01/06/2026
Dengan penuh hormat dan takzim, kami meraikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.
Semoga Seri Paduka Baginda sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kemakmuran serta kebijaksanaan yang berterusan dalam memayungi dan memimpin rakyat serta negara tercinta.
Kami mendoakan agar Seri Paduka Baginda terus dikurniakan kekuatan dan petunjuk dalam menyatukan rakyat serta memacu kemajuan negara.
Semoga Malaysia terus aman, maju dan sejahtera di bawah naungan Seri Paduka Baginda.
Daulat Tuanku!