
16/05/2025
*السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
Kepada :-
*Dato'/Datin, Pengetua Maahad Tahfiz, Nazir, Pengerusi Surau serta Tuan/Puan yang dihormati,*
*MAJLIS SARINGAN HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT DAERAH SEPANG TAHUN 1446H/2025*
*Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Agama Islam Daerah Sepang akan menganjurkan Majlis Saringan Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Sepang bagi tahun 1446H/2025M seperti ketetapan berikut:*
*Tarikh : 10 Jun 2025 (Selasa)*
*Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang*
*Tempat : Bilik Gerakan, PAID Sepang*
*Sehubungan itu, pihak kami mempelawa penyertaan para huffaz dari institusi dan kariah tuan/puan untuk menyertai majlis ini mengikut kategori berikut:*
📌 *Kategori 1 hingga 10 Juzuk (Lelaki & Perempuan)*
📌 *Kategori 1 hingga 20 Juzuk (Lelaki & Perempuan)*
📌 *Kategori 1 hingga 30 Juzuk (Lelaki & Perempuan)*
*Syarat Penyertaan :*
📍 *Umur 7 hingga 25 tahun*
📍 *Bermastautin di Daerah Sepang sekurang-kurangnya 6 bulan*
📍 *Tidak menyertai saringan di daerah lain pada tahun yang sama*
📍 *Hanya satu kategori sahaja dibenarkan untuk setiap peserta*
*Tarikh Tutup Penyertaan :* *4 Jun 2025*
*Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan QR yang disediakan dalam poster hebahan.*
https://forms.gle/3hHT82mPiHf4hmvN8
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Dakwah PAID Sepang di talian *019-344 4736 (Ustaz Fauzi).*
*Kerjasama dan sokongan pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dalam usaha melahirkan lebih ramai huffaz berkualiti di Daerah Sepang.*
*Sekian, terima kasih.*