Kawan Car Rental Tawau

Kawan Car Rental Tawau Promoting new product soon.. Hi Kawan Genk 🫰🏻👋🏻
Page ini mau promote kereta sewa Based Tawau Area Dulu.

Seluruh Sabah Pun bole Tapi ON request Ya Kawan BossQu 🫶🏻❤️

Support Dulu Ba Sabahan ini 🫰🏻

Sabahan Jak yang Faham Joke ni 🤭😂
23/10/2025

Sabahan Jak yang Faham Joke ni 🤭😂

22/10/2025

Betul ✅

Best Card in the world to use , tolong la buat mana yang belum buat tu, No tipu tipu this card , better than Bigpay yg s...
18/10/2025

Best Card in the world to use , tolong la buat mana yang belum buat tu, No tipu tipu this card , better than Bigpay yg scammer tu..

Can use my link yaa 🫶🏻

https://wise.com/invite/ihpc/hasnanibintih

I missed iced matcha weather, so I packed my bags ✈️

18/10/2025

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.

1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk anda beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, anda kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh anda nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, anda kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau anda nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya anda cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester anda naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc anda sekiranya anda dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang anda sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser anda tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang anda mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Anda akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Tekan sini Untuk Luggage Beg Murah & Berkualiti
https://s.shopee.com.my/2fvtGZsCtN

Kredit: Trip Kashmir Abby Hassan

20/08/2025

Watch, follow, and discover more trending content.

19/08/2025

****it

20/06/2025

Struggle is real 🤲✨️

Hmm sedihnyaa Sabah ku 🥲😰😭
20/06/2025

Hmm sedihnyaa Sabah ku 🥲😰😭

Beringat itu lebih baik 🫡🤭
20/06/2025

Beringat itu lebih baik 🫡🤭

Doktor forensik dah biasa tengok ulat, tapi yang ni berbeza. Doktor cuma mampu sumbat dengan kapas banyak-banyak😨😭

18/06/2025

Hmm betul tu 💆🏻‍♀️😒

10/05/2025

"Mengadu Kepada Allah: Sumber Ketenangan Hati"

Dalam perjalanan hidup ini, kadangkala kita menemui jalan yang penuh liku dan berliku-liku. Kesedihan dan kesusahan seolah-olah menjadi teman setia, mengiringi setiap langkah yang diambil. Namun, di celah-celah gelapnya malam, di sebalik tabir duka, masih ada cahaya yang menanti. Cahaya yang hanya bisa ditemui ketika kita benar-benar menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa, Allah SWT.

Ketika hati terasa berat, air mata seakan menjadi saksi, menitis tanpa diminta. Pada saat inilah kita diingatkan untuk kembali kepada-Nya, memohon bantuan dan kekuatan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Ayat ini menjadi penawar hati, mengingatkan kita bahawa setiap ujian yang diberi adalah dalam jangkauan kemampuan kita. Maka, mengapakah perlu kita berputus asa? Sedangkan Allah sentiasa dekat, mendengar setiap rintihan dan doa hamba-Nya.

Mengalirlah air mata di hadapan-Nya. Berceritalah segala duka dan nestapa, kerana hanya Dia yang Maha Mendengar, Maha Mengasihani. Bacalah kalimah ini dengan penuh keyakinan:

“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.”

Ucapan ini adalah pengakuan akan kelemahan diri, dan dalam kelemahan itu, kita memohon pertolongan-Nya, agar dikeluarkan dari segala kesempitan.

Sebagaimana Nabi Yunus AS berdoa di perut ikan paus dengan kalimah ini, kita juga diajar untuk berserah kepada Allah, memohon pertolongan di saat-saat genting. Ketahuilah, tidak ada kesusahan yang tidak dapat diatasi dengan izin Allah.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186).

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum, berilah kami kekuatan untuk melalui setiap ujian ini. Ya Allah, Ya 'Alim Ya Hakim, limpahkanlah kami dengan kebijaksanaan dalam menghadapi setiap cabaran hidup.

Marilah kita berdoa dan terus berdoa, kerana di sebalik setiap doa, ada harapan yang menyala, menanti untuk dikabulkan. Jangan berhenti berharap, kerana Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.

___

10/05/2025

SOLAT: KUNCI KETENANGAN DALAM KEMELUT KEHIDUPAN

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang datang silih berganti. Ada ketika, kita berasa seperti tenggelam dalam lautan masalah, dibelenggu hutang yang mencengkam, dan dibebani tekanan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Namun, dalam Islam, Allah SWT telah mengurniakan kita dengan satu nikmat yang tidak ternilai - solat.

Solat bukan sekadar ritual harian yang perlu dilaksanakan. Ia adalah medan pertemuan antara hamba dengan Penciptanya, saat di mana segala keresahan dapat dicurahkan, segala kesusahan dapat diluahkan. Bayangkan betapa indahnya ketika kita sujud, merendah diri di hadapan Allah, melepaskan segala bebanan yang menghimpit jiwa. Dalam keheningan sujud itu, kita menemui ketenangan yang hakiki.

Bila dilanda kesempitan wang dan dibebani hutang, solatlah dengan penuh pengharapan. Bila hati berkecamuk dan fikiran berkabut, kembalilah kepada solat. Bila stres menguasai diri dan masalah bertimpa-timpa, ingatlah bahawa sejadah sentiasa menanti untuk kita hamburkan segala kegelisahan. Kerana dalam solat, kita bukan sekadar menunaikan kewajipan, tetapi sedang membina hubungan istimewa dengan Yang Maha Pengasih.

Jagalah solat dengan penuh keikhlasan, kerana Allah sendiri yang akan menjaga kita. Bukankah Allah telah berjanji dalam Al-Quran bahawa selepas kesusahan pasti ada kemudahan? Maka, marilah kita jadikan solat sebagai benteng pertahanan diri, ubat penawar jiwa, dan sumber kekuatan dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Sesungguhnya, dalam solat terletak rahsia ketenangan yang kita cari selama ini.

Address

Bandar Tawau
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawan Car Rental Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share