19/08/2026
GenSINAR Pagi terus komited dalam mempromosikan gaya hidup sihar serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan darah menerusi lawatan ke Pusat Darah Negara (PDN) semalam.
Lawatan tersebut memberikan pendedahan tentang operasi dan tanggungjawab harian PDN, termasuk proses pendaftaran penderma, prosedur saringan Kesihatan, pengambilan darah serta pengendalian dan penyimpanan darah yang teliti bagi memastikan keselamatan dan kualiti pembekalan darah sentiasa berada pada tahao terbaik untuk keperluan pesakit.
Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap ianya dapat menjadi inspirasi kepada para pendengar untuk menjadi agen perubahan dengan sentiasa peka dan menyokong usaha murni ini. SINAR akan terus komited menjadi platform untuk mendidik, memberi inspirasi dan menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, sekali gus menggalakkan lebih ramai individu untuk bersama-sama menyumbang ke arah menyelamatkan nyawa melalui pendermaan darah.
Baca artikel penuh: https://cms-corporate.astro.com.my/mediaroom-releases/gen-pagi-sinar-terokai-operasi-pusat-darah-negara-dekati-proses-derma-darah