UPPM N.70 Kukusan

UPPM N.70 Kukusan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.70 Kukusan

SALAM TAKZIAHPPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri mewakili YB Datuk Rina Hj Jainal merakamkan ucapan takziah kepada keluarga...
13/06/2026

SALAM TAKZIAH

PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri mewakili YB Datuk Rina Hj Jainal merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kerama bin Bandong dari Taman Victoria, Lorong 4 serta keluarga Allahyarhamah Nursuraya Sinu binti Abdullah di Kampung Jawa (depan SMK Tawau) bagi menzahirkan rasa simpati serta sokongan kepada keluarga yang sedang berduka.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah






-admin-

12/06/2026
TAKLIMAT RINGKAS PERMOHONAN RUMAH SMJ KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PPSSusulan kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru in...
12/06/2026

TAKLIMAT RINGKAS PERMOHONAN RUMAH SMJ KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PPS

Susulan kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini, UPPM N.70 Kukusan CDO Kukusan, Encik Mohd Khairul Faiz bin Jairul dan Encik Puspa telah mengadakan sesi taklimat ringkas kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan OT Mohd Jantan.

Sesi penerangan ini bertujuan memberi penjelasan berhubung prosedur dan syarat permohonan Rumah SMJ bagi memastikan mangsa mendapat maklumat yang tepat serta memahami keperluan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Dalam taklimat tersebut, Encik Puspa menerangkan bahawa permohonan Rumah SMJ perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan termasuk status pemilikan tapak atau geran.

Nama pemohon hendaklah tersenarai dalam geran atau mempunyai dokumen yang diiktiraf mengikut SOP permohonan yang ditetapkan oleh pihak KPLB sebelum permohonan dapat dipertimbangkan.

Turut dijelaskan bahawa setiap permohonan akan melalui proses semakan dan penilaian yang sewajarnya. YB Datuk Rina Hj Jainal akan memberikan sokongan kepada permohonan yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Hasil sesi tersebut, mangsa-mangsa yang terlibat telah memahami prosedur yang diterangkan serta menerima nasihat dan panduan yang diberikan bagi melancarkan urusan permohonan pada masa akan datang.

UPPM N.70 Kukusan akan terus membantu menyalurkan maklumat serta memberikan khidmat nasihat kepada penduduk yang memerlukan.







-admin-

SEMINAR KENEGARAAN DAN INTEGRITI PERINGKAT KOMUNITI DAERAH TAWAUUPPM N.70 Kukusan bersama Ketua-Ketua Kampung, JKKK, KMC...
12/06/2026

SEMINAR KENEGARAAN DAN INTEGRITI PERINGKAT KOMUNITI DAERAH TAWAU

UPPM N.70 Kukusan bersama Ketua-Ketua Kampung, JKKK, KMC serta pemimpin masyarakat setempat telah menghadiri Seminar Kenegaraan dan Integriti Peringkat Komuniti Daerah Tawau anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama UPPM Negeri Sabah yang menghimpunkan pemimpin komuniti dari Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kalabakan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Awang Kadin Tang JP, Pengarah UPPM Sabah. Antara pengisian yang disampaikan ialah perkongsian oleh YBhg. Datin Shonitah Terang, Pengarah AKM, Penolong Pesuruhjaya Richard Hii Ding Yin dari SPRM Tawau serta Encik Mohd Izwan Izzuddin Ramlan dari Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ).

Seminar ini memberi penekanan kepada kepentingan memelihara integriti, amanah dan etika dalam kepimpinan agar setiap tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik demi kepentingan masyarakat dan pembangunan komuniti.







-admin-

12/06/2026

Senyuman Itu Sedekah 🫰🏻

12/06/2026
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANIUPPM N.70 Kukusan diberi tanggungjawab sebagai urusetia program Seminar Kenegaraan Mal...
10/06/2026

SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI

UPPM N.70 Kukusan diberi tanggungjawab sebagai urusetia program Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI yang akan berlangsung esok, bersama UPPM Kawasan P.191 Kalabakan dan UPPM Kawasan P.190 Tawau.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama UPPM Negeri Sabah ini kini berada di peringkat persiapan akhir bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Pengarah UPPM HQ, Datuk Awang Kadin Tang bersama barisan UPPM HQ dan AKM turut hadir meninjau persiapan serta kesiapsiagaan program.







-admin-

36 MANGSA KEBAKARAN KG ISLAMIAH LORONG HAJI SHAFIESeramai 36 mangsa daripada 11 KIR ditempatkan di PPS Sementara Dewan S...
09/06/2026

36 MANGSA KEBAKARAN KG ISLAMIAH LORONG HAJI SHAFIE

Seramai 36 mangsa daripada 11 KIR ditempatkan di PPS Sementara Dewan Serbaguna OT Mohd Jantan Tg Batu susulan kejadian kebakaran yang berlaku.

PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri mewakili YB Datuk Rina Hj Jainal telah menyampaikan kit kecemasan berupa tilam dan bantal bagi memastikan keselesaan mangsa sepanjang berada di PPS.

UPPM N70 Kukusan turut membantu menyelaras keperluan dan kebajikan mangsa di PPS bersama agensi terlibat.

Melalui kerjasama NGO KERJA, telah menyalurkan tapau makanan kepada mangsa sejak hari pertama kejadian bagi memastikan keperluan harian mereka terus terjaga.

Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.







-admin-

SALAM TAKZIAHUPPM N70 Kukusan merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang terjejas dalam kejadian kebakaran yan...
08/06/2026

SALAM TAKZIAH

UPPM N70 Kukusan merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang terjejas dalam kejadian kebakaran yang setakat ini melibatkan 5 buah rumah.

CDO Kukusan En Mohd Khairul Faiz Bin Jairul,Pemaju Mukim Kukusan En Herman Ismail, En Pritchard dan En Saharudin@adam telah turun membuat pemantauan di lokasi bagi mendapatkan maklumat berkaitan mangsa dan rumah yang terlibat.

Pihak UPPM N70 Kukusan akan memaklumkan kepada JKM untuk tindakan selanjutnya setelah menerima maklumat lengkap daripada pihak Bomba.

Sumbangan air mineral daripada YB Datuk Rina Hj Jainal telah disalurkan kepada mangsa kebakaran bagi bantuan awal.

Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.







-admin-

Address

17914-1, Gaya Commercial Centre, Jalan Gaya
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6089762763

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.70 Kukusan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share