Sir MHK Gaming

  • Home
  • Sir MHK Gaming

Sir MHK Gaming streamer parttime,caster and coach to tres overdose

29/09/2025

Recap MPL MY week 3 akan keluar esok geng, hari ni tak sempat sebab baru nak tengok game semalam. Banyak benda nak cakap tapi kita just ambil isi penting laa ye..

23/09/2025

Tiga Sejarah 'kambek' Paling Lejen Dalam Dunia e-Sports Moden

Dalam sejarah e-sukan moden, ada tiga kisah kebangkitan dari bawah yang menjadi contoh cemerlang, Team Spirit yang bangkit di TI10, Cloud9 memecahkan sumpahan Major, Faker kembali ke takhta, dan yang terkini Selangor Red Giants membuat ramai rakyat Malaysia tersenyum di MSC 2024.

The International 10 (2021) memaparkan kebangkitan yang sukar dipercayai. Dari permulaan penuh dengan kekalahan, Team Spirit berjaya mencapai grand final dan mengalahkan PSG.LGD 3-2. Hadiah juara ialah US $18.2083 juta, salah satu hadiah terbesar dalam sejarah esport. Semangat, penggunaan draft yang tepat (termasuk draft Collapse dengan hero Magnus) dan keupayaan mengawal momentum membuatkan mereka legenda.

Lee “Faker” Sang-hyeok, lagenda League of Legends, mengambil cuti seketika pada musim Summer 2023 kerana kecederaan lengan/ tangan, T1 digantikan sementara oleh pemain akademi. Walaupun begitu, dia kembali dan memimpin pasukannya ke Worlds 2023. Di Gocheok Sky Dome, Korea, T1 menundukkan Weibo Gaming 3-0 dan Faker meraih gelaran Worlds ke-4, menjadi pemain tertua setakat itu yang menang Worlds. Pada tahun berikutnya, 2024, dia menambah satu lagi trofi Worlds, menjadikan jumlahnya lima.

Selangor Red Giants dari Malaysia melakukan sesuatu yang belum pernah berlaku sebelumnya. Mereka menjuarai MSC 2024 MLBB dalam siri Grand Final dengan skor 4-3 menentang Falcons AP Bren. Hadiah juara adalah US $1 juta, dan “Sekysss” dari Terengganu dinobatkan Finals MVP. Ini menjadi gelaran antarabangsa MLBB besar pertama yang dibawa pulang oleh Malaysia.

Tiga kisah ini (Team Spirit, Faker/T1, SRG) memperlihatkan satu perkara: saingan esukan bukan hanya tentang siapa yang terkial di awal, tetapi siapa yang mampu bangkit, pulihkan momentum, dan layak melakarkan sejarah. Dalam setiap jejak mereka ada pengorbanan, kecederaan, tekanan, namun di penghujungnya, kejayaan bukanlah untuk yang terbesar, tetapi menjadi yang paling gigih.

23/09/2025

MPL MY SEASON 16 RECAP WEEK 2

Assalamualaikum dan selamat pagi, pada hari Selasa yang mulia ini. Saya sebagai insan yang kecil dan bukan siapa-siapa dalam dunia Esport sekadar ingin memberi pandangan dan beberapa perkara yang menarik berlaku di MPL MY pada minggu kedua. Kita tidak akan kupas apa yang berlaku didalam setiap perlawanan kerana kita boleh mendengar perkara tersebut di podcast todak langar ataupun kohai nexus yang baru dikeluarkan semalam. Saya akan cuba kupas perkara yang menarik berlaku tiap minggu dan kita akan fokus di arena MPL MY terlebih dahulu. Bismillah..

1. KEMUNCULAN ANGELA MID SELEPAS DIBUFF
Selepas kemaskini patch note MLBB yang terbaru, 4 pasukan telah memilih untuk membawa Angela mid. Hero ini telah dipilih 5 perlawanan secara total dan hanya peroleh satu kemenangan selepas 5 kemunculan di dalam minggu yang ke-2. Untitle Esport telah mencuba sebanyak dua kali untuk membawa Angela mid tetapi tidak berjaya untuk peroleh sebarang kemenangan. Walaupun hampir peroleh kemenangan ketika bertemu dengan Todak dengan penggunaan Angela. Untitle Esport seolah menemu kebuntuan untuk menamatkan perlawan tersebut.
Angela menjadi pilihan selepas patch note terbaru kerana ulti yang telah dikurangkan tempoh cooldown reduction daripada 70 saat kepada 20 saat (tidak termasuk efek daripada emblem atau item yang dibeli).

Walaupun cooldown reduction telah dikurangkan, tetapi base shield yang diberi oleh Ultimae Angela juga dikurangkan daripda 800-1300 (+250% jumlah magic power) kepada 600-1000 (+150% jumlah magic power). Pengurangan base shield ini memberi impak yang besar juga kepada penggunaan Angela tersebut kerana shield yang diberi akan memberi kesan kepada hero yang dimasuk tubuh badannya untuk perang yang berpanjangan.
Perbandingan statistik Angela di 3 negara yang berbeza
MPL MY : 5 Kemunculan ( 1 menang 4 tewas)
MPL ID : 9 Kemunculan ( 4 menang 5 tewas)
MPL PH : 2 Kemunculan ( 0 menang 2 tewas)
Sebanyak 16 kemunculan Angela di 3 negara terkuat MLBB. Hanya 5 kemenangan sahaj yang berjaya dicapai. Adakah buff yang diterima ini cukup untuk digunakan dalam pro scene ataupun ia sekadar cukup untuk dibawa ke dalam rank sahaja?

2. BANE DEBUT OLEH INNOCENT

Juara 3 kali berturut-turut dan juara bertahan MPL MY SRG.OG sekali lagi membawa draft yang unik pada minggu kedua. Innocent goldlaner SRG.OG kali ini membawa hero yang juga telah dibuff pada patch note kali ini iaitu Bane si lanun sotong. Bane telah dibuff pada skil kedua dan ultimate.

Penggunaan Bane oleh Innocnt sangat efektif sehingga Harith yang digunakan oleh Loleaz goldlaner pasukan Todak tidak mampu berbuat apa-apa pada perlawanan yang pertama. Loleaz terpaksa bermain secara pasif dan tidak mampu untuk peroleh power spike dengan awal kerana Bane yang digunakan oleh Innocent menyukarkannya untuk farm dalam fasa laning

Innocent menjadi MVP pada game yang pertama dengan KDA 1/1/8 dan sekali lagi beliau menunjukkan prestasi cemerlang pada perlawanan yang kedua sehingga mendapatkan triple kill pada perlawanan tersebut beserta KDA 6/1/8.

3. KEMUNCULAN 4 MAP TERBARU MLBB DAN SISTEM GOLD/EXP BAGI PENGGUNA ROAMER

Selain daripada kemunculan Angela midlane dan Bane goldlane, MLBB telah memperkenalkan 4 map yang terbaru dimana map itu akan dipilih secara rawak mengikut perlawan. Pasukan yang bermain perlu membuat draft yang efektif ataupun sesuai dengan map yang telah dipilih oleh sistem.

4 jenis peta terbaru yang diperkenalkan Adalah
- BROKEN WALLS ( 8 KALI )
- DANGEROUS GRASS ( 3 KALI )
- FLYING CLOUD (3 KALI )
- EXPANDING RIVER ( 5 KALI )
*STATISTIK INI HANYA DIAMBIL DARIPADA MPL MY SAHAYA

Tidak lupa juga dengan sistem perolehan gold dan exp bagi pengguna roamer. Kemaskini kali ini boleh dikatakan lebih mesra kepada pengguna hero roamer kerana tugas roamer lebih dihargai. Roamer yang rajin membuka map ataupun lebih dikenali sebagai vision akan diberi 20 gold dan 40 exp.

Perubahan ini membuatkan roamer boleh mencapai level 2 dengan lebih awal tanpa membersihkan minion atau membantu dari sudut war. Dengan perubahan ini, hero roamer yang mempunya damage yang kuat pada awal game, rotasi yang laju, dan escape skill mechanism akan dipilih terlebih dahulu oleh mana-mana pasukan.

Penggunaan Chip dan Kalea kelihatan lebih efektif kerana kedua hero ini mempunyai 3 kriteria lengkap. Chip yang telah hilang pada patch note lalu muncul kembali di pick/ban list.

Pengguaan hero unik di roamer pada minggu ini juga kita perlu diambil kira yang dimana pasukan Vamos membawa Fanny roam dan Untitle Esport pula dengan penggunaan helcurt di bahagian roam.

Di atas kertas, ia seolah mustahil kerana hero ini adalah lebih kepada hero assassin. Namun begitu selepas kemaskini patch note terbaru, kita akan melihat lebih banyak hero assassin yang akan digunakan sebagai roamer. Adakah minggu depan kita akan lihat lebih banyak hero unik yang bakal digunakan dibahagian roam.

Kesimpulannya, pasukan di MPL MY masih mencuba beberapa perkara dalam kemaskini ataupun update yang terbaru.Perubahan hero dari segi meta mungkin menyukarkan beberapa pasukan untuk beradaptasi dengan patch note kali ini. Harap pada minggu ketiga kita akan lihat lebih banyak dan hero unik serta perlawanan yang sengit oleh kesemua 8 pasukan.

Address


Telephone

+60139117054

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sir MHK Gaming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sir MHK Gaming:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share