Khairul Azma

Khairul Azma Mencuba Sesuatu Usaha Sesuatu untuk menjadi Seseorang

01/06/2025

POPIA SATAR

Bahan:
3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Cara:
1. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
2. Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
3. Masukkan air asam jawa
4. Perasakan garam dan gula
5. Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
6. Sedia digoreng

Kredit: aini aini

01/06/2025

PULUT SERUNDING KELAPA

Inti Serunding Kelapa

Bahan - bahan :
🔹2 bj kelapa parut
🔹1 mangkuk cili kering yg sudah diblend
🔹2 labu bwg besar *
🔹4 ulas bwg putih *
🔹6 - 8 btg serai *
🔹1 genggam ikan bilis 🔹21/2 cawan gula
🔹11/2 sudu besar garam kasar
🔹Sedikit perasa

Cara - caranya :

🔹 Semua bahan bertanda * dihiris dan dikisar bersama ikan bilis..
🔹Masukkan semua bahan dlm kuali dan biar sehingga inti kelapa pedas kering.. 🔹Senangkan.. 😍😍😍

Pulut Tanpa Santan

Bahan - bahan :

🔹1/2 kg beras pulut ~ dibasuh bersih dan toskan.
🔹3½ cawan air
🔹1 sudu kecil garam kasar
🔹 4 sudu mnyk masak

Cara - caranya :

🔹Masukkan semua bahan kecuali mnyk masak.. ( kak long guna rice cooker je yer ) 🔹Bila pulut dah nak kering..br masukkan mnyk masak.. kacau n biar pulut masak sepenuhnya..
🔹Tekap pulut dgn acuan dan gaul rata dgn inti kelapa pedas @ serunding kelapa..
🔹Pulut serunding kelapa siap utk dihidang 😋

Kredit: Pn Hajjah Napsiah Hj Abd. Malek

01/06/2025

Slalu resepi kuantiti besarkan.
Yg nii loyang kecik jer.
Cukup lemaknya..lembut..
sapa nak cuba boleh laa..
Guna loyang bulat saiz 6"
Bengkang Pandan
------------------------------
🍀1 cwn tpg gandum
🍀1 cwn air pandan
🍀1 kotak kecil santan kara
🍀1/2 cawan gula pasir
🍀-sy kurangkan skit
🍀2 bj telur AA
🍀1 tsp garam halus
🍀1 sdb marjerin (Maaf Lupa nak ltk dlm gmbr)
🍀Sedikit pewarna hijau -Blend semua bahan diatas.
-Panaskan loyang sapu sedikit marjerin @ minyak.
-Tuang adunan dan bakar.
-Suhu 180' 45 mnt api atas bwh

Dah lama sy sakit.Mohon doakan sy sihat seperti sediakala.

Amin🤲🤲🤲🤲 Kredit Resepi : wazie wazir

01/06/2025
01/06/2025

Resepi Kek Kukus Masam Manis

Bahan-bahan:
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna - ikut s**a

Cara-cara:
1) Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2) Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
3) Kemudian masukkan telur dan putar lagi
4) Campurkan baking powder dan putar. Masukkan p**a susu pekat dan putar sebati.
5) Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
6) Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terp**ang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
7) Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.

Selamat mencuba ‍‍

Kredit Resepi ini kpd mazaliza mahayuddin

02/11/2023

Resepi Ketayap berlauk

Sesekali kita tukar inti ketayap.
Dari inti manis ke inti kari.
Buat minum petang atau sarapan tk kira waktu.

RESEPI👇
Bahan Untuk Kulit :
2 cwn tepung gandum
3 cwn air
2 biji telur
garam
pewarna kuning kunyit

Bahan Untuk Inti :
3 biji ubi kentang(potong dadu)
Sedikit isi ayam atau daging (do potong kecil2)
2 ulas bwg putih(potong dadu)
1 biji bwg merah(hiris dan potong dadu)
1 pkt rempah kari daging(kecil)
Daun sup
garam
Penambah rasa(aji)

Cara Masak Kulit :
Campurkan semua adunan untuk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang.
Tapis kan.
Kemudian ambik sesenduk dan tuang atas kuali non stick.

Cara masak Inti :
Tumis bawang merah, bawang putih yang dah di potong dadu.
Masukkan rempah kari, gaul sebati. Letak air skit..
Biar terbit minyak
Masukkan ayam/daging.
Masukkan kentang yg di potong dadu.
Perasakan denga garam dan aji. Taburkan daun sup. Tunggu hingga kering sikit, angkat dadar tadi. Letak inti dan gulung.
Macam buat ketayap inti kelapa.
Sedia untuk dimakan.

Sumber : Eniza M. Salim

31/10/2023
31/10/2023

We stand with you..

31/10/2023

Address

Jalan Kg Baru Sg Karang 15

26100

Telephone

+60197960924

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairul Azma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khairul Azma:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share