Mohd Arsat Marzuki

Mohd Arsat Marzuki "Dalam politik, kalau tiada yang benar memasukinya, maka ianya akan terisi oleh yang Salah"

Alhamdulillah.BANDAU pasti menghadiahkan 1 kerusi.
03/06/2025

Alhamdulillah.

BANDAU pasti menghadiahkan 1 kerusi.

12/05/2025
Politik taksub di Sabah merujuk kepada fenomena di mana penyokong-penyokong politik di negeri ini cenderung untuk menunj...
31/01/2025

Politik taksub di Sabah merujuk kepada fenomena di mana penyokong-penyokong politik di negeri ini cenderung untuk menunjukkan kesetiaan yang membuta tuli terhadap parti atau pemimpin tertentu tanpa mempertimbangkan dasar atau kualiti kepimpinan secara objektif. Dalam konteks Sabah, ia sering kali berlaku di kalangan pelbagai kumpulan etnik dan parti politik yang wujud, dengan pengaruh etnik, agama, dan sejarah sering memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan politik.

Polarisasi ini boleh menyebabkan ketegangan antara komuniti-komuniti yang berbeza, serta merumitkan usaha untuk mencari penyelesaian yang lebih inklusif dan praktikal bagi pembangunan negeri dan negara secara keseluruhan.

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

22/11/2024
22/11/2024
MAWAR Channel Sila buat kajian teliti baru melontarkan tuduhan. Ini dikira fitnah dan tindakan undang-undang boleh diken...
09/05/2024

MAWAR Channel Sila buat kajian teliti baru melontarkan tuduhan. Ini dikira fitnah dan tindakan undang-undang boleh dikenakan.

Ramai yang tahu page MC ini adalah dibawah kelolaan Azis Jamman yang sering memainkan sentimen yang cuba menghasut dan memutarbelitkan fakta sebenar.

MENJAWAB FITNAH JAHAT CYBERTROOPER MAWAR CHANNEL

Hari ini saya dimaklumkan sebuah FB Page Bernama MAWAR Channel telah menuduh saya menerima tajaan daripada syarikat besar luar negara.

Untuk makluman, syarikat Kromium Digital Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia dan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat Kromium Digital di Barbados. Syarikat ini diasaskan oleh anak jati Tawau, Encik Rahman Bin Imuda.

Syarikat ini merupakan firma pemasaran digital yang berfokuskan pemasaran politik dan pemerkasaan demokrasi.

Saya telah menggunakan khidmat mereka sebagai perunding digital untuk menyokong perniagaan anak-anak Tawau, di samping kepakaran mereka yang telah berbukti dengan mengendalikan pemasaran digital beberapa lagi wakil rakyat.

Istilah 'Sponsored by' diperkenalkan oleh META (Pengendali Facebook) untuk kempen-kempen digital (Ads) yang bersifat politik untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban. META akan meminta dokumen-dokumen yang relavan untuk memastikan
setiap kempen-kempen digital tidak melanggar etika dan polisi mereka.

Pasukan saya akan menghantar permintaan rasmi kepada META untuk meminta maklumat pemilik MAWAR Channel untuk pasukan saya mengambil tindakan undang-undang di atas fitnah ini.

Kita dapat melihat dua sifat musuh-musuh GRS dalam isu ini. Pertama, mereka tidak melakukan kajian rapi sebelum melontarkan fitnah, kedua mereka tidak berani menggunakan wajah sebenar untuk bertanggungjawab terhadap fitnah yang mereka lakukan.

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Semua dengan Ingatan tulus ikhlas Minal Aidil Walfaid...
17/04/2024

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Semua dengan Ingatan tulus ikhlas Minal Aidil Walfaidzin. Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Dan SESB sepanjang perayaan ini sudah masuk raya ke-8 dan Alhamdulillah Kawasan Tawau tidak mengalami catuan bekalan elektrik.

Ramai yang kurang cakna berkenaan perkara ini, sedangkan ini salah satu inisiatif membawa pembaharuan dan kemajuan kepada Negeri ini. Setiap hari hanya kita dengar keluhan dan rungutan sedangkan banyak usaha sedang dijalankan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

Semenjak DSP Hajiji Haji Noor memegang jawatan sebagai Ketua Menteri, banyak perubahan yang diberi keutamaan kepada Pantai Timur yang selama ini seperti di anak tirikan. Banyak perubahan bakal diberikan kepada kita di sini.

Bagi anda yang mahu mengetahui perkembangan Pan Borneo boleh subscribe YT : https://m.youtube.com/
17/04/2024

Bagi anda yang mahu mengetahui perkembangan Pan Borneo boleh subscribe YT : https://m.youtube.com/

SALAM SABAH MAJU JAYAPERLAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH –PAKEJ KERJA 07 – MENAIKTARAF JALAN DARI INANAM KE SEPANGGARPembinaan Lebuhraya Pan Borne...

Terbaik Pemuda Sri Tanjong. Teruskan menyantuni warga Tawau terutamanya belia kita.
17/03/2024

Terbaik Pemuda Sri Tanjong. Teruskan menyantuni warga Tawau terutamanya belia kita.

17/03/2024

Tahniah Ketua Menteri Sabah Hajiji Haji Noor atas keprihatinan dan inisiatif dalam membantu mangsa kebakaran di Logpond.

Seorang pemimpin yang tidak banyak cakap dan hanya fokus pada pembangunan. Kita harapkan rakyat sabah bersabar dan beri peluang untuk Ketua Menteri kita mentadbir ke depan lagi kerana belum ada lagi pengganti yang selayaknya selain beliau.

Marhaban Ya Ramadhan.Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf buat semua saudara dan saudari. Semoga kita semua mend...
11/03/2024

Marhaban Ya Ramadhan.

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf buat semua saudara dan saudari. Semoga kita semua mendapat ramadhan yang lebih bermakna kali ini dengan dipenuhi amalan yang diterima Allah SWT.

Address

Sri Tanjong
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Arsat Marzuki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Arsat Marzuki:

Share