Adib Mohamed Add Value To Others

  • Home
  • Adib Mohamed Add Value To Others

Adib Mohamed Add Value To Others Prudential Executive Wealth Planner EWP Shariah Registered Financial Planner SRFP

Hilang Akal / Tidak Waras / Gila Ini hanyalah pemerhatian saya sahaja jika ada mungkin sama atau tidak dengan situasi ka...
05/11/2025

Hilang Akal / Tidak Waras / Gila

Ini hanyalah pemerhatian saya sahaja jika ada mungkin sama atau tidak dengan situasi kalian

Saya lihat dalam setiap Kampung, Mukim atau daerah akan wujud sekurang kurangnya ade laa satu, LELAKI yang kurang kewarasan

Di mana mana saya datang akan bertemu dengan orang sebegini dan saya akan tanya orang kampung siapa dia ni dulu

walau tak semua kampung saa pernah datang, tapi majoriti tempat saya singgah akan terlihat sosok tubuh LELAKI tidak berbaju, tidak berselipar, dan happy go lucky serta bercakap sorang sorang dan kadang kadang tidak berpakaian juga

dan kesemuanyaLELAKI

bila kita tanya orang orang lama disana mereka akan cakap dulu mamat ni segak, pandai, kacak, terpelajar dan ada juga yang nakal

dan semuanya LELAKI

Dalam cerita ROCK arahan arwah Mamat Khalid juga LELAKI iaitu Amy Mat Piah

Bila kita tanya pakar , mereka ade pandangan mengatakan kenapa lelaki adalah kerana kebanyakan jarang meluahkan, lelaki ni pendam sorang sorang

itu je lah coretan petang petang ni yer, teringat kata kata mendiang Dato Sammy Vellu

Walllahualam

Adib Mohamed

02/11/2025

❤️ Kalau anda pun anak peniaga kecil, anda akan faham kenapa cerita ni menyentuh hati.

🎬 IDLI KADAI – Kisah Sebenar yang Dekat di Hati
Saya dari kecil memang ramai kawan berbangsa India — ada India Muslim, Hindu, dan Kristian.

Mungkin sebab tu bila tengok cerita Idli Kadai, terus rasa dekat di hati…

Sebab kisahnya bukan sekadar tentang mereka, tapi macam kisah hidup kita juga.

🍃 Cerita ni simple, tak ada babak mengarut.
Tapi penuh makna — tentang keluarga, rezeki, dan semangat berniaga kecil-kecilan yang jujur dan gigih.
Kalau siapa yang ibu ayahnya dulu berniaga, mesti rasa sebak bila tengok.

Saya paling s**a bila ada bab makan Idli campur Sambar, ada Dhal, Kari dan Chutney —
terus teringat suasana kedai kecil zaman dulu.
Cerita Tamil macam ni memang saya minat, lagi-lagi bila berdasarkan kisah sebenar.
Sebagai anak kedai kuih, saya faham perjuangan tu.
Cerita ni buat saya ingat balik erti kerja keras, kasih keluarga dan rezeki yang berkat.

🤍 Al-Fatihah buat semua peniaga kecil yang telah pergi.

Moga legasi dan semangat mereka terus hidup dalam diri kita semua.

✨ Kadang-kadang kisah yang paling sederhana,
itulah yang paling besar maknanya.

PERANG SAUDARA BERMULAMelihat krisis Di Sudan ini kita dapat melihat sesuatu jika tidak dibendung dari awal🤲🏻 “Apabila p...
30/10/2025

PERANG SAUDARA BERMULA

Melihat krisis Di Sudan ini kita dapat melihat sesuatu jika tidak dibendung dari awal

🤲🏻 “Apabila pendidikan generasi muda hilang, maka benih perang saudara mula tumbuh.”

🤲🏻 1. Hilangnya pendidikan = hilangnya kesedaran & hala tuju
Apabila sekolah musnah, guru lari, dan anak-anak membesar tanpa ilmu, generasi muda mula kehilangan arah.
Tanpa pendidikan, mereka mudah dipengaruhi oleh kebencian, ideologi ekstrem, dan politik dendam.
Inilah titik awal perpecahan masyarakat — apabila ilmu diganti dengan emosi.

🤲🏻 2. Dari kejahilan lahirnya perpecahan dan konflik dalaman
Bila generasi muda tidak faham erti keadilan, sejarah, dan nilai kemanusiaan, mereka akan mudah diperalatkan oleh pihak berkepentingan.
Mereka bukan lagi “pelapis negara”, tetapi menjadi “senjata manusia” dalam kancah perebutan kuasa.

🤲🏻 3. Pendidikan yang runtuh membuka pintu kepada perang saudara
Tanpa pendidikan:
Tiada pemimpin berilmu untuk berdamai
Tiada ekonomi untuk membina semula
Tiada nilai moral untuk menahan kebencian
Maka, perang saudara bukan lagi ancaman — tetapi realiti.

🤲🏻 Contoh Konflik yang pernah berlaku

Afghanistan

Peperangan berpanjangan & larangan pendidikan wanita Generasi muda kehilangan akses ilmu; Taliban mudah sebarkan ideologi.

Nigeria (Boko Haram) Ekstremisme agama & kemiskinan
Boko Haram sasarkan sekolah; “Boko Haram” bermaksud “pendidikan Barat haram”.

Somalia
Tiada kerajaan stabil sejak 1991 Hilang sistem pendidikan rasmi → muncul kumpulan militan & lanun.

Sudan Selatan
Perpecahan etnik & perebutan kuasa Sekolah ditutup bertahun-tahun; kanak-kanak direkrut sebagai askar.

Syria
Perang saudara sejak 2011 Separuh generasi kanak-kanak hilang akses sekolah → trauma & kehilangan masa depan.

Yemen
Krisis kemanusiaan & campur tangan luar Ribuan sekolah hancur; pendidikan lumpuh

KESIMPULAN

“Perang saudara tidak bermula dengan senjata,
tetapi dengan satu generasi yang tidak lagi tahu membaca, berfikir, dan mencintai ilmu.”

“Memusnahkan sesebuah negara ini bermula dari melalaikan anak muda mereka dengan hiburan dunia dan menghilangkan nikmat ilmu pada mereka, kelak jika tiada ilmu, maka mudahlah mereka ini diperbodohkan oleh mereka yang bijak mengambil kesempatan”

- Kebodohan pemimpin yang bercakar cakaran dapat dillihat dari cara cara mereka bergaduh di parlimen, buat press statement yang banyak menunjukkan kurang bijaknya ahli politik tersebut

Jika dilihat banyak lagi isu tercicirnya anak anak muda dari pendidikan di setiap kawasan wakil rakyat ini. Semua kawasan ada golongan keciciran.

Rakyat yang ber IQ rendah ni sangat disayangi WAKIL RAKYAT

Politik itu adalah seni untuk penuhi nafsu sendiri, tetapi dia buat macam kepentingan awam

jadi fokus laa pada kerja kalian, depa baru masuk satu penggal sudah jadi jutawan

ingat RAKYAT ber IQ rendah ni feberet POLITIKUS

Wallaualammm

Assalamualaikum & Good Morning
18/10/2025

Assalamualaikum & Good Morning

18/10/2025

Jiran dari Neraka memamg adooo

ALLAH BAYAR SECARA TUNAI...Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..Satu hari saya pergi ke sebuah Rum...
21/07/2025

ALLAH BAYAR SECARA TUNAI...

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..

Satu hari saya pergi ke sebuah Rumah Orang Tua-Tua. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.

Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.

Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.

"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."

Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.

Orang tua tu kata..

"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."

Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..

"Makcik..'

Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..

"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak ye.."

Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.

Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?

Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, _Subhana Allah_.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.

Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..

"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia ada anak 5 orang. Anak dia yang sulung bergelar Tan Sri, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.

Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.

Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi Imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."

Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.

Duduk hari ketiga di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.

Saya kata..

"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"

Dia kata..

"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.."_

SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya "Ustaz". Saya kata..

"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."

Dia kata..

"Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan.."

Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..

"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".

Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rindu sangat dekat anak dia, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..

"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini..".

Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya..

"Kenapa mak?"

Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.

Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..

"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan..".

Saya pegang dia saya kata..

"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak..".

Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..

"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."

Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.

Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan Makcik Hajjah khalijah ini rohnya mudah-mudahan bersama _Salafusoleh_.

Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita..

Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..

_"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?"_.

Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat suapkanlah makanan pada mak kita..

Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..

Apa anaknya kata pada saya..

"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua"..

3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya..

Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di Masjid di Gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.

Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..

"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?"

Dia berkata dalam keadaan menangis..

"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"..

Saya kata..

"Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"

Dia kata..

"Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar Tan Sri yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni papa kedana ustaz, isteri saya mati kemalangan, rumah banglo saya bank dah tarik, kereta mewah saya semua bank dah tarik, tinggal satu ja, kereta kancil.."_.

Saya berkata..

"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan pegang batu nisan mak kamu..".

Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..

"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu..".

Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya..

Allahuakbarrrrrrrrrrrrr...

Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas.

"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu doa seorang ibu"

gambar hiasan

Klau btol sygkn mak korang. Tolong share kisah ini .

PREFERRED!!!!!!!!Ini adalah anak anak tiram yang diternak dari benih sampai laa besar boleh dimakan dengan enaknak terna...
01/07/2025

PREFERRED!!!!!!!!

Ini adalah anak anak tiram yang diternak dari benih sampai laa besar boleh dimakan dengan enak

nak ternak dia kene ade macam macam pantang, kualiti air kene jaga, kebersihan sangkar, ancaman predator dan kecurian

samalah dalam bidang takaful

nak join bidang ni mesti kami pilih benih yang baik, dilatih dengan cara yang betul dan di pijak halqum agar terus kuat merentasi cabaran hari muka

kalau nak cepat kaya dapat duit cepat jangan datang sini, tapi kalau nak duit besar Insyaaallah kami guide

Jika anda sebagai klien pun mesti nak ejen yang bermutu tinggi untuk jaga anda

tapi semua tu tidak percuma, ia datang dengan dugaan sekeliling yang membentuk untuk jadi yang berkualiti

Jika kurang berkualiti pun takpe masih boleh digilap, yang penting kekal releven untuk memberi terbaik pada klien

Cantik dan Kacak boleh dibuat semudah filter
Nak compare qouatation lani tak payah bayar boleh guna robot dah

Yang s**ar nak buat adalah service client hingga hujung nyawa dan pada waris waris mereka

dan ejen macam itu bukannya siap dalam semalam

ambil masa dan perlu ditempa, di ketuk, di gilap dan melalui proses yang panjang dan berkualiti

Jika anda nak jadi orang yang dapat memberi khidmat terbaik pada klien sila la datang sini untuk kami ajarkan

We are not number one,
But we Preferred
We are Preferred

Kami mencari yang betul betul nak ubah hidup menjadi yang lebih baik untuk diri keluarga dan orang sekeliling.

jom join kami kalau rasa boleh serve people

https://www.wasap.my/60126273824/PreferredAgentNeeded

Adib Mohamed
Add Value To Others
See People
Love People
Help People





“Beli pampers kat siapa dik? “Seorang budak datang farmasi, berpeluh peluh saya tengok dia, basah baju, beli pampers dew...
29/05/2025

“Beli pampers kat siapa dik? “

Seorang budak datang farmasi, berpeluh peluh saya tengok dia, basah baju, beli pampers dewasa satu pack. Saya kenal budak ni. Selalu datang beli pampers dewasa.

“Saya beli dekat mak. Mak kena strok”.-jawabnya.

Saya tanya dia awat berpeluh-peluh.

“Saya lari mai sini kak. Rumah saya di Taman SA. Basikal saya rosak. Pampers mak dah habis. Saya lari takut nanti ribut pulak mai”.

Saya buat buat busy key in sambil bertanya mana ayahnya.

“Ayah kat KL . Jaga atok, atok kena leukaemia”

Saya tanya dia habis siapa jaga dia? Siapa masak? Makan macam mana?

“Saya dan kakak beli makanan hari2. Kakak pun masih sekolah lagi…Kami jaga diri sendiri ja”

Katanya sambil menghulur sehelai wang kertas note RM20.
😢🥺🥺😢🥺🥺

Inilah kehidupan…Kadang kala kita rasa kita susah, ramai lagi yang benar benar susah.

Kadang- kadang kita rasa kita sudah berjaya, ada masa kita pandang rendah dekat orang yang belum berjaya, jangan lupa, kita berjaya bukan sahaja sebab kita rajin dan sebagainya, tapi sebab Tuhan yang bagi peluang kat kita. Orang lain tak semestinya berpeluang seperti mana Tuhan buka peluang untuk kita.

Hidup jangan selalu memandang ke atas. Lihatlah juga di bawah, dari mana kamu datang pada asalnya.
………

“ Tak apalah dik. Ambil balik RM20 ni bagi balik kat mak. Harini pampers free, jangan beli chocolate atau benda merapu. Bagi balik kat mak ok. Kirim salam kat mak”

Kredit: FB Hafizah Wanasan

05/11/2024

Insiden Baling Jubah dan Berak di Masjid Putrajaya itu tanda tanda bila Agama tidak ada, semua agama ada ajar adab 😡😡😡😡😡

04/11/2024

Lagi kisah adik beradik kongsi bayar med card ibu dan ayah , Yang gaji besar sikit bayarkan lebih Alhamdulillah

02/11/2024

Pesanan Warden pada ibu bapa asrama

Assalamualiakum
Ibu bapa yg dihormati sekelian..

Esok anak anak asrama akan kembali ke asrama..
💐Oleh itu mohon parents pastikan
1.Akur dgn waktu balik sebelum jam 6ptg
2.Pastikan rambut sudah dipotong pendek dan kemas serta tidak berfesyen
3.💐Bekalkan anak nak dgn duit secukupnya/tidak berlebihan utk elakkan kecurian/hilang
4.💐Pesan juga anak anak supaya sentiasa menjaga duit/harta masing2 dgn baik

💐Pihak asrama akan juga akan menasihati anak anak asrama perkara yg sama..

InsyaAllah jumpa esok

Dulu dulu camna laa depa pesan kat mak pak kita kan

🤣🤣🤣🤣🤣

02/11/2024

Kali ni Pakcik dan makcik buatkan takaful untuk anak sedara dan bayarkan, Alhamdulillah, semoga rezeki buat pasangan pakcik dan makcik ni ameen

Address


Telephone

+60126273824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Adib Mohamed Add Value To Others posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Adib Mohamed Add Value To Others:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share