
07/02/2022
CARA DPT DISKAUN 80% UTK CUKAI JALAN (ROADTAX) KERETA LAMA
Perghhhh!!! Rupa2nya kita boleh dapat diskaun 80% utk cukai jalan kereta lama kita! Kalau Kereta 3,000cc, biasa bayar roktek RM2,100 setahun sekarang cuma bayar RM400 aje setahun. Banyak tu jimat duit! Apa syarat2nya & mcamana caranya?
SYARAT:
1. Umur kereta dah cukup 25 tahun dari tarikh dibuat.
2. Keadaan kereta mestilah Original. Paling penting steering & rims perlulah yg asal. Kalau enjin dah tukar, tetapi enjin yg sama & dah di endorse, boleh.
3. Warganegara Malaysia & kereta atas nama sendiri.
4. Ada 2 kereta lain atas nama sendiri (tak kisah apa jenama, model, condition, baru atau lama, dll)
5. Motokar tersebut mestilah didalam keadaan “roadworthy” dan semua sistem yang terdapat padanya berfungsi dengan baik. Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek, sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselamatan sahaja.
CARA MOHON:
1. Bawa Kereta ke ke mana2 Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Negeri berhampiran atau Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.
2. Bawa dokumen yang perlu iaitu:
a) Borang Permohonan (boleh dapat di laman web JPJ atau di kaunter pemeriksaan)
b) Geran kereta klasik & 2 kereta lain atas nama kita.
c) Salinan IC.
d) Gambar-gambar kereta (sudut hadapan, belakang, sisi, bahagian
dalaman kenderaan steering/ dashboard).
3. Pegawai JPJ bertugas akan memeriksa kereta tuan2.
Jika LULUS, sijil pengesahan klasik 80% akan di keluarkan dan valid/ laku selama 5 tahun.
4. Ucapkan Syukur Alhamdulillah kerana dah dapat diskaun 80%. Sekarang terbuktilah kereta tuan2 memang Pehhhhhhh!!!! 🤣
(Jika tuan2 tak berkelapangan & nak suruh runner buatkan permohonan klasik, boleh hubungi runner kepercayaan saya iaitu Amri Shan (www.wasap.my/60136622255/klasik80%)
Utk menyokong usaha memartabatkan kereta klasik, tuan2 boleh menunjukkan sokongan dgn order baju Klasik Mercedes Malaysia di sini ya: https://shopee.com.my/product/105869006/11477856696?smtt=0.150415931-1643814448.9