D'Reyn Studio

  • Home
  • D'Reyn Studio

D'Reyn Studio Pencipta Video, Komposer &
Penulis Lirik

Sedap p**a ni... betulkah hanya di Kuala Penyu ada ni siput...
06/06/2026

Sedap p**a ni... betulkah hanya di Kuala Penyu ada ni siput...

06/06/2026

666..paling cantik hari bulan ni hari 6.6.26.. semua hujung 6...

Cantik ikan ini...tp awas durinya silap sikit blh masuk ICU..😅
01/06/2026

Cantik ikan ini...tp awas durinya silap sikit blh masuk ICU..😅

01/06/2026

Banyak juga kes tunjuk temberang d KDCA ni tahun...jgn moginum ba klu tidak releks...pg masuk Byon ka Muay Thai ka...sampai ada yg komen di FB, inilah budaya KDMR..kuat moginum sdh mabuk tunjuk temberang🤦

Ok lauk utk Kaamatan 🤭
30/05/2026

Ok lauk utk Kaamatan 🤭

25/05/2026

Hati-hati melalui jalan ini...gelap
dari Pekan Telipok ke Bandar Sierra

13/05/2026

Akhirnya flyover siap..harap kurang jem sdh ni jalan

Niat mau datang ke majlis birthday kawan di salah satu kampung di Kinarut..saya bergerak dari rumah di Tuaran sekitar ja...
12/05/2026

Niat mau datang ke majlis birthday kawan di salah satu kampung di Kinarut..saya bergerak dari rumah di Tuaran sekitar jam 7 malam.
Sesampainya di Putatan hujan pun mula turun yang menyukarkan saya untuk melihat jalan dengan jelas tapi saya teruskan juga perjalanan.

Kalau ikutkan hati mahu saja saya patah balik tapi memandangkan sudah janji dengan kawan mau datang terpaksa jugalah teruskan perjalanan.
Sesampainya di Kawasan Kinarut, saya pun membuka Google maps yang kawan hantar melalui wasap....

Jalan punya jalan sampailah saya di dua persimpangan. Simpang sebelah kanan berturap dan sebelah kiri p**a jalan gravel... Sialnya, line telefon p**a hilang. Kawasan sekitar p**a agak gelap dan rumah pun tiada kelihatan. Rumah terakhir yang saya nampak berada 500 meter di belakang. Saya cuba telefon kawan saya tapi telefon saya tiada Line.

Jam menunjukkan 8.30 malam.
Tiba-tiba line telefon kembali aktif. Saya cuba telefon kawan semula...saya telefon sampai 3 kali tapi tidak kena sambut. Saya kembali buka Google maps dan syukur google maps kembali berfungsi dengan baik dan mengarahkan saya untuk mengambil jalan kanan yang berturap.
Saya sedikit legah. Saya kembali meneruskan perjalanan tetapi semakin lama jalan semakin sepi malah jalan yang sebelumnya berturap kini sudah bersambung dengan jalan biasa yang kelihatannya seperti jalan yang sudah lama tidak diselenggara. Kiri kanan rumputnya panjang. Jalan berlubang dan penuh dengan genangan air. Saya mula merasa seram. Buluh roma saya mula berdiri dan yang paling merisaukan saya Line telefon saya kembali tidak berfungsi. Bermacam-macam fikiran yang bermain di kepala saya...

Dari jauh, dalam kesamaran lampu kereta yang menyuluh ke depan, dalam keadaan hujan renyai-renyai, saya seperti melihat kawasan lapang dengan beberapa rekabentuk pondok yang sepertinya saya sangat kenali....
Dan benar sekali, sesampai di kawasan tersebut, seperti apa yang saya fikirkan, ternyata itu adalah kawasan perkuburan. Seketika jantung saya bergerak laju. Tiba-tiba saya tidak mampu berfikir dengan waras. Ketakutan menyelubungi hati saya. Jari-jemari saya sudah tidak keruan memegang stering kereta. Dalam keadaan panik, saya berdoa dalam hati untuk tidak terserempak dengan benda-benda halus seperti dalam cerita filem. Dengan sedikit kesedaran yang ada, saya membuat pusingan. Saya tidak menoleh lagi ke belakang. Cermin sisi kereta kiri kanan pun sudah saya tidak pandang. Saya pusingkan cermin pandang belakang agar saya tidak melihat apa-apa dibelakang saya. Saya keraskan leher saya agar tidak menoleh ke tempat duduk belakang. Saya hanya fokus ke depan. Saya yang tidak pernah menyanyi lagu puji-pujian gereja tiba-tiba dengan penuh perasaan melontarkan beberapa lagu sekuat hati. Saya tekan pedal minyak kereta tanpa memperdulikan lagi lubang-lubang pada jalan yang saya lalui. Hati saya hanya mahu cepat sampai ke jalan besar.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya sampai ke Lido. Saya letakkan kereta di tempat parking dan beberapa kali saya menarik nafas panjang. Dalam keadaan jantung yang masih tidak keruan, saya turun dari kereta dan menuju ke sebuah bar The Corner Pub & Lounge. Saya order beer dan minum beberapa gelas seperti orang yang betul-betul kehausan untuk tenangkan fikiran......

12/05/2026

Baru hujan beberapa hari, banjir sudah di sana sini...

“Ramai yang kenal Tun Mustapha sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah, tapi tak ramai yang tahu siapa ‘guru’ ilmu batin Tun Must...
11/05/2026

“Ramai yang kenal Tun Mustapha sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah, tapi tak ramai yang tahu siapa ‘guru’ ilmu batin Tun Mustapha. Pernah dengar nama pahlawan Rungus, Aki Dansalan?”

Tun Mustapha & Aki Dansalan;

Di sebalik nama besar Tun Datu Mustapha, pasti & memang ramai yang tidak tahu disebalik keberanian Tun menentang penjajahan Jepun adalah kerana Tun memiliki ilmu batin yang diwarisi dari seorang pahlawan Rungus bernama Aki Dansalan.

Tun berasal dari kg Limau-limauan Kudat, berbangsa Suluk. Diceritakan bahawa ketika zaman kanak2 & remaja, Tun s**a bergaul & berkawan dengan orang Rungus sehingga Tun sendiri pandai & faham bahasa Rungus.
Tun dikatakan budak yg s**a menunggang kerbau. Tun juga dikatakan pernah dijangkiti kurap (dalam perkataan Rungus "kompug-kompugon).

Berguru dengan Aki Dansalan: Pewaris Ilmu Batin

Keberanian luar biasa Tun Mustapha menentang penjajah Jepun bukanlah muncul secara kebetulan. Keturunan Tun memang keturunan yg pemberani. Buktinya, adik Tun iaitu Datu Hamid pernah ditangkap oleh tentera Jepun & dipaksa memberikan maklumat keberadaan Tun Mustapha yg ketika itu menyertai gerila menentang Jepun tetapi adik Tun tidak memberikan kerjasama walaupun tentera Jepun menyeksa boliau di padang terbuka Kudat dengan mengelar lehernya serta meletak garam di bahagian luka kelaran demi utk memberikan kesan kesakitan yg perit tapi sampai mati, adik Tun langsung tidak memberikan sebarang maklumat tentang gerakkan gerila yg disertai oleh Tun Mustapha.

Dikatakan bahawa sebelum Aki Dansalan meninggal, Tun sempat berguru secara tidak langsung kpd Aki Dansalan. Seiring berjalannya waktu, Tun banyak belajar ilmu dari Aki Dansalan walaupun tidak habis mendalami secara tuntas kerana gurunya Aki Dansalan meninggal secara mendadak.

Kisah Aki Dansalan: Pahlawan Rungus yg tidak pernah ditulis dalam sejarah - "perang psikologi & isyarat maut"

Keturunan Aki Dansalan masih hidup sampai sekarang. Aki Dansalan mempunyai beberapa adik beradik yg tidak kurang hebatnya malah salah seorang abangnya sering bersaing dgn Aki Dansalan utk bertanding siapa paling banyak membunuh lanun Bolongingi yg cuba mendarat di pesisir pantai. Namun Aki Dansalanlah yg paling menonjol antara adik beradik mereka.

Selain membunuh ratusan lanun Bolongingi dgn memenggal kepala, Aki Dansalan juga memotong kemaluan para lanun yg sdh meninggal kemudian kemaluan2 tersebut dirantai dengan tali rotan & digantung di dahan2 kayu bakau di pesisir pantai utk mengejek & menakut-nakutkan lanun-lanun yg mahu mendarat kembali dikemudian hari.

Aki Dansalan terkenal disekitarnya kerana menentang lanun secara bersendirian tanpa kump**an. Boliau hanya mengandalkan ilmu batin, kekebalan serta kekuatan sendiri. Boliau gemar tidur di pesisir pantai secara bersendirian utk menunggu kedatangan lanun-lanun Bolongingi yg mahu mendarat & merompak penduduk sekitar.

***Cerita ini sekadar perkongsian sejarah tempatan yg tidak pernah diketahui oleh orang luar...***jika ada keturuna dr Aki Dansalan yg melihat postingan ini & merasa ada fakta yg tidak tepat, dgn rendah hati dipinta seribu kemaafan...

Address


89208

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Reyn Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Reyn Studio:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share