PKA Anglers

Muantaappppp
02/01/2026

Muantaappppp

01/10/2025
Salam Maulidur Rasul 2025Jom selawat ke atas junjungan nabi Muhammad SAW.ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽ...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 2025
Jom selawat ke atas junjungan nabi Muhammad SAW.

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Tabik spring abam trafik
05/09/2025

Tabik spring abam trafik

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara tujuh bulan kerana memasuki Taman Pulau T...
31/08/2025

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara tujuh bulan kerana memasuki Taman Pulau Tiga tanpa kebenaran Taman-Taman Sabah untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Marlina Ibrahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap Jamri Jamalul, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Jamri didakwa memasuki kawasan Taman Pulau Tiga berhampiran Kuala Penyu tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga, Pengarah atau Pegawai Taman antara jam 5.09 pagi hingga 6.26 pagi pada 31 Julai 2025.

Kesalahan itu dilakukan dalam kawasan warta pelan Taman Pulau Tiga dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 48(1)(p) Enakmen Taman-Taman 1984 (Pindaan 2024) yang boleh dihukum di bawah seksyen 48 (2) Enakmen yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, Jamri meminta hukuman ringan kerana dia menganggur dan tiada pendapatan tetap.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Roslizan Sallin bersama Feldena Meldora Anthony dari Taman-Taman Sabah memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berat atas faktor kepentingan awam.

Roslizan berkata, kesalahan itu berlaku di kawasan Taman yang diwartakan serta dilindungi undang-undang. Taman Pulau Tiga adalah kawasan pemuliharaan alam semula jadi yang diwartakan bagi tujuan pemeliharaan biodiversiti marin dan ekosistem perairan. Tindakan menceroboh dan menangkap ikan tanpa kebenaran jelas menunjukkan pengabaian terhadap undang-undang serta fungsi kawasan ini sebagai kawasan perlindungan.

โ€œPeralatan yang dibawa tertuduh termasuk bot, enjin, tangki minyak, pukat selam, tong ikan dan pancing jenis handline menunjukkan aktiviti itu dirancang lebih awal dan bukan dilakukan secara spontan.

โ€œPihak Taman-Taman Sabah menemui serta merampas lima utas pukat selam bersama hasil tangkapan ikan seberat lebih 28.2 kilogram. Ini membuktikan aktiviti menangkap ikan telah berlaku dan berpotensi merosakkan habitat marin yang sensitif.

โ€œKesan jangka panjang terhadap biodiversiti di kawasan itu serius dan memerlukan masa serta kos yang tinggi untuk dipulihkan,โ€ katanya.

Roslizan menegaskan, hukuman maksimum atau hampir maksimum wajar dikenakan terhadap tertuduh sebagai mesej jelas bahawa undang-undang perlu dihormati dan kawasan perlindungan seperti Taman Pulau Tiga tidak boleh dicerobohi sewenang-wenangnya.

Terdahulu, Mahkamah mendengar bahawa semasa kejadian, pasukan penguatkuasa yang diketuai Renjer Taman Eddy Robert bersama 12 anggota penguatkuasa Taman- Taman Sabah telah menjalankan rondaan di kawasan yang diwartakan di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Semasa pemeriksaan, pasukan berkenaan menemui dua bot dengan empat lelaki di atasnya. Salah sebuah bot berjaya melarikan diri, manakala sebuah lagi yang membawa dua lelaki, termasuk Jamri, berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut menemui beberapa peralatan menangkap ikan serta pelbagai jenis ikan seberat 28.2 kilogram yang disimpan dalam bekas. Semua barangan berkenaan telah dirampas.

Address

PKA Anglers HQ
Tuaran
89208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKA Anglers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share