28/08/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Sime UMW yang dihormati,
Pahlawan Race 2.0 kini kembali lagi!
Dengan sukacitanya, kami ingin memaklumkan bahawa Jabatan Sumber Manusia akan menganjurkan ‘Pahlawan Race 2.0’ bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 27 September 2025 (Sabtu) di Taman Botani Negara, Shah Alam. Program ini terbuka kepada seluruh Warga Sime UMW dan penyertaan adalah PERCUMA!
‘Pahlawan Race 2.0’ bukan sekadar acara sukan, ia adalah simbolik bagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. Warga Sime UMW akan berpeluang menyertai aktiviti permainan sukan tradisional yang penuh dengan nostalgia, sambil menyokong amalan gaya hidup sihat yang menyeronokkan. Selaras dengan konsep ‘Kesejahteraan Holistik’, yang meliputi elemen ‘Fizikal’, ‘Mental’ dan ‘Interpersonal’, kami berharap program ini akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan sesama Warga Sime UMW.
Ayuh Warga Sime UMW, marilah kita bersama-sama menyertai acara ini! Hadiah menarik menanti anda!