Ahmad

Ahmad TSP Community Committee Members

BIASISWA LEPASAN SPM 2025 Tahniah kepada semua adik-adik yang baru tamat SPM 2025!Pesanan penting:Sentiasa ambil maklum ...
31/03/2026

BIASISWA LEPASAN SPM 2025

Tahniah kepada semua adik-adik yang baru tamat SPM 2025!

Pesanan penting:
Sentiasa ambil maklum syarat kelayakan dan TARIKH TUTUP PERMOHONAN setiap program. Jangan terlepas peluang!



SENARAI BIASISWA & TAJAAN

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam
https://penajaan.jpa.gov.my/

Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Persiapan)
https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/pembiayaan-pelajaran/peringkat-persiapan/

Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Diploma/Ijazah)
https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/pembiayaan-pelajaran/peringkat-diploma-ijazah/

Biasiswa Bank Negara Malaysia
https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships

Biasiswa PETRONAS
https://educationsponsorship.petronas.com.my/

Biasiswa Yayasan Khazanah
https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-global-scholarship/

Biasiswa Yayasan Sime Darby
https://yayasansimedarby.com/scholarship-information/

Biasiswa Shell Malaysia
https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html

Biasiswa ASEAN (Singapore MOE)
https://www.moe.gov.sg/financial-matters/awards-scholarships/asean-scholarship/malaysia

Biasiswa Albukhary Foundation
https://albukharyfoundation.my/creating-opportunity/scholarship-programme/

Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia
https://www.moe.gov.my/program-tajaan-biasiswa-di-bawah-kpm

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
https://www.tnb.com.my/about-tnb/scholarships

Biasiswa Yayasan UEM
https://www.uem.com.my/yayasan-scholarship

Biasiswa Top Glove
https://www.topglove.com/social-top-glove-foundation-education

Biasiswa CIMB
https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/students/cimb-asean-scholarship.html

Biasiswa Maybank
https://maybankfoundation.com/index.php/education/maybank-group-scholarship-programme/

Biasiswa RHB
https://rhbfoundation.rhbgroup.com/home/rhbxcel/index.html

Biasiswa Hong Leong
https://www.hongleongfoundation.com/

Biasiswa OCBC
https://www.ocbc.com.my/group/careers/students/public-scholarship

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat
https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/



DANA & BANTUAN NEGERI / ZAKAT

Perlis
https://www.perlis.gov.my/index.php/component/sppagebuilder/page/976

Perak
https://yayasanperak.gov.my/

Selangor
https://danapendidikan.selangor.gov.my/tpasbb

Wilayah Persekutuan
https://www.yayasanwp.org/skim-bantuan-awal

Negeri Sembilan
https://www.ns.gov.my/rakyat/pendidikan

Johor (YCORP)
https://www.yayasanjcorp.com.my/education.php

Pahang
https://www.yp.org.my/maklumat-biasiswa/

Terengganu
https://yt.gov.my/penajaan/

Sarawak
https://yayasansarawak.org.my/my/biasiswa/

Sabah
https://www.yayasansabahgroup.org.my/bm/

MAIPk
https://bestari.maipk.gov.my/

Zakat Selangor
https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/

Tabung Baitulmal Sarawak
https://www.tbs.org.my/

YDSM
http://www.ydsm.com.my



PINJAMAN & PEMBIAYAAN

PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/pinjaman-pendidikan/

MARA (TESP)
https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/pembiayaan-pelajaran/peringkat-diploma-ijazah/

Kedah
https://sppnk.kedah.gov.my/

Yayasan ANGKASA
https://www.yayasanangkasa.coop/

Pulau Pinang
https://eppn.penang.gov.my/info-pinjaman

Negeri Sembilan
https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pinjaman

Selangor
https://yayasanselangor.org.my/maklumat-tawaran-pinjaman/

Johor
https://portal.ypj.gov.my/bantuan-pendidikan/institusi-pengajian-tinggi/

Kelantan (YAKIN)
https://espmb.com/yakin/

Melaka
https://tapem.melaka.gov.my/pinjaman-wang-pengajian-tinggi

Bank Rakyat
https://www.bankrakyat.com.my/portal-main/article/education-financing-i



Jangan tunggu “perfect” baru nak mohon. Apply je dulu sebanyak mungkin peluang yang ada. Rezeki tak pernah salah alamat.

Mohon share supaya lebih ramai adik-adik kita dapat manfaat!



Semalam drive dari Temerloh ke Kelantan.Biasalah bila travel ramai-ramai ni, mesti ada sikit sampah dalam kereta. Tapi s...
31/03/2026

Semalam drive dari Temerloh ke Kelantan.

Biasalah bila travel ramai-ramai ni, mesti ada sikit sampah dalam kereta. Tapi sepanjang perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lipis melalui Jerantut, saya perasan satu benda…

Dah tak nampak tong sampah besar tepi jalan.

Memang pada awalnya agak susah juga nak buang sampah. Kena simpan dulu dalam kereta.

Tapi bila fikir balik, sebenarnya ada banyak sudut positif:

1) Pengurusan sampah nampak lebih teratur
2) Tong sampah kecil disediakan di hadapan setiap premis
3) Tiada lagi isu sampah bertimbun terutama musim perayaan bila lori tak sempat kutip

Kelantan pun boleh pertimbangkan untuk implement benda macam ni.
Sepanjang perjalanan memang nampak lebih bersih dan terjaga.

Kadang-kadang perubahan kecil macam ni sebenarnya beri impak besar pada kebersihan dan imej sesuatu tempat.



Hak-Hak Seorang Muslim Terhadap Muslim Yang Lain1. Mengucapkan salam ketika bertemu.2. Menziarahi mereka ketika sakit/ k...
20/03/2026

Hak-Hak Seorang Muslim Terhadap Muslim Yang Lain

1. Mengucapkan salam ketika bertemu.
2. Menziarahi mereka ketika sakit/ kematian.
3. Mendoakan ketika bersin.
4. Menolong ketika kesempitan.
5. Memenuhi undangan apabila dijemput. (selagi tidak terdapat acara maksiat.)
6. Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan.

Salam 30Ramadhan

Update Isu Longkang TamanAlhamdulillah, satu perkembangan penting untuk isu longkang taman kita.Pagi ini komuniti telah ...
12/03/2026

Update Isu Longkang Taman

Alhamdulillah, satu perkembangan penting untuk isu longkang taman kita.

Pagi ini komuniti telah menerima maklum balas rasmi daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berhubung permohonan penggunaan saliran (DK) bagi tujuan mengalirkan air hujan dan limpahan banjir dari kawasan taman.

Melalui surat tersebut, pihak KADA memaklumkan bahawa tiada halangan untuk penggunaan saliran tersebut, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Ini merupakan satu perkembangan yang sangat penting kerana sebelum ini isu longkang ini melibatkan beberapa jabatan dan memerlukan persetujuan pihak KADA terlebih dahulu sebelum apa-apa pembinaan boleh dilakukan.

Posting lepas
https://www.facebook.com/share/p/14d6V2id9p7/?mibextid=wwXIfr

Sepanjang tempoh ini juga telah diadakan beberapa lawatan tapak bersama agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk masalah limpahan air di kawasan taman.

Alhamdulillah, bahagian yang paling sukar dalam proses ini kita telah lepasi.

Langkah seterusnya ialah membawa perkara ini kepada pihak JKR dan Majlis Daerah Tumpat bagi tindakan seterusnya berkaitan cadangan pembinaan longkang yang akan disambungkan ke saliran tersebut.

InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan sehingga penyelesaian sebenar dapat dilaksanakan demi keselamatan dan keselesaan penduduk taman.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu mempermudahkan urusan ini



Walaupun projek naik taraf longkang belum dilaksanakan, kami telah memohon kerja penyelenggaraan setiap 3 bulan. Posting...
27/02/2026

Walaupun projek naik taraf longkang belum dilaksanakan, kami telah memohon kerja penyelenggaraan setiap 3 bulan.

Posting lepas
https://www.facebook.com/share/p/1FfrhV1B2N/?mibextid=wwXIfr

Kita tidak boleh sekadar menunggu, sebaliknya perlu bertindak bagi mengurangkan risiko banjir sementara menunggu penyelesaian menyeluruh.



Semalam telah diadakan lawatan tapak (site visit) oleh pihak KADA HQ, diiringi pegawai KADA Tumpat. Membincangkan isu ut...
27/02/2026

Semalam telah diadakan lawatan tapak (site visit) oleh pihak KADA HQ, diiringi pegawai KADA Tumpat. Membincangkan isu utama iaitu masalah discharge air longkang dan banjir kilat dalam kawasan perumahan.

Untuk makluman semua, ini merupakan site visit kali ke-4 berkaitan isu longkang yang telah lama diusahakan oleh pihak komuniti bersama agensi terlibat.

Posting lepas
https://www.facebook.com/share/p/1AmWwexycr/?mibextid=wwXIfr

Alhamdulillah, dalam lawatan kali ini satu persetujuan telah dicapai di mana pihak KADA membenarkan longkang baharu yang bakal dibina nanti untuk disambungkan ke saliran “Discharge Kelaboran” (DK).

Ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan kerana sebelum ini isu ini melibatkan banyak jabatan dan masih belum mendapat kata putus. Dengan persetujuan ini, proses seterusnya bersama JKR dan Majlis Daerah akan dipercepatkan.

Terima kasih kepada semua penduduk atas sokongan dan kesabaran. Semoga usaha ini memberi manfaat besar dalam mengurangkan risiko banjir disini



Alhamdulillah, kerja penutupan lubang AKSB telah siap dilaksanakan dengan kemas.Saya panjangkan isu ini kerana lokasi te...
27/02/2026

Alhamdulillah, kerja penutupan lubang AKSB telah siap dilaksanakan dengan kemas.

Saya panjangkan isu ini kerana lokasi tersebut gelap dan berisiko tinggi kepada keselamatan orang awam, khususnya kanak-kanak serta pengguna jalan raya pada waktu malam.

Posting lepas
https://www.facebook.com/share/p/17gMPpou89/?mibextid=wwXIfr

Terima kasih kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dapat mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan awam.



Alhamdulillah, pemasangan lampu solar di Taman Sri Periok telah siap sepenuhnya.Merujuk kepada posting sebelum ini, http...
27/02/2026

Alhamdulillah, pemasangan lampu solar di Taman Sri Periok telah siap sepenuhnya.

Merujuk kepada posting sebelum ini,

https://www.facebook.com/share/p/1Kj27NKK1n/?mibextid=wwXIfr

lampu-lampu solar ini kini telah dipasang dan berfungsi dengan baik.

Yang paling penting, pencahayaan kini telah menerangi dua laluan utama masuk ke taman yang sebelum ini gelap dan sering menjadi lokasi kemalangan serta berisiko kepada keselamatan penduduk.

Terima kasih kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah Tumpat serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Semoga kemudahan ini memberi manfaat jangka panjang kepada keselamatan dan kesejahteraan komuniti kita.



Alhamdulillah, kerja penanaman tiang lampu solar telah mula dilaksanakan.Merujuk posting bertarikh 14 Julai 2025https://...
12/02/2026

Alhamdulillah, kerja penanaman tiang lampu solar telah mula dilaksanakan.
Merujuk posting bertarikh 14 Julai 2025

https://www.facebook.com/share/p/1FCjXNBzYr/?mibextid=wwXIfr

komuniti memohon 4 unit dan hasil sokongan KPKT & Majlis Daerah Tumpat, sebanyak 7 unit lampu solar telah diluluskan.

Terima kasih kepada semua pihak terlibat. Semoga memberi manfaat kepada keselamatan penduduk Taman.


Penutup hilang & bahaya buat pengguna jalan.
12/02/2026

Penutup hilang & bahaya buat pengguna jalan.


04/01/2026

Menegakkan hukum(kau) tidak seharusnya mengorbankan kedaulatan dan keselamatan sebuah negara. Prinsip antarabangsa wajar dihormati.

itu bukan keadilan — itu kuasa

Address

Kg Kok Seraya

16210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share