Tawau Sejahtera

Tawau Sejahtera Portal ini ditubuhkan dengan matlamat menyampaikan informasi dan mengumpul pendapat kaitan isu terkini daripada warga Tawau.

Semoga usaha ini dapat menyatukan kita tanpa mengira agama dan bangsa.

01/06/2024

Slmt pagi semua. Hujan ka sdh tmptmu? 😄

Keputusan Unduk Ngadau tahun 2024 telah diumumkan sebentar tadi. Juaranya adalah jelitawan daripada Inanam, namanya Tati...
31/05/2024

Keputusan Unduk Ngadau tahun 2024 telah diumumkan sebentar tadi. Juaranya adalah jelitawan daripada Inanam, namanya Tati Hyellene Danius. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Berikut p**a adalah senarai para pemenangnya.

JOHAN (Inanam) : TATI HYELLENE DANIUS

NAIB JOHAN (Kiulu) : TATI ELLDIWIRNA SAIMEN

TEMPAT KE-3 (Keningau) : TATI MONICKA MAJIN

KEEMPAT (Johor) : TATI ROMANDAWI GAPARI

KELIMA (Tenom) : TATI LIANE MELVE GRACE LIAS

KEENAM (Tongod) : TATI ELVIANA GUNONG

KETUJUH (Kemabong) : TATI RICHELLA KAN SIANG FENG

Salam semua , saya disini mahu tarik perhatian semua pencinta kucing . Tolong jika ada yg sudi berikan makanan basah (ti...
31/05/2024

Salam semua , saya disini mahu tarik perhatian semua pencinta kucing . Tolong jika ada yg sudi berikan makanan basah (tin/pouch) & susu formula kucing ke Pusat Jagaan Kucing K10 Tawau . Saya bukan siapa2 , bkn juga volunteer berdaftar pusat tersebut .

Saya cuma org yg risau dengan kucing disana . Mereka mmg dpt sumbangan lain seperti dryfood berkarung2 , pasir pun blitter litter. Tapi kucing disini setahu saya cuma diurus oleh seorang penjaga saja . Dengan jumlah kucing yg terlalu ramai , kebersihan pun kita mau utamakan juga .

Sesiapa ada masa terluang mari dtg sama2 bantu ubat/bersihkn kucing disini . Saya dtg hrini bersama bini bawa stok ubat kucing dari rumah juga . Simpati betul saya dgn kucing dsini .

Mereka sangat sukakan org yg dtg utk berinteraksi dgn mereka . Sangat manja juga . Jika kita tidak dapat adopt sekurang kurangnya kita bantu dari segi apa saja .

Kelab Kucing K10 saya sendiri pegang jika ada masa saya update kesitu tentang kucing ni . Mari warga tawau kita maju utk ubah nasib kucing2 ni .
Biarpun terkurung yg penting sihat mental & fizikal .

Sumber: Fb Pencinta Meong Tawau

Bella Astillah akan membuat persembahan di Kompleks Sukan Tawau malam ini! Jom kita pergi tengok beramai ramai nanti!
31/05/2024

Bella Astillah akan membuat persembahan di Kompleks Sukan Tawau malam ini! Jom kita pergi tengok beramai ramai nanti!

Memperkenalkan Unduk Ngadau Tawau tahun 2024, Tati Marylyn Nius. Cantik wajahnya kan? Semoga ada manis manis baginya unt...
31/05/2024

Memperkenalkan Unduk Ngadau Tawau tahun 2024, Tati Marylyn Nius. Cantik wajahnya kan? Semoga ada manis manis baginya untuk Unduk Ngadau peringkat Sabah pusingan terakhir pada hari ini.

31/05/2024

Musim cuti ini ayuh kita layan pemandangan indah di Tawau.

Meriahnya acara Likefest Kaamatan di Kompleks Sukan Tawau. Dari luar sampai dalam dewan ada bermacam macam jenis jualan....
30/05/2024

Meriahnya acara Likefest Kaamatan di Kompleks Sukan Tawau. Dari luar sampai dalam dewan ada bermacam macam jenis jualan.

Acaranya bermula hari ini (30hb Mei) sehingga 2hb Jun. Ramai penyanyi terkemuka di tanah air kita termasuk si Ampal juga akan membuat persembahan di sini.

Sudah kamu pergi berjalan jalan? Musim gajian p**a ini, bolehlah kita cuci mata lalu beli apa yang terkena di hati.

Tagal Kampung Balung Cocos, lagi satu tempat rekreasi semula jadi yang kita boleh singgah. Kemudahannya ada tapak perkhe...
30/05/2024

Tagal Kampung Balung Cocos, lagi satu tempat rekreasi semula jadi yang kita boleh singgah.

Kemudahannya ada tapak perkhemahan, tempat memanggang, pondok rehat dan tandas.

Waktu cuti atau cuaca panas bolehlah mandi air sambil tengon ikan sungai sini. Kalau bertuah dapat melihat monyet di sekelilingnya lagi.

Informasi terkini! Kucing oyen yang viral terkurung dalam bakul sudah diselamatkan oleh saudara Inche Taiko Tai yang bai...
29/05/2024

Informasi terkini! Kucing oyen yang viral terkurung dalam bakul sudah diselamatkan oleh saudara Inche Taiko Tai yang baik hati pada malam ini.

Lokasi kucing tersebut di tingkat 1 barisan kedai stesen bas bandar Tawau. Sebab ada pagar terkunci, pembaca yang terjumpa kucing ini petang tadi tidak dapat masuk lepaskannya.

Nasib ada saudara Inche Taiko Tai sudi tampil diri bantu kucing ini. Terharu admin dengan keprihatinan orang Tawau. Semoga semua yang bantu kongsi posting dan tolong kucing ini dimurahkan rezeki atas kebaikan yang telah kamu lakukan.

Mesej daripada pembaca. Seekor kucing terkurung dalam bakul yang diletakkan botol air mineral di atasnya.Pembaca ingin b...
29/05/2024

Mesej daripada pembaca. Seekor kucing terkurung dalam bakul yang diletakkan botol air mineral di atasnya.

Pembaca ingin bantu lepaskan kucing tersebut tapi ada pagar yang terkunci jadi dia tidak dapat masuk ke kawasan dalam gambar.

Lokasinya di atas Alpha Fashion Sdn Bhd (barisan kedai stesen bas bandar Tawau). Ayuh kongsi posting ini sampai kucing tersebut berjaya dilepaskan.

Taktik licik pengedar dadah kantoi! Pihak polis Tawau berjaya mengesan sabun cucian yang mencurigakan.Rupanya dalam bung...
29/05/2024

Taktik licik pengedar dadah kantoi! Pihak polis Tawau berjaya mengesan sabun cucian yang mencurigakan.

Rupanya dalam bungkusan sabun cucian ini adalah dadah jenis Methamphetamine berat 4.5KG. Ini adalah hasil serbuan yang dilakuan terhadap seorang warga asing di Jeti Lama pada hari Isnin lalu (27hb Mei).

Warga asing tersebut didapati membawa 4 tong plastik bersamanya. Dalam tong plastik mempunyai sabun cucian yang terdapat 6 bungkusan plastik.

Isi bungkusan plastik tersebut adalah dadah
Methamphetamine. Anggaran nilai pasarannya sebanyak RM274320.

Siasatan lanjut mendapati warga asing lelaki terlibat yang berumur 25 tahun datang dari Kinabatangan ke Tawau dan ingin bertolak dari jeti ke negara jiran.

Lelaki terlibat tiada rekod jenayah manakala ujian kencing menunjukkannya negatif dadah. Pihak polis kini masih menjalankan siasatan untuk mengesan pengedar dadah lain yang turut terlibat.

Nampak nyaman dan lawa pemandangan sini kan? Inilah Kau Sin Farm House yang terletak di batu 6 Apas. Sekali sekala bawa ...
28/05/2024

Nampak nyaman dan lawa pemandangan sini kan? Inilah Kau Sin Farm House yang terletak di batu 6 Apas. Sekali sekala bawa keluarga dekati kehijauan begini mesti seronok rasanya.

Address

Tawau
Tawau
91000

Telephone

+601111398436

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tawau Sejahtera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share