Petua & Remedi Pakngah

  • Home
  • Petua & Remedi Pakngah

Petua & Remedi Pakngah perkongsian petua, remedi & tips kesihatan

28/07/2026

RAHSIA KERAK NASI YANG DOKTOR TAK CERITA?

Korang selalu buang kerak nasi sebab ingat tak sihat? Salah besar!

Menurut sains, kerak nasi yang rangup keperangan tu sebenarnya tinggi RESISTANT STARCH. Fungsinya:

✅ Jadi makanan untuk bakteria baik usus = usus lebih sihat
✅ Buat kenyang 2x lebih lama, bantu kawal berat
✅ Rendah Indeks Glisemik, elak gula darah naik mendadak
✅ Kaya serat, lancarkan penghadaman & cegah sembelit

TAPI INGAT! Ambil yang warna keemasan saja. Kalau dah hitam hangit, itu ada akrilamida yang tak bagus untuk badan.

Lepas ni jangan membazir, kerak pun rezeki! 😉

24/06/2026

Petua untuk kencing manis, darah tinggi dan sakit tumit

sebiji mentimun iaitu kisar timun dengan 1 gelas air. Tapis ambil airnya sahaja.
masukkan cincau tanpa gula (400-500gram)
Minum setengah gelas pagi dan malam
Amalkan selama 1-2 minggu
Selepas itu barulah minumlah 2-3 hari sekali.

17/06/2026

Melegakan sakit lutut anda hanya dalam masa 10 minit

✔Melegakan dengan pantas
✔100% selamat, tiada kesan sampingan
✔Tak menyakitkan
✔Anti radang & bengkak
✔Tak perlu solat duduk lagi
✔Tahan lama

AutoRelief Mujarab
Menggunakan teknologi magnetic micro-array, AutoRelief merawat dengan memberikan penyejukan kepada lutut. Proses ini secara semulajadi membantu melegakan semua jenis masalah lutut anda termasuk osteoarthritis, rheumatoid arthritis, tendonitis, bursitis.

Kandungan
Wormwood, reticulate millettia, saline cistanche, davallia mariesii, chain fern, wild celery, safflower, spignet, corydalis and borneol

Cara Penggunaan

1)Buka bungkusan dan sticker
2)Tampalkan di lutut anda yang sakit
3)Guna seberapa lama yang anda inginkan, tahan sehingga 8 jam penggunaan.

ORDER DI KOMEN 👇🏼👇🏼

20/05/2026

Imam Al-Ghazali pernah berpesan mengenai 6 perkara yang harus kita ingat dan beri perhatian

1 Yang paling dekat: Kematian.

2 Yang paling jauh: Masa lalu.

3 Yang paling berat: Amanah.

4 Yang paling ringan: Meninggalkan solat.

5 Yang paling besar: Mengikut hawa nafsu.

6 Yang paling tajam: Lidah manusia

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

“Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam memegang teguh agama-Mu.”

28/04/2026

AWAS MINUM TEH HIJAU
Berkhasiat Tapi Jangan Berlebihan !
Teh hijau kaya bahan antioksidan yang dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit
seperti penyakit jantung, k3ncing manis, kegmmukan dan barah.

Selain boleh bantu kawal brat bdan dan turunkan kolesterol, kajian juga menunjukkan teh hijau bertindak sebagai antikanser.

Jika ambil berlebihan akan alami gangguan saluran pencernaan, gangguan fungsi buah pinggang dan menyebabkan kekurangan zat besi (anemia).
kajian oleh USM juga mendapati teh hijau tidak disyorkan untuk individu yang mengalami masalah usus, insomnia, mengambil warfarin, dan yang mengalami masalah hypothyroid, anemia dan wanita hamil.
Boleh menyebabkan kelenjar thyroid jadi bengkak.

Dos yang disarankan adalah 3g dalam 300 mL atau 1L air, ditambah madu (bila suam), diperahkan sedikit jus limau dan diminum pada kadar 2 ke 3 cawan sehari.

Dr Suri Roowi

Khasiat nenas batuAntara khasiatnya : 1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. 2. ...
25/04/2026

Khasiat nenas batu

Antara khasiatnya :
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih ehehehe..
10. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
12. Membuang toksin dalam badan.
13. Melancarkan perjalanan darah.
14. Mencantikkan bentuk badan
15. Menegangkan kulit

Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah...

Bukan untuk pompuan aje, laki pun boleh. Nenas Batu ni boleh guna berulang2 kali... bertahun2 kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur... selagi tu la nenas batu ni tetap boleh digunakan

Caranya ..

1. Basuh sehingga bersih.
2. Rendam dalam jag berisi air panas mendidih.
3. Biarkan satu jam (sehingga nenas batu itu menguncup).
4. Keluarkan dan tapis kalau terdapat sebarang serpihan kelopaknya. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari
Minum setiap kali bangun tidur. Seelok-eloknya selawat la 3 kali sebelum minum.
5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang semula bila dijemur. Jika kelopaknya tidak
boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
7. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun lebih, bergantung pd penggunaan.

24/04/2026

khasiat akar / daun pandan
*****************************

1. Dikatakan mampu untuk merawat badan berbau, kencing manis, anemia, gonorea, sapremia dan sifilis. Daun pandan direbus atau direndam dengan air panas/suam/sejuk kemudian diminum.

2. Air rebusan akar pandan dikatakan mampu untuk merawat penyakit kencing manis.

3. Baik untuk kesihatan rambut dan kulit kepala serta sakit otot dan sendi. Caranya dengan minyak direndam dengan daun pandan kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut.

4. Dijadikan ramuan bedak sejuk yang digunakan untuk kesihatan kulit.

5. Dijadikan sebagai pewangi. Daun diletakkan di dalam almari, bilik, kereta, peti sejuk dan sebagainya.

6. Digunakan sebagai pencegah serangga. Daun pandan dimasukkan bersama bahan simpanan seperti bijirin dan kekacang.

7. Daun pandan digunakan dalam istiadat atau upacara tertentu seperti dalam majlis perkahwinan iaitu dipanggil sebagai bunga rampai.

8. Daun pandan juga digunakan untuk mendapat bau pandan pada agar-agar, kek, kuih muih, kordial, minuman dan sebagainya.

9. Digunakan juga untuk menghasilkan warna hijau dalam masakan seperti kek dan kuih muih.

21/04/2026

Pokok semalu atau puteri malu sangat unik. Daunnya menguncup bila disentuh. Tumbuhan liar ditepi jalan dan kawasan terbuka, malah di halaman rumah.

Kajian sains menunjukkan pokok ini mempunyai properties antibateria dan antioksidan, meningkatkan tenaga batin dan menahan sakit.

Banyak kegunaan dalam perubatan tradisional. Antaranya untuk kuatkan f***j, buasir, resdung, cirit birit, sukar tidur dan lain lain.
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Mengandungi bahan antiasthmatic, meningkatkan tenaga batin (aphrodisiac), hilangkan sakit (analgesic), antidepression (antidepressant) dan antioxidants properties, antibakteria, antiparasit dan antifertiliti, masalah f***j dan rahim, keletihan dan beberapa lagi.

Kajian sains melaporkan cacing bulat (roundworm) menjadi lumpuh dan mati bila diletak ekstrak biji Mimosa pudica.

Pokok ini juga mengandungi serotonin. Bahan ini dipercayai dapat mencuci tubuh sehingga memberi ruang kepada bakteria baik untuk berfungsi. Serotonin dikatakan dapat meningkatkan kesihatan otak.

Kajian juga menunjukkan Mimosa pudica bukan sahaja membunuh parasit, bahkan juga menghampakan larva.

Ingredien Aktif
Tannin, alkaloids, non-protein amino acid (mimosine), flavonoids C-glycosides, sterols, terpenoids, saponin, serotonin and fatty acids, phytosterol, alkaloids.

Hidung asyik tersumbat? Bersin nonstop sampai ganggu kerja & tidur?  Ramai dah jumpa solution ni… 👍👍Aroma Terapi Resdung...
20/04/2026

Hidung asyik tersumbat? Bersin nonstop sampai ganggu kerja & tidur? Ramai dah jumpa solution ni… 👍👍

Aroma Terapi Resdung ni memang lain macam — sekali hidu terus rasa lega, pernafasan jadi lancar, kepala pun ringan. Bau herbal dia padu, bantu buka saluran hidung dengan cepat. Tak pelik ramai repeat beli!

Sesuai guna kat mana-mana — tengah kerja, dalam kereta, nak tidur pun best. Kecil je, tapi effect dia besar!

⚠️ Stok makin kurang sekarang, ramai tengah borong! Kalau tunggu lagi, memang melepas…

“ORDER” kat komen sekarang 👇 sebelum habis!

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60198442833

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petua & Remedi Pakngah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Petua & Remedi Pakngah:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed media company?

Share