN BIJAK
==========================
Gunakan emoji yang sesuai dengan post korang. Tambahkan emoji di dalam caption atau comment post korang, sebab emoji ni boleh membantu bagi perasaan dan emosi yang lebih jelas dan senang difahami.
4. KONGSI CERITA & PENGALAMAN
=============================
Kongsikan cerita dan pengalaman korang dengan followers korang. Kita semua s**a dengar cerita yang menarik, so kongsikanlah cerita dan pengalaman korang dengan followers korang.
5. JANGAN PROMOSI BANYAK SANGAT!
=================================
Jangan terlalu banyak promosi dalam post korang. Korang boleh promosikan produk atau servis korang, tapi jangan terlalu banyak dan selalu sangat sebab followers korang akan jemu.
6. BERINTERAKSI DENGAN FOLLOWERS
================================
Interaksi dengan followers korang. Balas komen mereka dan engage dengan mereka melalui story atau live session. Ini akan membina hubungan yang baik dengan pengikut korang dan pastinya akan meningkatkan engagement korang.
7. GUNA CTA DALAM POST
======================
Gunakan call-to-action di dalam post korang. Ajak pengikut korang untuk share, komen atau like post korang supaya engagement korang semakin tinggi.
8. GUNA HASHTAG YANG BERKUALITI
===============================
Gunakan hashtag yang berkualiti untuk setiap post korang. Hashtag ni penting untuk membolehkan post korang ditemui oleh orang yang bukan follower korang lagi, jadi pilihlah hashtag yang sesuai dengan post korang dan jangan guna hashtag yang irrelevant.
9. BERANI MENCUBA SESUATU YANG BARU
====================================
Jangan takut untuk mencuba format post yang berbeza-beza. Kadang-kadang kita perlu mencuba format post yang berbeza untuk menarik perhatian pengikut korang.
10. KONSISTEN!
=============
Last but not least, hasilkan konten yang berkialiti secara konsisten. Jangan biarkan akaun media sosial korang terbiar dan pastikan korang sentiasa memberikan konten yang berkualiti dan kena dengan minat mereka secara konsisten supaya engagement korang terus meningkat.
Itulah 10 strategi untuk tingkatkan engagement dengan followers korang di media sosial. Jangan lupa praktikkan tips ni dan saksikan perubahan yang berlaku dalam akaun media sosial korang. Sekian dulu dari kami, semoga tips ni dapat membantu korang. π
Perlukan follower di media sosial? FollowerGainz kan ada!
Tengok komen kalau berminat dengan servis kami.