Irama Studio

Irama Studio band atas air

13/08/2026

Anda tidak akan bosan mendengar lagu ini

12/08/2026

Golok kayu - barbarik

11/08/2026

Jumpa anda di sana🫑🫑

09/08/2026

Dari kaca mata

07/08/2026

Irama marakas

06/08/2026

Astana kasih lasa

03/08/2026

Jamming santai santai

πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»
03/08/2026

πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

PEMUZIK DARI KAMPUNG HIDAYAT TAWAU CURI PERHATIAN WARGA TIKTOK

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, hampir setiap hari saya terlihat video jamming sebuah band anak muda yang bersiaran secara Tiktok Live dari sebuah rumah atas air. Bagi masyarakat Sabah, pemandangan seperti ini mungkin sudah biasa. Namun bagi saya, ada sesuatu yang cukup menarik untuk diperhatikan dan dihebahkan pada dunia.

Apa yang mencuri perhatian saya bukanlah lokasi mereka bermain muzik, tetapi konsistensi dan semangat yang ditunjukkan oleh anak anak muda ini. Hampir setiap hari, mereka akan upload video jamming santai di kaki lima rumah sambil berinteraksi dengan penonton di TikTok Live.

Rasa ingin tahu ini akhirnya membawa saya menjejaki mereka. Rupanya mereka ini berasal dari Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas, Tawau. Mereka menggunakan nama IRAMA BAND dan aktif di TikTok menerusi akaun IRAMA STUDIO.

Kumpulan ditubuhkan pada awal tahun 2025 dan dianggotai oleh Wan, Mal Reen, Ree, Din, Ajmi, Bhen, Laysing, Diey, Sham serta Bear. Line up kumpulan ini agak ramai dengan posisi yang sentiasa bertukar ganti.

Apa yang bermula sekadar aktiviti suka-suka, kini mula mendapat perhatian ramai. Setiap kali live di TikTok, mereka menerima pelbagai kata-kata semangat daripada penonton. Ada yang mengirim gift dan tidak ketinggalan rekues lagu untuk dimainkan secara langsung di live seterusnya.

Aktiviti muzik yang mereka adakan di kawasan rumah atas air itu mendapat kerjasama baik daripada jiran-jiran sekitar. Setakat ini, mereka belum menerima sebarang aduan negatif. Mereka juga sentiasa menghormati waktu solat dengan menghentikan sesi jamming apabila tiba waktunya.

IRAMA BAND belum merancang untuk menghasilkan lagu sendiri. Namun mereka terbuka untuk sebarang kerjasama daripada individu, organisasi atau pihak yang ingin membantu mengembangkan lagi bakat anak-anak muda Kampung Hidayat ini.

Dalam dunia media sosial yang sentiasa bergerak pantas, semangat yang ditunjukkan oleh IRAMA BAND membuktikan bahawa minat, kesungguhan dan sokongan komuniti masih mampu melahirkan sesuatu yang positif. Siapa tahu, dari kaki lima rumah atas air inilah lahirnya satu lagi nama besar yang bakal mewarnai landskap muzik Sabah pada masa akan datang.

03/08/2026

Lagu kebangsaan rejiman barbarik ✌️

31/07/2026

Febian demi cinta ini

Address

Jalan Kee Abdullah
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irama Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share