Farmasi Metro Tumpat

Farmasi Metro Tumpat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Farmasi Metro Tumpat, Digital creator, PT 873, Jalan Taman Indah 1, Tumpat.

Adakah anda mengalami sakit kaki ketika berjalan/ berdiri? Atau telah mula sakit lutut, pinggul dan belakang. Sila perha...
19/05/2024

Adakah anda mengalami sakit kaki ketika berjalan/ berdiri? Atau telah mula sakit lutut, pinggul dan belakang.

Sila perhatikan keadaan tapak kaki anda. Tapak kaki yang normal mempunyai lengkungan di tengah tengah bagi membantu menampung berat badan secara seimbang.

Kaki rata (flat foot) tidak mempunyai atau hanya ada sedikit lengkungan. Anda boleh basahkan kaki dan pijak di atas simen untuk memerhatikan bentuk tapak kaki.

Sekiranya anda mempunyai tapak kaki rata dan mempunyai gejala kesakitan, boleh dapatkan pemeriksaan atau cuba menggunakan pelapik tapak kaki yang boleh membantu menyokong tapak kaki rata.



Adakah anda mengalami sakit kaki ketika berjalan/ berdiri? Atau telah mula sakit lutut, pinggul dan belakang.

Sila perhatikan keadaan tapak kaki anda. Tapak kaki yang normal mempunyai lengkungan di tengah tengah bagi membantu menampung berat badan secara seimbang.

Kaki rata (flat foot) tidak mempunyai atau hanya ada sedikit lengkungan. Anda boleh basahkan kaki dan pijak di atas simen untuk memerhatikan bentuk tapak kaki.

Sekiranya anda mempunyai tapak kaki rata dan mempunyai gejala kesakitan, boleh dapatkan pemeriksaan atau cuba menggunakan pelapik tapak kaki yang boleh membantu menyokong tapak kaki rata.

Selamat hari pekerja untuk semua. Semoga segala gerak kerja & daya usaha kita diberkati Allah sentiasa Farmasi Metro Tum...
01/05/2024

Selamat hari pekerja untuk semua. Semoga segala gerak kerja & daya usaha kita diberkati Allah sentiasa Farmasi Metro Tumpat

01/01/2024

Selamat Tahun Baru 2024
Semoga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita.
Salam 2024 dari Farmasi Metro Tumpat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023 - Mac 2024. ...
18/12/2023

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023 - Mac 2024.

Sehubungan itu, pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan/minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi menghindari Demam Denggi.

18/12/2023

πŸ•‹πŸ’Š Pengurusan Ubat-ubatan Jemaah Haji ketika menunaikan Fardhu Haji
Pengurusan ubat-ubatan dapat membantu jemaah haji mengawal penyakit kronik yang dihidapi. Pengurusan ubat-ubatan juga dapat mengelakkan simptom penyakit yang dihidapi daripada terus berlarutan dan kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat cara pengambilan ubat yang salah. Paling utama sekali, penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti memberi peluang jemaah menjalankan ibadah dengan baik.

Dengarkan kupasan lanjut dari Puan Siti Hawa binti Mohd Nor, Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kredit : Tabung Haji

07/12/2023

πŸ©ΊπŸ«€ Rawatan Penyakit Jantung
Serangan jantung boleh berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pembentukan plak kolesterol pada saluran darah. Apakah jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan dalam rawatan penyakit jantung, dan bagaimanakah cara pengambilan ubat yang betul?

Dengarkan kupasan lanjut dari Dr. Sakinah binti Sulong, Pakar Perubatan Keluarga dan Encik Mohd Dziehan bin Mustapa, Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kredit : IKIMfm

04/12/2023

πŸ’Š Secara amnya, pengambilan ubat yang berdaftar dengan KKM adalah selamat. Namun, sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Dalam situasi sebegini, pengguna ubat disaran untuk mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi. Laporkan kesan sampingan ubat yang dialami kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara secara dalam talian menggunakan borang ConSERF (Consumer Side Effect Repo rting Form).

🀱🏻 Meroyan Selepas Bersalin Boleh Dirawat?Meroyan merupakan suatu bentuk gangguan emosi dan mental yang berkemungkinan b...
30/11/2023

🀱🏻 Meroyan Selepas Bersalin Boleh Dirawat?
Meroyan merupakan suatu bentuk gangguan emosi dan mental yang berkemungkinan berlaku kerana wanita tersebut mengalami perubahan emosi, kegelisahan dan kepenatan yang keterlaluan.

Ubat-ubatan tertentu juga boleh diberikan untuk membantu mengurangkan tekanan dan kemurungan ini. Bagaimanakah ubat-ubat ini digunakan?

Dapatkan maklumat lanjut melalui pautan di bawah hasil penulisan Puan Nurul Nasrah binti Mohd Ariffin, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Meroyan boleh berlaku kepada sesetengah wanita selepas bersalin. Adalah penting untuk diketahui bahawa meroyan selepas bersalin boleh dirawat

Address

PT 873, Jalan Taman Indah 1
Tumpat
16200

Telephone

+6097253905

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Metro Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farmasi Metro Tumpat:

Share