Neorri Media

Neorri Media Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Neorri Media, Kota Kinabalu.

Penulis Lirik Endiam Sengkaban, juara Anugerah Lagu SABAHVfm musim pertama 2023 & Anugerah Juara Lagu Etnik Sabah 2023 (kategori Bajau) & finalis musim kedua Anugerah Lagu Sabah Vfm 2025 menerusi lagu Rengot Jangat (Kategori Bajau); Seasoned Journalist.

Bakal calon KDM DUN Karanaan sinonim angka 9,  - Mungkinkah 29 November bawa tuah?  KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Unda...
26/10/2025

Bakal calon KDM DUN Karanaan sinonim angka 9,
- Mungkinkah 29 November bawa tuah?

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Karim Adam dijangka membuat kemunculan semula atas tiket Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, dalam Pilihan Raya Umum Sabah Ke-17 pada 29 November ini.

Memetik laporan media sosial, portal berita Sabah360 Online , ADUN Kundasang selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 itu kembali 'masuk gelanggang' atas permintaan masyarakat setempat.

Karim memenangi kerusi DUN Kundasang atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-9 pada 1999 dengan majoriti tipis 99 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Ewon Ebin.

Karim memperoleh 4,201 undi, Ewon Ebin (4,102 undi), Ramdi Indang dari Bersekutu (481 undi) dan calon Setia, Benjamin Yasin (72 undi).

Sementara itu, Sabah360 Online melaporkan, bagi PRN17, antara manifesto utama yang akan diperjuangkan Karim adalah Memperkasa ekonomi dan pendidikan rakyat, Memantapkan infrastruktur dan kemudahan asas, Mengurus tanah secara adil dan telus dan Mengamalkan tadbir urus cekap dan berintegriti.

"Turut termuat dalam manifesto saya ialah Menyokong pembangunan belia serta menjaga kebajikan golongan berkeperluan khas atau orang kurang upaya (OKU), wanita, dan peniaga kecil," katanya.

Ditanya sumbangannya ketika berkhidmat sebagai ADUN Kundasang, Karim berkata, beliau meninggalkan pelbagai legasi pembangunan, meliputi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bundu Tuhan, Urusetia Persekutuan, serta Perpustakaan Daerah Ranau.
-ends

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur mulai esok hingga 28 Oktober, mengingatkan saya momen liputan Sidang Kemunca...
25/10/2025

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur mulai esok hingga 28 Oktober, mengingatkan saya momen liputan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 pada 18 hingga 22 November 2015.
Kedua-duanya berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

25/10/2025

Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri Sabah pertama dipilih rakyat menerusi proses demokrasi, PRN Pertama Sabah 1967.

24/10/2025

Inilah persoalan yang sering dibangkitkan burung Kakaktua hinggap di jendela kamar Saya:
"Encik! Encik! Betulkah Sabah (Notth Borneo) dan Sarawak tidak pernah merdeka kerana tiada dokumen rasmi mengenai kemerdekaannya, sama ada dalam simpanan serta rekod PBB, Arkib British, Arkib Negara atau Arkib Negeri.
"Dalam rekod PBB juga tiada negara bernama Sabah (North Borneo) dan Sarawak yang merdeka pada, sebelum atau selepas 1963".
Jadi untuk menjawab soalan ini sesuailah keabsahan MA63 dirujuk ke ICJ.

Menara Maybank berketinggian 243.5 meter (799 kaki) adalah bangunan tertinggi di Malaysia apabila siap pada 1988, memega...
20/10/2025

Menara Maybank berketinggian 243.5 meter (799 kaki) adalah bangunan tertinggi di Malaysia apabila siap pada 1988, memegang rekod itu selama 8 tahun sehinggalah Menara Berkembar Petronas setinggi 451.9 meter (1,483 kaki) siap pada 1996. - Gambar Kredit Tokoh Wartawan Negara/bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin

Neorri Media hadir Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Pertandingan Sabah Festival of Ideas (SFOI) & Ekspo Kecemer...
17/10/2025

Neorri Media hadir Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Pertandingan Sabah Festival of Ideas (SFOI) & Ekspo Kecemerlangan Rekacipta (EXCOCIPTA) 2025 di Dewan Kuliah Pusat UMS untuk menyokong Pertandingan Inovasi Kearifan Lokal.
Terbaik penganjur pertandingkan kategori ini.

16/10/2025

Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Pada 29 November 2025.

Penamaan Calon: 15 November 2025
Pengundian Awal: 25 November 2025
Jumlah Kerusi Dipertandingkan: 73

Saya & Hind Khoury mantan Menteri Hal-,Ehwal Baitulmaqdis bersemuka di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada Ogos 2013. B...
15/10/2025

Saya & Hind Khoury mantan Menteri Hal-,Ehwal Baitulmaqdis bersemuka di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada Ogos 2013. Bicara kami tentang kemanusiaan bukan agama. Khoury seorang Arab Kristian.

"Penderitaan kami yang paling ketara adalah mengenai kekeliruan dunia mengenai siapakah pengganas yang sebenarnya, Israel atau Palestin? Israel menggunakan pelbagai propaganda untuk menuduh kami sebagai pengganas," kata Khoury dengan nada sebak.
Khoury turut mendedahkan penduduk baru puak Yahudi bukan saja merampas tanah dan rumah, malah ladang milik rakyat Palestin tanpa mengira agama Islam atau Kristian dengan menembak petani yang enggan meninggalkan penempatan mereka untuk diserahkan kepada penduduk Israel.

15/10/2025

Setuju sangat "Jarakkan diri dari orang tidak s**a kita dan kita tidak s**a"

Dua Ketua Menteri Sabah adalah lantikan tanpa melalui proses pilihan raya, iaitu.1. Tun Fuad Stephens (1963-1964) 2. Tan...
11/10/2025

Dua Ketua Menteri Sabah adalah lantikan tanpa melalui proses pilihan raya, iaitu.
1. Tun Fuad Stephens (1963-1964)
2. Tan Sri Peter Lo (1965-1967).

Pilihan raya pertama Sabah adalah pada 1967 dan Ketua Menteri pertama Sabah secara demokrasi atau proses pilihan raya adalah Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Hanya 5 Ketua Menteri Sabah menamatkan pemerintahan sepenuh penggal atau "fixed-term state legislative assembly' 1. Tun ...
11/10/2025

Hanya 5 Ketua Menteri Sabah menamatkan pemerintahan sepenuh penggal atau "fixed-term state legislative assembly'

1. Tun Datu Mustapha Datu Harun
2. Tan Sri Harris Salleh
3. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
4. Tun Musa Aman
5. Datuk Seri Hajiji Noor.

Selebihnya membentuk kerajaan atas faktor lantikan, patak-patak 'katak', sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri dan seorang meninggal dunia dalam nahas udara.

08/10/2025

Aktivis Sweden, Greta Thunberg yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla tidak mahu dipanggil sebagai hero, sebaliknya mau Genosid dihentikan Israel di Gaza dan selamatkan rakyat Palestin.

Address

Kota Kinabalu

Telephone

+60128202825

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Neorri Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Neorri Media:

Share