TawauKini

Call Website Contact the business

TawauKini Rooted Local. Heard Nationwide.

TERKINI | Jerebu yang kelihatan tebal tidak semestinya menandakan tahap pencemaran udara berada pada paras tinggi, keran...
16/10/2026

TERKINI | Jerebu yang kelihatan tebal tidak semestinya menandakan tahap pencemaran udara berada pada paras tinggi, kerana keadaan penglihatan turut dipengaruhi faktor cuaca, kelembapan udara dan cahaya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mohd Yunos Rais berkata, orang ramai tidak seharusnya menilai tahap pencemaran udara berdasarkan pemerhatian mata kasar semata-mata.

Sebaliknya, bacaan rasmi Indeks Pencemaran Udara (IPU) perlu dijadikan rujukan utama bagi mendapatkan gambaran lebih tepat mengenai kualiti udara di sesuatu kawasan.

Menurut beliau, keadaan atmosfera boleh mempengaruhi sejauh mana jerebu kelihatan, sekali gus menyebabkan persepsi orang ramai berbeza daripada bacaan pencemaran yang direkodkan.

(Artikel penuh diruangan komen)

TERKINI | Perkataan “bodoh” yang digunakan seorang pelajar Universiti Malaya (UM), ketika mempersoalkan kutipan derma ba...
16/10/2026

TERKINI | Perkataan “bodoh” yang digunakan seorang pelajar Universiti Malaya (UM), ketika mempersoalkan kutipan derma bagi membantu bekas perdana menteri, yang terpalit isu rasuah terus menjadi perhatian selepas beliau tampil memberikan penjelasan mengenai maksud di sebalik kenyataannya itu.

Dalam penjelasan terbaharunya, pelajar tersebut memperincikan bahawa penggunaan perkataan tersebut bertujuan menekankan sikap ignorant atau kejahilan yang dilihatnya dalam tindakan menderma kepada individu yang dikaitkan dengan rasuah. Penjelasan itu menyusul selepas..

[Berita Penuh Diruangan Komen]

TERKINI | Masyarakat perlu memberi peluang kedua kepada bekas banduan untuk membina kehidupan baharu dan kembali menyumb...
15/10/2026

TERKINI | Masyarakat perlu memberi peluang kedua kepada bekas banduan untuk membina kehidupan baharu dan kembali menyumbang kepada komuniti, tanpa terus dibayangi prasangka terhadap masa lalu mereka.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, YB Datuk Rina Haji Jainal berkata, usaha membantu golongan berkenaan kembali menyesuaikan diri dengan masyarakat memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelaksanaan Program Outreach Korektif Tawau anjuran Jabatan Penjara Tawau, yang menghimpunkan pelbagai agensi bagi mengenal pasti prospek berpotensi untuk diberikan peluang pekerjaan.

(Artikel penuh diruangan komen)

TERKINI | Kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A bukan hanya melibatkan satu pihak, sebaliknya merangkumi p...
15/10/2026

TERKINI | Kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A bukan hanya melibatkan satu pihak, sebaliknya merangkumi pelbagai cabaran teknikal, pentadbiran dan kewangan yang memerlukan penyelarasan antara agensi.

Ketua Merinyu Projek, Salleh Said Keruak, berkata tidak adil untuk meletakkan keseluruhan kesalahan kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana pelaksanaan projek itu turut melibatkan kerajaan persekutuan, perunding, kontraktor dan syarikat utiliti.

Dalam kenyataan beliau iaitu..

[Berita Penuh Diruangan Komen]

TERKINI | Semua sekolah di daerah Tawau dan Kalabakan akan dibuka semula pada Khamis, 15 Oktober 2026, susulan bacaan In...
14/10/2026

TERKINI | Semua sekolah di daerah Tawau dan Kalabakan akan dibuka semula pada Khamis, 15 Oktober 2026, susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kembali mencatatkan tahap selamat.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam kenyataan media bertarikh 14 Oktober memaklumkan, bacaan IPU di kawasan berkenaan mencatatkan 82 pada jam 3 petang, sekali gus membolehkan operasi persekolahan disambung semula.

Keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa kualiti udara, selain mengambil kira kepentingan memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengutamakan keselamatan serta kesihatan murid dan warga sekolah.

Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau dan Kalabakan diminta terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

[Artikel penuh diruangan komen]

TERKINI | Peluang pengambilan baharu bagi beberapa bidang kerjaya dalam sektor penerbangan awam kini menjadi perhatian s...
14/10/2026

TERKINI | Peluang pengambilan baharu bagi beberapa bidang kerjaya dalam sektor penerbangan awam kini menjadi perhatian susulan satu pemakluman terbaharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkuatkuasa bulan ini.

Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2026, JPA mengumumkan satu perubahan melibatkan struktur perkhidmatan berkaitan penerbangan awam, termasuk bidang..

[Berita Penuh Diruangan Komen]

TERKINI | Sabah merupakan antara enam negeri yang terlibat dalam perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion di ba...
14/10/2026

TERKINI | Sabah merupakan antara enam negeri yang terlibat dalam perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion di bawah Belanjawan 2027, dengan pelaksanaannya mengambil kira keperluan infrastruktur dan komitmen projek pembangunan di setiap negeri.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata jumlah berkenaan melibatkan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, perbelanjaan pembangunan itu bukan hanya merangkumi projek..

[Berita Penuh Diruangan Komen]

Address

Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TawauKini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TawauKini:

Shortcuts

Share