06/10/2025
-Agen Mossad Melayu-
Mossad merupakan agensi perisik Israel sebuah perkhidmatan awam, bukan organisasi tentera tetapi kakitangannya pernah bertugas dengan Pasukan Pertahanan Israel.
Tugas utama mereka adalah untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel.
Manakala Perisik mereka diambil dari pelbagai peringkat kerakyatan di luar negara, termasuklah pegawai diplomat dan bukan pegawai tak rasmi. Mereka bertindak dan bergerak seperti CIA. 30 daripada 40 operasinya bergerak di Eropah Timur dan Timur Tengah.
Pegawai perisik lapangan dipanggil Katsas. Sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsada atau Kidon. Metsada terlibat dalam pembunuhan tokoh tertentu, operasi separa tentera, sabotaj dan perang saraf.
Malaysia, 5 Oktober lalu negara dikejutkan melalui media yang melaporkan seorang lelaki warga Palestin yang diculik menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya diselamatkan dalam kejadian pada 28 September 2022.
11 individu sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2022, atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palastin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.
“Polis Diraja Malaysia masih meneruskan siasatan dan menunggu proses sebutan semula kes pada 15 Disember depan.”
Mereka terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita :
- Edy Ko’im Said, 40
- Mohamad Norakmal Hassan, 41
- Dody Junaidi, 42
- Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39
- Mohamad Naziree Mustapha, 39
- Faizull Hardey Mohd Isa, 40
- Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25
- Mohamad Sufian Saly, 23
- Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21
- Nidarahayu Zainal, 34
- Raibafie Amdan, 39.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan secara niat bersama telah menahan Omar Z.M Albelbaisy Raeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.