24/10/2025
Welcome to Presiden FAM!
TMP: 'Saya yang cadangkan 7 pemain warisan kepada FAM'
Tengku Muda Pahang (TMP), YAM Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah mendedahkan bahawa 7 pemain warisan yang terpalit kontroversi dengan kes FIFA adalah atas cadangan baginda kepada FAM.
TMP menambah sejak akhir 2024 ada beberapa ejen telah memperkenalkan beberapa pemain warisan kepada baginda.
TMP berniat mahu membantu meningkatkan kualiti bola sepak Malaysia terutama sekali pasukan kebangsaan.
Lalu TMP mengemukakan maklumat tersebut kepada FAM untuk penilaian dan tindakan lanjut. TMP menegaskan bahawa niat baginda adalah baik.
"Saya panjangkan cadangan itu kepada FAM untuk dinilai dan mengenalpasti pemain yang menepati syarat sebagai pemain warisan, yang boleh dipertimbangkan untuk mewakili pasukan kebangsaan," kata TMP.
Baginda menambah, sebelum ini Pahang pernah membantu dalam proses naturalisasi pemain seperti Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero, Lee Tuck. Semuanya dilakukan demi untuk kemajuan pasukan kebangsaan.
TMP turut memberikan pujian dan penghargaan kepada TMJ yang telah menetapkan standard yang tinggi untuk bola sepak di Malaysia dari segi profesionalisme dan pengurusan kelab yang baginda lakukan di JDT.
TMP menegaskan baginda sentiasa menyokong usaha mana mana pihak yang mahu membantu meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan.