Mr Tyson

Mr Tyson "Membantu anda memiliki hartanah impian ๐Ÿก
"Penasihat hartanah yang mesra, profesional, dan sentiasa di sisi anda ๐Ÿ”‘."

Pantun buat pengerusi perikatan Nasional.Malam sikit nampak bayang,Bila siang terang sangat, Ayam sakit mesti dibuang, B...
13/05/2026

Pantun buat pengerusi perikatan Nasional.

Malam sikit nampak bayang,
Bila siang terang sangat,
Ayam sakit mesti dibuang,
Baru reban tempat Selamat.

Gunung daik tinggi menggunung,
Pulau Tioman nelayan duduk,
Orang baik tidak sombong,
Orang beriman tetap tawaduk.

Buat batas berpetak petak,
Batas dipagar dengan buluh
Berada di atas jangak mendongak,
Berada di bawah jangan mengeluh.

11/05/2026
๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ท๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘ป๐‘ฐ, ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ด๐’๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ, ๐‘ท๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ.1. Gerombolan โ€œResetโ€ hari ini cub...
11/05/2026

๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ท๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘ป๐‘ฐ, ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ด๐’๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ, ๐‘ท๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ.

1. Gerombolan โ€œResetโ€ hari ini cuba memainkan naratif kononnya Hamzah semakin kuat dan semakin mendapat sokongan selepas krisis dalaman BERSATU.

2. Tetapi hakikat sebenar yang cuba disembunyikan ialah Hamzah hari ini hanyalah seorang individu tanpa parti dan tanpa struktur politik yang sebenar.

3. Dalam politik Malaysia, seseorang itu tidak menjadi kuat hanya kerana pandai bercakap atau mempunyai beberapa penyokong di media sosial.

4. Politik Malaysia adalah politik berasaskan parti dan struktur. Tanpa parti, seseorang pemimpin akan kehilangan akar, jentera, organisasi dan kekuatan sebenar di lapangan.

5. Hamzah telah pun dipecat daripada BERSATU. Ini bermaksud beliau bukan sahaja kehilangan jawatan, tetapi kehilangan keseluruhan struktur politik yang selama ini menjadi sumber kekuatan beliau.

6. Ramai perlu faham bahawa parti politik bukan sekadar logo atau nama di atas kertas. Parti adalah satu sistem besar yang memerlukan:

* akar umbi,
* ketua bahagian,
* jentera,
* cawangan,
* ahli,
* dana,
* dan kekuatan organisasi yang tersusun.

7. Tanpa semua itu, seseorang ahli politik hanyalah individu biasa yang bergantung kepada ihsan dan ruang yang diberikan oleh pihak lain.

8. Sebab itu saya hairan apabila ada yang cuba menggambarkan Hamzah semakin kuat. Kuat bagaimana jika beliau sendiri sudah tidak mempunyai parti?

9. Hari ini tanpa BERSATU, Hamzah terpaksa bergantung kepada pihak lain untuk terus relevan dalam politik nasional.

10. Persoalannya, siapa yang benar-benar boleh beliau bergantung?

11. PAS? Adakah PAS benar-benar bersedia memberi ruang besar kepada Hamzah dan kump**annya?

12. Jika PAS membuka ruang terlalu besar kepada kelompok Hamzah, bagaimana p**a dengan pemimpin dan ahli lama PAS yang sudah bertahun-tahun membina parti itu dari bawah?

13. Atau Hamzah mahu membuka parti baru?

14. Mampukah beliau membina parti baru dalam keadaan rakyat semakin letih dengan politik percaturan dan perebutan kuasa?

15. Membina parti bukan semudah membuat sidang media atau mencipta slogan โ€œresetโ€. Membina parti memerlukan akar umbi, sentimen rakyat dan kekuatan organisasi yang mengambil masa bertahun-tahun.

16. Pilihan ketiga ialah kekal sebagai ahli politik bebas. Mungkin nampak selesa untuk jangka masa pendek kerana masih memegang jawatan Ahli Parlimen.

17. Tetapi selepas tamat penggal Parlimen ini, ke mana arah politik Hamzah sebenarnya?

18. Tanpa parti, tanpa struktur dan tanpa akar umbi yang benar-benar setia, kedudukan politik beliau hanya akan menjadi semakin lemah sedikit demi sedikit.

19. Pengikut-pengikutnya juga akhirnya akan hilang arah kerana mereka sendiri tidak mempunyai platform perjuangan yang jelas untuk masa depan.

20. Sebab itu naratif kononnya Hamzah semakin kuat hanyalah propaganda sementara yang cuba dimainkan oleh kelompok tertentu untuk mewujudkan persepsi politik.

21. Hakikat sebenar dalam politik Malaysia sangat mudah, tanpa parti, tanpa struktur dan tanpa sokongan akar umbi yang kukuh, seseorang pemimpin akhirnya hanya tinggal nama dan cerita lama.

22. Jadi persoalannya sekarang, di manakah sebenarnya kekuatan Hamzah tanpa parti?

Ezad Zainal

Prima Facie
11/05/2026

Prima Facie

Bila menyebut nama Dr Mohamad Khir Toyo  , pasti ada segelintir pihak yang terus mengaitkan beliau dengan isu โ€œpenyapuโ€ ...
10/05/2026

Bila menyebut nama Dr Mohamad Khir Toyo , pasti ada segelintir pihak yang terus mengaitkan beliau dengan isu โ€œpenyapuโ€ sambil menjadikannya bahan sindiran dan troll politik. Namun mereka terlupa satu perkara penting, tindakan beliau ketika itu sebenarnya membawa mesej tegas tentang disiplin, prestasi dan tanggungjawab dalam pentadbiran.

Ironinya, PBT yang pernah menerima โ€œhadiah penyapuโ€ itulah akhirnya berjaya memperbaiki prestasi sehingga diiktiraf sebagai antara PBT terbaik pada tahun berikutnya. Ini membuktikan bahawa teguran yang keras kadangkala lebih berkesan daripada sekadar pujian yang menyedapkan hati tetapi tidak membawa perubahan.

Hakikatnya, orang boleh terus ketawa dan menyindir tentang โ€œpenyapuโ€, tetapi hasil akhirnya tetap menunjukkan bahawa ketegasan dalam kepimpinan mampu melahirkan perubahan dan pencapaian yang lebih baik.

- Abam Abu-

Rupa-rupanyanya reformasi hanyalah skrip cerita dongeng yang direka seindah bulan dan bintang untuk memperbodohkan rakya...
10/05/2026

Rupa-rupanyanya reformasi hanyalah skrip cerita dongeng yang direka seindah bulan dan bintang untuk memperbodohkan rakyat yang terlalu percaya dengan 'kehebatan' beliau sekiranya diangkat menjadi Perdana Menteri.

Rupa-rupanya dia hanya indah khabar dari rupa??

Majoriti ahli Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) itu memenangi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini.

Kenyataan MediaYB Datoโ€™ Dr. Sahruddin Bin Hj. JamalKetua BPN BERSATU Negeri Johor. 10 Mei 2026
10/05/2026

Kenyataan Media

YB Datoโ€™ Dr. Sahruddin Bin Hj. Jamal
Ketua BPN BERSATU Negeri Johor.

10 Mei 2026

Hanya sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan titah tegas dengan ungkapan โ€œfull stopโ€ ...
09/05/2026

Hanya sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan titah tegas dengan ungkapan โ€œfull stopโ€ berhubung isu penternakan babi, kenyataan seorang bekas pemimpin DAP kembali mencetuskan perdebatan.

Bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew berkata: โ€œSatu titah atau kenyataan Sultan Selangor mengenai penternakan babi tidak secara automatik menjadi โ€˜undang-undang mutlakโ€™ dengan sendirinya.โ€

TV Pertiwi

Ceramah pembangkang ke ni??
08/05/2026

Ceramah pembangkang ke ni??

Kenyataan yang tepat.Dalam sistem demokrasi berparlimen ala Westminster, ketua kerajaan (PM/MB) tidak dipilih oleh rakya...
06/05/2026

Kenyataan yang tepat.

Dalam sistem demokrasi berparlimen ala Westminster, ketua kerajaan (PM/MB) tidak dipilih oleh rakyat secara langsung dalam pilihanraya.

Beliau dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong/Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar setelah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri.

Oleh kerana kedudukannya bergantung kepada kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan, beliau juga boleh dijatuhkan pada bila-bila masa apabila majoriti ahli dewan menyatakan hilang kepercayaan kepadanya.

Apabila MB jatuh, kerajaan pimpinannya juga jatuh dan seorang MB baharu mesti dilantik untuk menubuhkan kerajaan.

Dalam kes Negeri Sembilan, walaupun pada awalnya 14 ADUN Umno NS telah menyatakan hilang kepercayaan kepada MB NS dengan disokong oleh 5 ADUN PN NS, parti Umno telah berpatah balik untuk menyokong kerajaan PH-BN di NS.

Maka 14 ADUN Umno NS yang terikat dengan keputusan parti mereka kembali ke pangkuan kerajaan PH-BN.

Kerajaan NS kekal status-quo.

Bagaimana p**a dengan 5 ADUN PN yang menyokong tindakan 14 ADUN Umno?

Mereka juga kembali kepada status-quo kedudukan asal mereka sebagai ADUN pembangkang yang menjalankan fungsi semak dan imbang di DUN NS.

Ini prinsip asas demokrasi berparlimen ala Westminster.

Kenyataan dua ADUN BERSATU NS iaitu YB Mohammad Hanifah Abu Baker (Labu) dan YB Haji Ridzuan Ahmad (Gemas) menjelaskan prinsip ini.

Datuk Dr Marzuki Mohamad

Wow!!!!  Mengagumkan!!!! Hebat!!!!
03/05/2026

Wow!!!! Mengagumkan!!!! Hebat!!!!

Address

Teluk Panglima Garang

Telephone

+60192068000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr Tyson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mr Tyson:

Share