09/07/2025
Sedang aku terbaring menghadap ke jendela.
Mengelamun jauh aku mengenangkan pengalaman-pengalaman aku "roadtrip".
Antara pengalaman paling kelakar yang aku tak lupakan sampai ke hari ini adalah ketika aku roadtrip di Terengganu.
Ada satu hari tu.
Aku pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan guru di sekolah kerana ada membuat temujanji berkenaan dengan produk yang guru ini inginkan.
Selepas aku berjaya close dan tulis Resit, seorang guru lagi mendekati aku.
Lalu bertanya pada aku,
"Mu buat mende ni?".
Alhamdulilah, aku faham loghat terengganu ni.
Lalu aku pon tanpa melengahkan masa menyusun ayat-ayat untuk aku pitch guru seorang lagi ni.
Setelah habis aku Pitching guru ni. Aku bertanya kepada guru tu.
"Cikgu, faham apa saya cakapkan?"
"Semula la", balas guru tu.
Ok, aku pun terus mengulang semula pitching aku.
Selepas habis pitching, aku tanya lagi,
Cikgu faham?
"Semula la semula", jawab guru tu.
Aku pon mengulangi.
Lalu guru tu terus menahan pitching aku.
Dik akak cakap semula la.
"Ya la kak, saya semula la ni. Saya ulang semula."
Semua guru di dalam bilik guru tu terdiam seketika, lalu lepas berberapa detik..
Semua tergelak terbahak-bahak.
Laa rupanya, semula dalam loghat terengganu adalah "takpalah dik, lain kali"
Aku pun mula tergelak.
Itulah antara keunikan negara Malaysia ini yang tiada di tempat lain.
Hasil dari Situasi menghiburkan yang berlaku itu, hampir separuh dari guru-guru disitu membeli produk aku.
Mereka membeli kerana situasi kelakar yang wujud.
Jadi, kepada penjual di luar sana hati-hati kalau pergi ke Terengganu takut tersalah faham. 😂😂
TB Posting